RSS

Halal ke tak ni?



“Nak pilih yang mana satu ye?” Azlina bertanya kepada Ramlah.
“Alah, pilih je la yang mane satu..ko ni, nak pilih satu barang pun lambat”. Ramlah menjawab acuh tak acuh.
“Eh, mane boleh. Kene tengok tanda Halal dulu. Baru boleh beli”. Azlina berhujah.
“La, kan semua ada tanda Halal tu…” Ramlah menjawab geram.
“A’ah la..semua ada tanda Halal” Azlina menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
Lantas, Azlina memilih salah satu biskut dari rak itu.

Mungkin situasi ini juga sering berlaku pada kita ketika ingin membeli makanan. Baik di supermarket, kedai borong, kedai runcit, hatta di kedai kecik. Kesedaran pengguna pada logo Halal telah berleluasa kini. Syukur Alhamdulillah..namun, benarkah kita benar-benar paham tentang konsep halal, makanan halal, logo Halal..dan segala-galanya yang berkaitan makanan Halal? Persoalan yang sengaja kutimbulkan pada pembaca sekalian untuk difikirkan…

Sebenarnya, telah lama aku ingin menge’post’ entry ini. Namun, kepenatanku sedikit sebanyak membantutkan rancanganku untuk menulis. Perasaanku membuak-buak ingin berkongsi ilmu yang telah kuperolehi. Moga ada faedah bersama, insya-Allah…

Pada 15-16 April 2010, aku telah menghadiri seminar halal yang telah diadakan oleh jabatanku, iaitu Jabatan Sains Makanan. Seminar ini telah dihadiri oleh pelajar Tahun Tiga dari kos Food Tech and Food Service. Seminar yang sangat baik kukira, melangkaui jangkaanku. Sangat banyak input yang kuperoleh, yang mungkin ada certain2 info yang aku tak tahu, tak terfikir, atau fahamanku selama ini yang kurang toppat. Biarpun sepanjang seminar hanya ada 2 penceramah sahaja yang bagi ceramah, namun ceramah mereka sangat bertenaga dan berkesan!!

Biarlah kuperkenalkan 2 orang penceramah ni. Salah seorangnya adalah Food Technologist. Untuk keselamatan, biarlah kunamakan saja Pn. H. Dan seorang lagi, adalah seorang ustaz. Ustaz E. Kedua-duanya adalah antara panel Halal yang bekerja di HDC. Ape pulak HDC ni? Nama penuh bagi HDC adalah Halal Industry Development Corporation. HDC ni adalah 100% milik kerajaan, dan dikendalikan dengan kerjasama persendirian. (Alamak, rase macam tunggang terbalik pulak ayat bila di’translitkan’ ke English. Aduhai…). Untuk maklumat lanjut tentang HDC, boleh bukak laman web www.hdcglobal.com.

Sebelum pergi jauh, ade ke makanan halal ni disebutkan dalam Al-Quran? Jom kite teliti Surah Al-Baqarah, ayat 168.

“Wahai manusia! Makanlah dari (makanan) yang halal dan baik yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah setan. Sungguh, setan itu musuh yang nyata bagimu.”

Kalau tengok pada ayat ni, dalam Bahasa Arab, ade disebutkan perkataan ‘Toyyiban’ selepas perkataan ‘Halalan’. Bermakna, ‘Halalan Toyyiban’ mesti di’phrase’kan sekali. Allah tak suruh kite cari makanan Halal je, tapi kene sertakan sekali ‘makanan yang halal dan baik’. Tapi mungkin ramai yang terlepas pandang pada konsep ‘Toyyiban’ ni..

Dan, daripada hadis pulak…

From Abi ‘Abdillah al-Nu’man bin Bashir r.a. said, Rasulullah s.a.w said:
“Halal is clear and Haram is clear, in between these two are certain things that are Syubhah (doubtful). Many people may not know whether those items are Halal or Haram. Whosoever leaves them, he is innocent towards his religion and his conscience.”


