RSS

Ya Allah..tunjukkan kami jalan-Mu

Bismillah..

Detik demi detik berlalu..dan sama ada kita suka atau tidak, masa akan terus berjalan..meninggalkan apa yang kita ada hari ini, dan menanti apa yang tidak pasti pada esok hari..andai masih ada hari esok untuk kita..

Teratak usang ini sudah lama tidak kusinggah..Jika datang menyinggah, hanya dipandang dengan pandangan yang sepi..sungguh, terasa tiada mood untuk menulis, walaupun banyak peristiwa yang kualami, terasa banyak yang ingin dikongsi..biarlah, hanya yang kualami..terasa tidak layak untuk memberi..

Kembara dan terus kembara..melihat pelbagai ragam manusia dan belajar untuk memahaminya, belajar sesuatu secara formal mahupun tidak formal..semuanya, diperoleh melalui pengalaman..subhanallah, semakin ramai kita bergaul dengan manusia dari pelbagai latar belakang, semakin banyak sesuatu manfaat yang dapat kita perolehinya secara tidak langsung..insya-Allah..teladanilah yang baik-baik sahaja.. Malah, pengalaman dan pemerhatian itu lebih berharga dari sebuah teori..

Kadangkala, kita begitu taksub dengan sesuatu yang kita percaya atau sesebuah kumpulan sehingga kita tidak membuka mata, telinga, hati dan minda kita untuk menerima sesuatu. kita tidak memberi peluang kepada diri kita untuk MENDENGAR..hancurnya sesebuah komunikasi adalah kerana kita tidak mahu mendengar. apa yang kita tahu, kita lebih suka untuk bercakap..kita lebih suka menyampaikan apa yang kita tahu berbanding menjadi pendengar yang baik. Rendahkanlah diri wahai hamba..bukankah Allah ciptakan dua telinga supaya lebih banyak mendengar daripada bercakap? Mengapa tidak mahu memberi peluang kepada diri kita menerima kebenaran? Kita tidak mahu merendahkan hati kita untuk mendengar...justeru, kebenaran itu tidak sampai kepada kita. Bukankah air itu mengalir dari tempat yang tinggi ke tempat yang rendah? Bolehkah air itu mengalir andainya kedua-duanya berada di tempat yang tinggi?

Rendahkanlah hatimu..hatiku jua..terimalah sesebuah kebenaran walaupun ianya tidak memihak kepadamu..tidak memihak kepada apa yang kau percayai..usah menidakkan gerak hatimu..kerana naluri yang baik itu adalah anugerah dari Allah Yang Esa..kembalilah kepada Al-Quran, kepada sirah, kepada apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w..ikutilah ahli keluarga baginda iaitu ahlul bait..

Ya Allah, Kau tunjukilah jalan yang diredhai oleh-Mu..jalan yang diselusuri oleh rasul kami, iaitu Nabi Muhammad s.a.w..Ya allah, berikanlah kami kekuatan untuk mengenali dan mencintai baginda setulusnya secara zahir dan batin. Moga-moga, dengan mengenali baginda membuatkan kami mencintai-Mu..Berikan kami kekuatan untuk mengamalkan sunnahnya..Ya Allah, andai jalan-Nya telah kami ketemu, berikan kami kekuatan untuk beramal..Malu rasanya mahu meminta syurga-Mu, sedangkan diri ini penuh noda dan dosa..orang mungkin memandang kami sebagai orang yang baik, namun hakikatnya, Engkaulah yang menyembunyikan aib kami..Jika ianya busuk, pasti tiada siapa yang mahu mendekat..Ya allah, betapa sukarnya menundukkan nafsu..nafsu ini sering mengajak kepada perkara yang melalaikan..sukarnya beramal walaupun Engkau tunjuki jalan-Nya..Ya Allah, jangan Kau tinggalkan kami sendiri..jangan Kau ambil kembali taufik dan hidayah-Mu ini..buangkan karat-karat mazmumah yang berada dalam diri..Ya Allah, jangan Kau biarkan kami lemas dalam lautan dunia..terima kasih Ya Allah atas segala-Nya..Maafkan kami kerana tanpa sedar sering mendambakan kasih sayang manusia berbanding mengharapkan kasih sayang-Mu..hidupkan kami dengan nur iman..hidupkan kami dengan sering mengingati-Mu dan mencintai kekasih-Mu..amin..

