Bismillah..
Detik demi detik berlalu..dan sama ada kita suka atau tidak, masa akan terus berjalan..meninggalkan apa yang kita ada hari ini, dan menanti apa yang tidak pasti pada esok hari..andai masih ada hari esok untuk kita..
Teratak usang ini sudah lama tidak kusinggah..Jika datang menyinggah, hanya dipandang dengan pandangan yang sepi..sungguh, terasa tiada mood untuk menulis, walaupun banyak peristiwa yang kualami, terasa banyak yang ingin dikongsi..biarlah, hanya yang kualami..terasa tidak layak untuk memberi..
Kembara dan terus kembara..melihat pelbagai ragam manusia dan belajar untuk memahaminya, belajar sesuatu secara formal mahupun tidak formal..semuanya, diperoleh melalui pengalaman..subhanallah, semakin ramai kita bergaul dengan manusia dari pelbagai latar belakang, semakin banyak sesuatu manfaat yang dapat kita perolehinya secara tidak langsung..insya-Allah..teladanilah yang baik-baik sahaja.. Malah, pengalaman dan pemerhatian itu lebih berharga dari sebuah teori..
Kadangkala, kita begitu taksub dengan sesuatu yang kita percaya atau sesebuah kumpulan sehingga kita tidak membuka mata, telinga, hati dan minda kita untuk menerima sesuatu. kita tidak memberi peluang kepada diri kita untuk MENDENGAR..hancurnya sesebuah komunikasi adalah kerana kita tidak mahu mendengar. apa yang kita tahu, kita lebih suka untuk bercakap..kita lebih suka menyampaikan apa yang kita tahu berbanding menjadi pendengar yang baik. Rendahkanlah diri wahai hamba..bukankah Allah ciptakan dua telinga supaya lebih banyak mendengar daripada bercakap? Mengapa tidak mahu memberi peluang kepada diri kita menerima kebenaran? Kita tidak mahu merendahkan hati kita untuk mendengar...justeru, kebenaran itu tidak sampai kepada kita. Bukankah air itu mengalir dari tempat yang tinggi ke tempat yang rendah? Bolehkah air itu mengalir andainya kedua-duanya berada di tempat yang tinggi?
Rendahkanlah hatimu..hatiku jua..terimalah sesebuah kebenaran walaupun ianya tidak memihak kepadamu..tidak memihak kepada apa yang kau percayai..usah menidakkan gerak hatimu..kerana naluri yang baik itu adalah anugerah dari Allah Yang Esa..kembalilah kepada Al-Quran, kepada sirah, kepada apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w..ikutilah ahli keluarga baginda iaitu ahlul bait..
Ya Allah, Kau tunjukilah jalan yang diredhai oleh-Mu..jalan yang diselusuri oleh rasul kami, iaitu Nabi Muhammad s.a.w..Ya allah, berikanlah kami kekuatan untuk mengenali dan mencintai baginda setulusnya secara zahir dan batin. Moga-moga, dengan mengenali baginda membuatkan kami mencintai-Mu..Berikan kami kekuatan untuk mengamalkan sunnahnya..Ya Allah, andai jalan-Nya telah kami ketemu, berikan kami kekuatan untuk beramal..Malu rasanya mahu meminta syurga-Mu, sedangkan diri ini penuh noda dan dosa..orang mungkin memandang kami sebagai orang yang baik, namun hakikatnya, Engkaulah yang menyembunyikan aib kami..Jika ianya busuk, pasti tiada siapa yang mahu mendekat..Ya allah, betapa sukarnya menundukkan nafsu..nafsu ini sering mengajak kepada perkara yang melalaikan..sukarnya beramal walaupun Engkau tunjuki jalan-Nya..Ya Allah, jangan Kau tinggalkan kami sendiri..jangan Kau ambil kembali taufik dan hidayah-Mu ini..buangkan karat-karat mazmumah yang berada dalam diri..Ya Allah, jangan Kau biarkan kami lemas dalam lautan dunia..terima kasih Ya Allah atas segala-Nya..Maafkan kami kerana tanpa sedar sering mendambakan kasih sayang manusia berbanding mengharapkan kasih sayang-Mu..hidupkan kami dengan nur iman..hidupkan kami dengan sering mengingati-Mu dan mencintai kekasih-Mu..amin..
Diam
1 year ago