RSS
Showing posts with label Monolog. Show all posts
Showing posts with label Monolog. Show all posts

Kehilangan buat sekelian kalinya..

Bismillah..

Diam x diam, sudah hampir 2 mgu aku mnjalani practical training di sini. Ternyata alam pekerjaan dn pelajaran sgt berbeza. Kini aku mgerti dialog yg prnah trjadi antara aku & sahabat/akak yg pernah mnjalani L.I sblum aku..

"Best belajar ni..." kata sahabatku.
"Best ke belajar? Bukan kerja lagi best ke?" kataku.
"Belajar lagi best..Nanti dah kerje, rindu nk belajar balik.." kata sahabatku.
"Ye ker? Rase x larat dah nak belajar.." kataku.
"Tengoklah nanti. Seronok belajar ni" balas sahabatku lagi sambil tersenyum.
(lebih kurang begini la maksudnya..)

Secara sedar atau tak, aku telah terkena tempiasnya. Tibe2 rasa rindu untuk kembali ke alam di mana masih lagi digelar students (skrg pun student lgi). Banyak perbezaannya. Di alam pelajaran, kita banyak deal dengan buku. Di alam pekerjaan, kita banyak deal dengan manusia. Manusia yg dtg dri pelbagai usia, latar belakang, perangai, pelajaran, negara, bangsa, agama dll..Jdi nak berhadapan dgn manusia bukanlah tugas yang mudah..Stop. cukup setakat tu dulu. Insya-Allah bersambung lain kali..

Satu peristiwa lagi, kehilangan buat kali ke-2 harta yang disayangi..kini aku belajar utk hidup tanpa barang tersebut. tdk mahu terlalu bergantung..baru kusedar, aku terlalu bergantung pada barang tersebut..kini aku kena redha. apa yg berlaku, Allah lah Maha Mengetahui apa yg terbaik untukku..mga aku x lgi cuai dn dpt bljr sesuatu..

Ya Allah, kuatkan hamba-Mu..jgn biarkan aku tersasar dari jalan-Mu..aku perlu berdikari, aku perlu kuat..betapa aku merindui mereka yg lidahnya sntiasa basah tntg kebesaran-Mu...Ya Allah, ke manapun aku pergi, bantulah aku spya sntiasa mengingati-Mu..betapa aku merindui-Mu Ilahi..

Read Users' Comments (0)

Aku merinduinya..

" Ya Allah, aku teramat merinduinya..sampaikanlah salam rinduku kepadanya..Engkau yang Maha Mengetahui segala isi hati. Maka putuskanlah apa yang terbaik buatku..Jika rindu itu menyakitkan dan itulah yang terbaik buat diriku, maka berikanku kekuatan untuk menelan kepahitan itu..kerana kutahu itulah ubatnya..Dan jika rindu itu manis buatku, namun ianya akan meembinasakanku kelak, maka berikanku kekuatan untuk meninggalkannya. Ya Allah, jadikanlah rinduku kepadanya sebagai tanda rinduku kepada-Mu..peliharalah ukhuwwah ini Ya Rabb..kerana aku amat menyanyangi nilai persahabatn ini..."

"...Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. "

Allah knows best..

Read Users' Comments (0)

Sedih...

Sedih?? Nape?? Tengah de problem ke??
Problem?? em, sume orang ade problem. kalau tak de problem bukan hidup la namamya.
Abis tu..ape yang disedihkan??
Em, x tau nak kate. Sedih bile bukak facebook, tengok gambar kawan-kawan lame..kawan sekolah, kawan matrik..tambah-tambah lagi orang yang pernah rapat dengan kite. Lagi rase sedih..
Ala..biase la tu. Dah masuk U. Semua orang berubah..sedangkan pantai boleh berubah, inikan pulak manusia..
Memang la semua orang boleh berubah..dah namenya manusia. kalau berubah ke arah kebaikan, alhamdulillah..gembira sangat. Rasa syukur. buat ape nak sedih.tapi..
Berlaku sebaliknya bukan?
Yup..tepat sekali.
Don't judge the book by it's cover.
Betul tu..tapi kalau nak pilih buah pun kena tengok luar dulu kan..
Bersangka baiklah..sifat iman ada naik, ada turunnya. Kite tak tau ape yang berlaku pada mereka kan. Mungkin mereka ditimpa dugaan yang hebat, berperang dengan diri sendiri. Faktor persekitaran yang tak membantu, kawan-kawan..Sedangkan dalaman mereka sangat inginkan kebaikan..mereka mengharapkan ade seseorang yang membimbing mereka..
Betul jugak tu..kita terlalu cepat sangat menghukum.
Yup. Kita tak selami dulu hati mereka..setiap orang ada fitrah inginkan kebaikan. Sejahat mana pun mereka...pasti ada terselit dalam hati mereka ingin melakukan kebaikan.Bersyukurlah kerana Allah masih berikan hidayah..kita menjadi diri kita sekarang bukan kerana kita, tapi kerana hidayah-Nya. Tanpa hidayah-Nya, kita tak tau di mana tahap kita sekarang.
Ya, kalau diingat-ingat balik, rasa kerdil sungguh diri..memang Allah yang berkuasa memberi hidayah-Nya..
Yang lebih penting, peliharalah hidayah tu..takutlah jika Allah tarik balik hidayah-Nya..
Na'uzubilahimin zalik..minta dijauhkan.
Tolong la kawan-kawan lain..
Nak tolong macam mane??
Binalah ikatan persahabatan kembali dengan mereka..terutamanya kawan-kawan yang pernah rapat. Berdakwahlah secara halus..contohnya bagi mesej yang Islamik ke..ingatkan mereka. Tak pe lah kalau tak de perubahan lagi ke. Lambat laun, insya-Allah satu hari nanti die akan terfikir tentang tu..Hidayah di tangan Allah, bukan kerja kita. Sedangkan Rasulullah s.a.w. sendiri tidak dapat memberi hidayah (mengislamkan) Abu Thalib..
Doakanlah juga mereka..