Read Users' Comments (0)

Di Persinggahan (Zahran)

Sekian lama hidup di kegelapan,
Teraba-raba tanpa tujuan,
Akal dan budi seakan tak berfungsi,
Ke manakah diri??

Apa diturut kehendak yang meronta,
Menyeksa badan membakar jiwa,
Syaitan dan nafsu meracun dalam diri,

Renungkanlah ini

Kita sekadar di persinggahan,
Pasti kembali pada yang menciptakan,
Ombak dan badai lumrah kehidupan insani,

Jangan menangis jangan berputus asa
Insaflah semua darinya jua
Jangan biarkan diri terkorban dengan dunia…….


Pada ilahi bantuannya menanti,
Iman dan takwa yang sejati,
Itulah bekalan diri…..

Doa’ senjata mereka yang beriman,
Tuhan pencipta maha penyayang,
Mohon petunjuk mohonkanlah bantuan
Hanya pada tuhan

Read Users' Comments (0)

PRODUCT DEVELOPMENT

Alhamdulillah, kelmarin (24/11) telah selamat 1 paper. . Tinggal 1 paper jelagi..Sabar, sabar..insya-Allah last paper yang akan kuambil di kampusku ini..
Paper kelmarin, product development. Subject yang memerlukan kita berfikir seolah-olah kita mempunyai organisasi tersendiri. Lebih tepatnya, kilang makanan. Bukan hanya memikirkan dari sudut menghasilkan produk tersebut, tetapi dari raw materials until marketing, semua aspect kene fikir.

Macam mane nak hasilkan produk, steps mane yang ade critical point (HACCP memang sangat-sangat penting untuk diaplikasikan), packaging, labeling, distribution, marketing, commercialization until launching the product. Kene jugak paham consumer behavior. Mase tengah-tengah study tu, boleh pulak terpikir “Eh, bagus jugak kalau food tech students ni diajar subjek under kaunseling punye kos. Boleh jugak tau psikologi consumer. Alang-alang dah belajar kimia, biologi, fizik, engineering, math, akaun, keusahawanan...ajar la jugak psikiologi, biar lengkap package. Boleh jugak tau sikit-sikit macam mane nak psiko and attrack consumer beli product kita.”
Eh, pe HACCP tu? Lupe pulak nak bagi tau. Senang paham, HACCP ni 1 sistem untuk pastikan yang makanan tersebut selamat dimakan dan terhindar dari potential hazardous food, baik dari physical, chemical or microbiological hazard. HACCP ade 7 principles. Kirenye, produk yang dapat cop HACCP insya-Allah selamat dimakan. Tiada ragu-ragu lagi.

Semasa study subject ni sepanjang sem, setiap ahli dalam group kene bincang target consumer. Untuk teenagers ke, baby, children, orang tua, orang yang ade penyakit tertentu seperti diabetis atau sakit jantung, vegetarian, atau sebagainya. Then, setiap ahli dalam group kene pikirkan idea untuk buat new produk berdasarkan target consumers.. At least, 5. 5 idea kali 6 orang, sekurang-kurangnya ada 30 idea. Dari idea-idea yang dapat tu, bincang 5 idea yang paling baik. Tolak idea yang kurang sesuai (idea-idea tu mungkin tidak sesuai buat mase sekarang..tiada idea yang salah). Mungkin disebabkan raw materials susah nak dapat atau ikut musim, instruments yang diperlukan tak de kat kampus, atau lain-lain faktor yang menyebabkan idea tersebut tidak sesuai untuk dipilih. Step ni dipanggil idea screening. Lepas tu kene create nama syarikat, logo syarikat, visi dan misi, and organizational chart.

