RSS

BELAJAR VS BEKERJA

Bismillah..

Wah, sudah lame x berblogging. semenjak berpraktikal sampai la dah masuk alam kerjaya pun sekarang ni. rasa macam ade banyak mende nak kongsi, tapi dengan badan yang letih, bile dah postpone2..lame2 satu pun x post. waihai..

sebenarnya x rase pun nak online ari ni. selalunya waktu2 macam ni..balik kerja je..siapkan diri..terus tidur. balik kerja pun x menentu..
em, nak cakap pasal ape ye? ntah la. mungkin tika dan saat ini..aku rindukan kawan2 aku..betul la kenape ade orang cakap waktu zaman belajar la best. bukan ape..sebab waktu belajar, ramai kawan2 sekeliling kita. kite share perasaan masing2..walaupun kadang2 ade stres, tapi ade kawan2 yang support..

and now??

tiada lagi sesi luahan perasaan. yang ada hanyalah macam mana nak selesaikan problem..problem yang mungkin datang tanpa diduga. problem berkaitan mesin. problem berkaitan manusia..macam mana hendak menjadi ketua yang baik. yang arahan dapat didengar, tanpa menyakiti mereka.yang dengan sukarela pekerja bekerja lebih masa tanpa perlu dipaksa. menjadi perantara antara pihak pengurusan dan orang bawahan. cabaran terbesarnya...ada macam2 ragam manusia. yang membodek, yang sering menyalahkan orang lain, yang suka marah2, yang sentisa menganggap dirinya betul..yang hendak menjatuhkan orang lain dengan menimbulkan masalah kepada orang lain...dan lain2. tidak ramai lagi rakan sebaya, yang sejantina..pekerja juga terdiri dari pelbagai latar belakang, kaum, usia...bagaimana mahu berkomunikasi dengan foreigner. dari nepal, bangladesh, myanmar, dll...bagaimana mahu memberi arahan kepada orang yang jauh lebih berusia dan sudah lama bekerja dari kita..bagaimana mahu mengubah culture yang telah sedia ada...

aku percaya di mana-mana jua tempat bekerja, suasananya pasti hampir sama...

di alam kerjaya memerlukan kekuatan fizikal, emosi dan fikiran..temwork memang sangat penting. perbincangan antara rakan sekerja untuk menyelesaikan masalah..jika kita menganggap orang bawahan sebagai semata-mata pekerja kita, kita kena ingat merekalah yang menolong kita menyelesaikan tugas kita..

bila kita sedang bekerja, mungkin kita terpaksa melupakan diri kita sebentar. namun adakala, kita perlu memberi masa untuk diri sendiri juga..

buat sahabatku husna yang telah menyambut hari ulang kelahirannya pada 14/6/11 lepas, maafkan diri ini kerana tidak wish pada hari tersebut. maafkan atas ketidaksedaran diri ini..moga hidupmu sentiasa diberkati dan dirahmati..amin.

buat kawan2 satu kos, selamat bekerjaya...persiapkan diri untuk menghadapi cabaran yang bakal mendatang..

buat sahabat2 yang berkongsi tidur sebantal dan makan setalam, wah rindunya saat itu..rindu mahu tidur berhimpit2..tiada lagi kenangan itu..

buat kawan-kawan yang mengenali diri ini, sungguh diri ini sangat2 merindui kalian..kawan2 SKDYS, SERATAS, kmpK, UMT..apekah agaknya khabar kalian?? KUDOAKAN MOGA SEMUANYA BAHAGIA DUNIA & AKHIRAT..AMIN..

Read Users' Comments (1)

Hari Memperingati Kekasih

14 Februari..tentunya diingati bagi pasangan muda-mudi yang bercinta. Tak kurang juga pada yang sudah berumah tangga.
Umat Islam lebih mengingati hari Valentine's Day berbanding hari Maulidur Rasul. Secara kebetulan, Maulidur Rasul jatuh pada 15hb Februari pada tahun ini.

Mari kita hayati kisah cinta sebenar, Kekasih Allah S.W.T..

Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun
enggan mengepakkan sayap.

Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah, "Wahai
umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepadaNya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al-Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku." Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun
menahan nafas dan tangisnya.Usman menghela nafas panjang dan Ali
menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Di saat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.

Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang kerkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan
salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk.

"Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.

Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa
Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasulullah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan
Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.
"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"
"Jangan kuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh
Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh,
urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini."
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya
menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya
Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup,
melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian
terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi.
"Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini
kepadaku, jangan pada umatku." Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya.

"Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan
peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai
terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan
tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

"Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Hayatilah secebis kisah dari diari hidup nabi yang tercinta, Nabi Muhammad S.A.W. Tatkala Junjungan mulia,Nabi Muhammad SAW berdepan dengan sakaratul maut,hebat cinta dan kasihnya buat ummah..namun andai baginda melihat apa yang dibalasi umat,terhadap pengorbanan dan kasih saying itu, pasti atmanya merintih, dalam sendu yang berpanjangan. Ummati…ummati..ummati..,hanya itu lafaz akhir baginda,tapi kita ummahnya yang dikasihi? Justeru aku menyeru buat diri kerdil ini,jua buat sahabat-sahabat yang dirahmati Allah, marilah kita telusuri sirahnya, ikuti sunnahnya, bagai jiwa dengan akhlak rabbaninya. Moga kita sentiasa dirahmati Allah…

Read Users' Comments (0)

Kehilangan buat sekelian kalinya..

Bismillah..

Diam x diam, sudah hampir 2 mgu aku mnjalani practical training di sini. Ternyata alam pekerjaan dn pelajaran sgt berbeza. Kini aku mgerti dialog yg prnah trjadi antara aku & sahabat/akak yg pernah mnjalani L.I sblum aku..

"Best belajar ni..." kata sahabatku.
"Best ke belajar? Bukan kerja lagi best ke?" kataku.
"Belajar lagi best..Nanti dah kerje, rindu nk belajar balik.." kata sahabatku.
"Ye ker? Rase x larat dah nak belajar.." kataku.
"Tengoklah nanti. Seronok belajar ni" balas sahabatku lagi sambil tersenyum.
(lebih kurang begini la maksudnya..)

Secara sedar atau tak, aku telah terkena tempiasnya. Tibe2 rasa rindu untuk kembali ke alam di mana masih lagi digelar students (skrg pun student lgi). Banyak perbezaannya. Di alam pelajaran, kita banyak deal dengan buku. Di alam pekerjaan, kita banyak deal dengan manusia. Manusia yg dtg dri pelbagai usia, latar belakang, perangai, pelajaran, negara, bangsa, agama dll..Jdi nak berhadapan dgn manusia bukanlah tugas yang mudah..Stop. cukup setakat tu dulu. Insya-Allah bersambung lain kali..

Satu peristiwa lagi, kehilangan buat kali ke-2 harta yang disayangi..kini aku belajar utk hidup tanpa barang tersebut. tdk mahu terlalu bergantung..baru kusedar, aku terlalu bergantung pada barang tersebut..kini aku kena redha. apa yg berlaku, Allah lah Maha Mengetahui apa yg terbaik untukku..mga aku x lgi cuai dn dpt bljr sesuatu..

Ya Allah, kuatkan hamba-Mu..jgn biarkan aku tersasar dari jalan-Mu..aku perlu berdikari, aku perlu kuat..betapa aku merindui mereka yg lidahnya sntiasa basah tntg kebesaran-Mu...Ya Allah, ke manapun aku pergi, bantulah aku spya sntiasa mengingati-Mu..betapa aku merindui-Mu Ilahi..

Read Users' Comments (0)

Ya Allah..tunjukkan kami jalan-Mu

Bismillah..

Detik demi detik berlalu..dan sama ada kita suka atau tidak, masa akan terus berjalan..meninggalkan apa yang kita ada hari ini, dan menanti apa yang tidak pasti pada esok hari..andai masih ada hari esok untuk kita..

Teratak usang ini sudah lama tidak kusinggah..Jika datang menyinggah, hanya dipandang dengan pandangan yang sepi..sungguh, terasa tiada mood untuk menulis, walaupun banyak peristiwa yang kualami, terasa banyak yang ingin dikongsi..biarlah, hanya yang kualami..terasa tidak layak untuk memberi..

Kembara dan terus kembara..melihat pelbagai ragam manusia dan belajar untuk memahaminya, belajar sesuatu secara formal mahupun tidak formal..semuanya, diperoleh melalui pengalaman..subhanallah, semakin ramai kita bergaul dengan manusia dari pelbagai latar belakang, semakin banyak sesuatu manfaat yang dapat kita perolehinya secara tidak langsung..insya-Allah..teladanilah yang baik-baik sahaja.. Malah, pengalaman dan pemerhatian itu lebih berharga dari sebuah teori..