Apa maksud Halal? Apa maksud Haram? Syubhah tu apa pulak? Secara mudahnya, begini..
HALAL = yang dibenarkan
HARAM = tidak dibenarkan/ dilarang
Syubhah = yang meragukan

Halal dan Haram dalam Islam dapat dibahagikan kepada:
1. Animals: Land & Aquatic (Haiwan: Darat dan air)
2. Plants (Tumbuhan)
3. Mushroom and Microorganism (Cendawan dan Mikroorganisma)
4. Natural Minerals and Chemical Elements (Mineral semulajadi dan elemen kimia)
5. Drinks (Minuman)
6. Genetically Modified Organism (GMO) (Makanan Ubah suai Genetik)
(Betul ke ‘translate’ nye ni?)


Secara konsepnya, semua haiwan darat adalah Halal dimakan, kecuali…

a. Makanan yang tidak disembelih mengikut hukum Syariah
b. Khinzir, anjing dan perkara yang ada di antara keduanya
c. Haiwan yang bergigi tajam yang digunakan untuk menerkam mangsa
Contoh: harimau, beruang, gajah, kucing, monyet dan sebagainya
d. Burung pemangsa
e. Pests (serangga atau haiwan perosak) seperti tikus, lipan, kala jengking
dan haiwan yang sama taraf dengannya
f. Haiwan yang dilarang membunuhnya di dalam Islam seperti lebah (al-nahlah),
burung belatuk (hud-hud), etc..
g. Haiwan yang dianggap menjijikkan seperti kutu, lalat, etc..

Ustaz E ada menyebut tentang konsep istihalah. Tapi Ustaz E just bagi contoh. Jadi untuk lebih memahami konsep istihalah ni, aku pun search la kat internet. Berikut adalah maksud istihalah yang aku peroleh berdasarkan soalan yang dikemukakan kepada Ustaz Muhammad Aidil Azwal Zainudin. Boleh layari http://www.mymkkk.org/efiqh/cetak_soalan.php?id=12

Istihalah: Berubah sesuatu kepada sesuatu yang lain dengan berubah hakikatnya atau sifatnya. Atau dalam kata lain: Proses tindak balas kimia yang merubah unsur daripada satu benda kepada benda yang lain. Contohnya: arak bertukar menjadi cuka.

Contoh apa yang pernah berlaku kat negara kita..ikan keli yang diberi makan najis atau bangkai. La…nape nak bagi makan najis atau bangkai pulak? Sebab..kalau bagi makan najis atau bangkai, ikan keli akan cepat besar. So, boleh tak macam tu? Boleh makan tak? Menurut Ustaz E, jika SENGAJA..maka hukumnya HARAM. Jika tak sengaja, halal…tapi kene bagi haiwan tu puasa. Kuarantin sama dia…dalam beberapa hari, bolehlah makan ikan tu. Lepas je menghadiri seminar ni, aku jadi takut untuk makan ikan keli. Dah la aku suka makan ikan keli. Ditambah bukti dari keratan akhbar yang ditunjukkan di akhir seminar tersebut, membuatkan aku fikir beberapa kali bila nak ambik ikan keli. Tapi kadang-kadang hati ini meronta-ronta nak makan ikan keli…dan bila nak ambik je ikan keli, aku pujuk hati.. “Itu kes kat negeri lain tu. Bukan kat Terenganu” . Ya, benar. Keratan akhbar tu adalah apa yang berlaku kat Perak (Ni pun masalah..dah la rumah kat sana). Memang zaman sekarang kita kene berhati-hati nak pilih makanan…

Ok, lagi satu isu. Isu yang pernah keluar jugak dalam newspaper beberapa bulan yang lepas. Berkaitan kopi yang dihasilkan dari NAJIS MUSANG. Kopi termahal di dunia..yang boleh mencecah RM114 (AS$30) secawan di hotel bertaraf lima bintang di Hong Kong. Ada jugak dipost kembali dalam blog seseorang. Boleh layari http://miecyber.blogspot.com/2010/03/kopi-dari-sisa-kumuhan-musang.html untuk keterangan lanjut tentang kopi ni. Apakah hukumnya? Menurut Ustaz E, hukumnya masih dalam perbincangan para ulama’.

Tiba-tiba terperasan ayat yang ditulis kat dalam folio yang diberi oleh HDC ni..

This material is the property oh Halal Industry Development Corporation Sdn. Bhd (HDC). The contents, or parts thereof, may no be reproduced in any form for any purpose without the written permission of the HDC.