Then, dari 5 idea yang terbaik tu, pilih 1 idea produk baru dengan beberapa method yang dipanggil perceptual map, gap analysis and product attractiveness score. 3 methods ni kene bincang, and dari situlah kita dapat nampak mane idea yang paling baik untuk dijadikan produk kita. Setelah dibincang-bincang, groupku memilih untuk menghasilkan pumkin-based and banana-based donut. Then, kena carilah formula and process nak buat produk ni. Every week, memang ada discussion among group members and normally presentation and lab report comes along..boleh tahan lagi group. Kalau tak..hai. betullah kate seorang senior food service yang pernah ambik subject ni sebagai subjek elektif “Product development ni umpama FYP ke-2. Bayangkanlah..bezanya, subjek ni ringan sikit sebab group and tak kene buat PROXIMATE”. “Kalau PROXIMATE pun kene buat, alamatnya 1 sem pun tak cukup” (aku menambah bila dah lalui sendiri).

Dah dapat idea, kene buat concept testing. Buat questionnaire, and pick randomly sape-sape (biasenya target consumer) untuk isi borang tersebut untuk dapatkan respond diorang. Analysis data..dari situ kita boleh agak sama ada consumer suke and boleh terima idea kita atau tak.

Part yang paling lama, nak dapat formulation and processing. Kene buat dan evaluate sendiri product tu. Yang kurang, improve untuk trial yang akan datang. Bile dah beberape kali buat dengan ubah formulation and certain raw materials, rase confuse pulak nak pilih mane satu yang paling baik.
Bila dah confirm formulation and processing, macam biasa..sensory evaluation. Kali ni, product diserved properly and panel evaluate produk kita. Analysis data lagi..
Lepas tu, buat shelf life testing, dapatkan packaging yang sesuai, kire nutritional content and nutrient claim, and kire cost produk termasuk packaging and selling price..

Part yang ditunggu-tunggu, launching produk..waktu launching ni la kene hias board kita, tampal poster, panel datang and consumer boleh rase product kita, kita promote kat panel and consumer yang datang tentang produk kita and kelebihan produk kita..kirenya kita bersaing dengan other companies untuk tunjukkan yang terbaik. Realitinya di alam yang sebenar, launching ni la yang menentukan sama ada produk kite berjaya atau tidak.

Berikut adalah sedikit foto-foto donut tuh...


pumpkin-based donut


donut after frying


strawberry topping donut


strawberry chocolate topping donut


orange topping donut

dark chocolate topping

Setelah mengambil subject ni, kirenya bukan senang untuk buka sesebuah syarikat, terutamanya makanan kerana makanan ada expired date, boleh rosak jika tidak dihandle dengan betul dan ia juga boleh mengancam nyawa dan kesihatan pengguna. Untuk buka sesebuah syarikat, bukan hanya modal yang perlu difikirkan tetapi juga management. Setiap perkara kena plan betul-betul. Contohnya, di alam sebenar, nak launching produk pun kene pikir kat mana nak launching, bila nak launching, macam mana nak launchig dan lain-lain. Jika tersalah pilih tempat, masa tak sesuai untuk launching produk (terlalu awal atau terlalu lembat), ia juga boleh menjadi faktor gagalnya sesuatu produk itu. Relationship dengan retailer and consumer pun sangatlah penting.

Alangkah bagus jika ramai orang Islam yang bercita-cita untuk mempunyai kilang sendiri. Seperti kata pegawai HDC (Halal Industry Development Corporation), lebih kurang 80 % yang mintak sijil halal JAKIM, adalah non-Muslim. Means, orang Islam yang mintak sijil halal JAKIM, hanyalah 20 %. Satu jumlah yang kecil. Berdasarkan pengalamanku call ke kilang-kilang, aku mempercayai akan hal tersebut. Kebanyakan kilang dipunyai oleh non-Muslim. Boleh dikira dengan jari established kilang dari orang Islam. Jangan tak tau, ada sesetengah company nama produknya nampak macam Islamik dan diletak lambang seolah-olah syarikat tersebut dikeluarkan oleh orang Islam, tetapi hakikat sebenarnya, pemiliknya adalah non-Muslim. Itu hanyalah satu cara yang effective untuk attrack consumer beli product tersebut, memandangkan consumer terbesar di Malaysia adalah dari kalangan orang Islam. Ditambah isu-isu yang timbul di Malaysia berkaitan makanan terutamanya isu halal, ianya sudah menjadi fardhu kifayah untuk orang Islam menceburi bidang ini. TEKNOLOGI MAKANAN.