Kadangkala, kita begitu taksub dengan sesuatu yang kita percaya atau sesebuah kumpulan sehingga kita tidak membuka mata, telinga, hati dan minda kita untuk menerima sesuatu. kita tidak memberi peluang kepada diri kita untuk MENDENGAR..hancurnya sesebuah komunikasi adalah kerana kita tidak mahu mendengar. apa yang kita tahu, kita lebih suka untuk bercakap..kita lebih suka menyampaikan apa yang kita tahu berbanding menjadi pendengar yang baik. Rendahkanlah diri wahai hamba..bukankah Allah ciptakan dua telinga supaya lebih banyak mendengar daripada bercakap? Mengapa tidak mahu memberi peluang kepada diri kita menerima kebenaran? Kita tidak mahu merendahkan hati kita untuk mendengar...justeru, kebenaran itu tidak sampai kepada kita. Bukankah air itu mengalir dari tempat yang tinggi ke tempat yang rendah? Bolehkah air itu mengalir andainya kedua-duanya berada di tempat yang tinggi?

Rendahkanlah hatimu..hatiku jua..terimalah sesebuah kebenaran walaupun ianya tidak memihak kepadamu..tidak memihak kepada apa yang kau percayai..usah menidakkan gerak hatimu..kerana naluri yang baik itu adalah anugerah dari Allah Yang Esa..kembalilah kepada Al-Quran, kepada sirah, kepada apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w..ikutilah ahli keluarga baginda iaitu ahlul bait..

Ya Allah, Kau tunjukilah jalan yang diredhai oleh-Mu..jalan yang diselusuri oleh rasul kami, iaitu Nabi Muhammad s.a.w..Ya allah, berikanlah kami kekuatan untuk mengenali dan mencintai baginda setulusnya secara zahir dan batin. Moga-moga, dengan mengenali baginda membuatkan kami mencintai-Mu..Berikan kami kekuatan untuk mengamalkan sunnahnya..Ya Allah, andai jalan-Nya telah kami ketemu, berikan kami kekuatan untuk beramal..Malu rasanya mahu meminta syurga-Mu, sedangkan diri ini penuh noda dan dosa..orang mungkin memandang kami sebagai orang yang baik, namun hakikatnya, Engkaulah yang menyembunyikan aib kami..Jika ianya busuk, pasti tiada siapa yang mahu mendekat..Ya allah, betapa sukarnya menundukkan nafsu..nafsu ini sering mengajak kepada perkara yang melalaikan..sukarnya beramal walaupun Engkau tunjuki jalan-Nya..Ya Allah, jangan Kau tinggalkan kami sendiri..jangan Kau ambil kembali taufik dan hidayah-Mu ini..buangkan karat-karat mazmumah yang berada dalam diri..Ya Allah, jangan Kau biarkan kami lemas dalam lautan dunia..terima kasih Ya Allah atas segala-Nya..Maafkan kami kerana tanpa sedar sering mendambakan kasih sayang manusia berbanding mengharapkan kasih sayang-Mu..hidupkan kami dengan nur iman..hidupkan kami dengan sering mengingati-Mu dan mencintai kekasih-Mu..amin..

Read Users' Comments (0)

Di Persinggahan (Zahran)

Sekian lama hidup di kegelapan,
Teraba-raba tanpa tujuan,
Akal dan budi seakan tak berfungsi,
Ke manakah diri??

Apa diturut kehendak yang meronta,
Menyeksa badan membakar jiwa,
Syaitan dan nafsu meracun dalam diri,

Renungkanlah ini

Kita sekadar di persinggahan,
Pasti kembali pada yang menciptakan,
Ombak dan badai lumrah kehidupan insani,

Jangan menangis jangan berputus asa
Insaflah semua darinya jua
Jangan biarkan diri terkorban dengan dunia…….


Pada ilahi bantuannya menanti,
Iman dan takwa yang sejati,
Itulah bekalan diri…..

Doa’ senjata mereka yang beriman,
Tuhan pencipta maha penyayang,
Mohon petunjuk mohonkanlah bantuan
Hanya pada tuhan

Read Users' Comments (0)