Then, macam mana ni? Adakah aku akan meneruskan perkongsianku in? Sama-sama nantikan….

*Aku terus sahaja menyiapkan entry yang telah aku tulis separuh ni selepas diberitahu oleh Adik Ain yang perbualan kami dalam Yahoo Messenger (YM) semalam telah di’post’ nye dalam blog beliau. Alahai Ain..x sangka pulak nak letak dalam blog. X pe..yang bermanfaat, kite kongsikan..nak tau apa yang kami bualkan? Layari blog beliau: http://ainshohor.blogspot.com, bertajuk makanan oh makanan.

4 comments:

MuZaKKiR said...

SALAM..
tolong hebahkan pada seratasians yang lain..

Assalamualaikum warahmatullah

>Kami dengan rasa rendah diri ingin menjemput anda untuk menyertai mesyuarat ke-6 Ikatan Pelajar Islam SERATAS yang insyaALLAH akan diadakan secara maya menerusi SKYPE pada 12 JUN 2010 pada pukul 9.00 mlm waktu Malaysia.

>Mohon maaf jika jemputan ini agak terlewat, namun jika tuan sudi menyertai kami, kami sangat-sangat mengalu-alukannya. Semoga buah fikiran dari tuan dapat membantu kami menggerakkan iPIS dengan lebih berkesan.

>Jika tuan bersetuju, sila beri nyatakan maklum balas tuan kepada saudari Setiausaha Agung (Mazni Mahirah Izzati bt Mazlan) melalui email beserta dengan id skype tuan.

Sekian, jzkk
------------------
ASSALAMUALAIKUM...
apa khabar?how are you?ogenki desuka? tavu hegiddiri? aap kaise hai?
kaifahalukum? wa imanukum??

MESYUARAT IPIS KALI KEENAM

TARIKH: 12 JUN 2010-SABTU
MASA :9.00 MALAM (MALAYSIA)
MEDIUM: SKYPE
AGENDA:

1)kata-kata aluan pengerusi majlis

2)pembentangan minit mesyuarat kelima

3)agenda utama: penetapan objektif dan hala tuju ipis (ruj: minitmesykelima; 20/2/2010)

a) golongan sasaran
b) manhaj

4)hal-hal berbangkit :
a) aktiviti ipis: antara penggerak ipis (ruj: minitmesykelima; 20/2/2010)
-ipis & seratas
b) aktiviti tahunan
c) follow up BATCH 27
d) jawatankuasa penggerak ipis

>> anda masih lagi berpeluang untuk mencadangkan agenda untuk diperbincangkan
-mohon persediaan idea2 bg agenda yg akan dibincangkan, insyaAllah
>> status kehadiran: insyaAllah akan hadir: - sdr Azhari
-sdr Syahir
-sdr Fazril
-sdr Saifullah( exam-cuba untuk hadir jika berkesempatan )

-sdri Huda
-sdri Najwa
-sdri Mazni
-sdri Nadzirah
-sdri Dzulaikha
-sdri Shafarwati (exam-cuba untuk hadir jika berkesempatan)

#jika ada nama yang tertinggal/ terlepas pandang, sila beritahu..
# yang belum reply.. sila sahkan kehadiran anda..


wassalam
mangalora, karnataka ,India.; 1050pm(exam mode)




Dan berapa banyak nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikut (nya) yang bertakwa. Mereka tidak menjadi lemah karena bencana yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak (pula) menyerah kepada musuh). Allah menyukai orang-orang yang sabar.

Tidak ada doa mereka selain ucapan: "Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebih-lebihan dalam urusan kami dan tetapkanlah pendirian kami, dan tolonglah kami terhadap kaum yang kafir".

Karena itu Allah memberikan kepada mereka pahala di dunia dan pahala yang baik di akhirat. Dan Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebaikan.

(3: 146-148)

MuZaKKiR said...
This comment has been removed by the author.
MuZaKKiR said...

irra_niez@yahoo.com
Emel Setiausaha Agung (Mazni Mahirah Izzati bt Mazlan)

Musafir said...

to muzakkir: terima kasih atas infonya..

Post a Comment