Moga, Allah permudahkan mereka yang mempunyai niat untuk membuka kilang sendiri. AMIN..

Read Users' Comments (0)

MANGKUK YANG CANTIK, MADU DAN SEHELAI RAMBUT

MANGKUK YANG CANTIK, MADU DAN SEHELAI RAMBUT



Rasulallah saw, dengan sahabat-sahabatnya Abu Bakar r.a, Umar r.a, Uthman r.a, dan Ali r.a bertemu ke rumah Ali r.a. Di rumah Ali r.a, ISTERINYA Sayyidatina Fatimah r.h.a puteri Rasulallah s.a.w menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan sehelai rambut terikut di dalam mangkuk itu.

Baginda Rasulallah s.a.w kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingann terhadap ketiga benda tersebut (mangkuk yang cantik, madu dan sehelai rambut).

Abu Bakar r.a berkata, “iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut.

Umar r.a berkata, “Kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut.”

Uthman r.a berkata, “Ilmu itu lbeih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan beramal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih susah dari meniti sehelai rambut.

Ali r.a berkata, “Tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu senang sampai kembali ke rumahnya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut.”

Fatimah r.h.a berkata, “Seorang wanita itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, wanita yang berpurdah itu lebih manis dari madu, mendapatkan seorang wanita yang tidak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut”

Rasulallah s.a.w berkata,” seorang yang mendapat taufik untuk beramal adalah lebih cantik dari mangkuk yang acntik ini, beramal dengan amal yang baik adalah lebih manis dari madu ini, dan berbuat amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut”

Malaikat jibrail as berkata, “Menegakkan pilar-pilar agama itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik, menyerahkan diri, harta dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat adalah lebih susah dari meniti sehelai rambut.”

Allah SWT berfirman, “Syurgaku itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat syurgaku itu lebih manis dari madu dan jalan menuju ke syurgaku adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut.”

Read Users' Comments (0)

Alhamdulillah..lega rasanya



1/11/2010 (Isnin)

Alhamdulillah..syukur sangat-sangat..akhirnya lepas rasa bebenan (untuk sementara waktu). Setelah bertungkus-lumus menyiapkan slides untuk presentation final fyp sampai rasa pening & nak muntah (bahana x cukup tidur n ngadap laptop terlalu lama), akhirnya selamat juga mengharunginya..walaupun rase x berape prepare. Alhamdulillah sangat, rase dapat jawab soalan-soalan yang ditanya oleh panel2 n x 'kene' teruk sangat..alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan..malam tu, memang tidur awal. Lepas isya' terus syahid..qada' punya pasal.

1 lagi peristiwa yang rasa lega sangat. Lepas present, pukul 1 tengahari lebih..dapat 1 call. Dah dapat tempat latihan industri (L.I). Alhamdulillah..gembiranya tak terkata dan sangat lega. Susahnya nak dapat tempat, Allah je yang tau. Setelah call berpuluh-puluh kilang, tunggu berbulan-bulan, jumpa orang yang menguruskan surat dari universiti berkali2, hantar application ke hampir 10 kilang..akhirnya pada 1/11, dapat jugal tempat L.I. Rase nak tergelak sendiri, sebab masa nak apply, memang mati-mati x nak mintak kat Perak & Terengganu. Hajatnya nak merantau ke tempat orang, nak pergi ke negeri yang x pernah pergi lagi macam area2 selatan. Memang x mintak kat Terengganu & Perak.