Ye..betul. Sedih je pun tak guna.
Itu hak mereka dalam bersahabat..tunaikanlah hak mereka.
Hak? aku terlepas pandang selama ni. terima kasih ye ingatkan.
Dah la tu. Gi masuk tidur. Dah lewat sangat dah ni.
A'ah..sampai sakit-sakit kepala dah ni..
(Aku pun menghabiskan ayat-ayat terakhirku sebelum menutup laptop..)

* Monolog yang tidak terucap..hanya bermain-main di sudut hatiku..

Read Users' Comments (0)

Hati..



Nah, ambil la benda ni.
Apa ni?
Ini adalah hati. Hati aku.
Hati kau? Hmm.. kenapa kau sudi kasi kat aku?
Sebab kau dah jadik sebahagian dari aku. Kau lebih dari seorang kawan.
Terima kasih... . ianya bererti. Aku terlalu menghargainya.
Oh ye ke... tapi maaf.
Untuk apa?
Sebab, hati tu aku tak beri sepenuhnya.Cuma sebahagian saja...

Maksud kau?
Aku pernah beri hati aku kat orang lain juga.
Dan aku tak pernah beri kesemuanya.
Aku takut aku tiada hati untuk diri aku sendiri.
Mungkin aku takut, hati itu tidak akan dijaga dengan sebaik-baiknya.
Ianya bukan seperti barangan lain seperti duit, permata dan sebagainya.
Hati ini penuh mistik, ada keajaiban yang tersendiri.

Mistik? Kelakar bunyinya...
Mungkin kelakar. Tapi itu realitinya.
Ia juga berubah mengikut rentak hidup engkau.
Rentak perasaan orang yang aku beri. Jika dia
betul-betul ikhlas, hati ini akan indah dan bersinar.
Tapi, jika dia mempersia-siakannya , hati ini akan malap.
Mungkin akan terus mati untuknya.


Ianya bukan satu benda yang percuma.
Hati ini diberi hanya kepada insan
yang terpilih sahaja.Insan yang istimewa.
Dan kau adalah salah seorang daripada mereka,
kerana naluri aku terlalu percayakan kau.


Aku insan terpilih?
Ya, kau yang terpilih. Hati ini sering bertukar-tukar
mengikut perasaan orang yang diberikan.
Ianya terlalu sensitif. Tapi ianya cukup kebal dan kental
pada musuh aku. "Musuh", mungkin terlalu kejam untuk aku
memperkatakan perihal mereka ini. Ianya tak berubah-berubah
seperti yang terjadi jika hati ini diberi pada orang yang istimewa.


Hati aku hanya tinggal sebahagian sahaja.
Ada orang yang tidak pernah memulangkannya,
walaupun aku hanya pinjamkan sekejap.
Ada yang pulangkan dengan penuh kelukaan.
Ada yang sudi berikan sebahagiaan hatinya pula
sebagai ganti. Dan jika kau nak tahu,
setiap hati manusia ada nilai yang tersendiri.
Setiapnya terlalu mistik!


Cuma satu saja yang kau tak mengerti.
Sekali hati itu terluka, kadangkala sukar nak
mengubatinya. Adakalanya, mengambil masa yang
lama untuk itu. Ibarat tangan yang terluka,
walaupun lukanya telah sembuh, tapi parutnya
masih ada. Dan bila tiba sesuatu yang tidak
diingini, mungkin pemilik hati itu akan menyendiri
buat seketika...sehingga hatinya pulih seperti
sediakala. Hati yang diberi ini bukan untuk suka-suka.
Ianya lahir atas satu kepercayaan. Dari situ, wujudlah
kasih sayang. Jika hilang rasa percaya itu,
maka sukarlah untuk hati itu kembali indah.

Read Users' Comments (0)