Lepas tu, ada call 1 kilang, head office kat K.L. tapi die kate kalau buat L.I, kilang tu kat perak. die pun x sure kilang kat perak tu amik x students utk buat L.I. tapi die kate hantar dulu application, pastu diorang akan forwardkan ke kilang tersebut. Disebabkan aku memang budget memang x nak L.I kat perak, jadi aku just bagi tau kat kawan aku yang x dapat tempat L.I lagi pasal kilang tu. diorang pun hantar application, x sampai 2 hari hantar, application diterima. Waktu tu, rase menyesal sangat..n aku pun amik keputusan untuk apply jugak kat tempat tu. waktu tu dah x kisah dah dapat kat mane, asalkan dapat tempat.

Dipendekkan cerite, aku pun email application..tpi still worried x dpt sbb tgu mcm lame berbanding 2 org kwn aku yang dah dapat situ. aku pun follow up kilang lain yang aku dah mintak (3 tempat). 30/11, kebetulan sembang ngan member (kos Food Service) yang duduk area Teluk Intan..die suggestkan 1 kilang kat situ. wah!! aku tak tahu pun ade kilang yang boleh dikatakan established kat area teluk intan tu (mungkin aku yang x ambik tahu sebab budget memang x nak yang dekat umah). on the dot, aku pun cube nasib call kilang tu walaupun hari tu hari sabtu (cube nasib). kdg2, private company ni still keje walaupun cuti. alhamdulillah, ada orang angkat. orang tu cakap diorang x sure nak amik orang lagi ke x sebab dah amik ramai students untuk L.I. RAMAI?? ulps..berape ramai tu? setahu aku (berdasarkan pengalaman aku call ke kilang2), private company ni memang amik dalam 1-2 orang je..soalan tu hanya bermain di fikiran aku je. hajat nak bertanya..tapi macam improper pulak.

orang tu suruh aku email resume. die kate call balik hari rabu untuk tahu jawapan. aku pun email la resume tanpa tunggu surat rasmi daripada universiti dulu. kalau tunggu, memang lambat..aku email die kate aku anta resume dulu, surat tu aku anta kemudian. dalam pada tu, aku duk tergelak sendiri..kalau dapat la kat situ, memang x payah sewa rumah. lebih kurang setengah jam perjalanan. BUDGET!! punye la nak jauh2, last2 dapat yang paling dekat dengan umah.he..aku pun pikir, bagus jugak dapat yang dekat ngan rumah. x payah sibuk2 pikir pasal tempat tinggal. kalau ada rezeki, boleh sambung terus keje kat situ. x yah susah2 nak apply kat tempat lain..

Tup-tup..1/11, aku dah diterima..kat perak jugak, tapi kat tempat lain..syukur rasanya. dalam pada tu, kesian pada kawan2 foodtech yang still x dapat tempat lagi..n ade yang comfirmation tempat L.I dibatalkan oleh pihak kilang pada saat-saat akhir..kesian diorang nak cari tempat.

Dalam pada tu, orang yang menguruskan pasal surat L.I pun lega bile aku dah dapat. Akhirnya..dapat jugak!! Sebelum tu, die pernah cakap "Saya mati-mati ingatkan awak dah dapat tempat. Dah banyak tempat mintak kan" Tau x pe!!

Kesimpulan yang dapat aku simpulkan dari experience aku ni (mencari tempat L.I):
- Kalau dah rezeki kita kat sesuatu tempat tu, mintak la kat mane2 pun..sejauh mane pun..tapi kalau Allah dah tuliskan qadaknya rezeki kite kat tempat tu, maka kat situ jugalah kite akan dapat. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya..kite x tau..
- Bukan senang nak masuk private company untuk L.I. (personal view..ni mungkin bergantung pada company & kos). kene sentiasa follow up, call..sebelum mintak kene call, after anta resume kene call (kdg2 diorang mintak email/anta resume balik). mereka mungkin nak tengok kesungguhan kite, sebab bukan kite je yang mintak. U lain pun mintak jugak..jadi memang kene bersaing & tunjukkan kesungguhan.
- Banyakkan bersabar & jangan mudah putus asa
- banyakkan bertanya. sambil2 sembang ngan kawan2 tu..kdg2 kite ble dapat maklumat dari orang2 sekeliling kite..belajar dari pengalaman orang lain.

OK, setakat tu je..moga Allah permudahkan segalanya..x sabar jugak nak ber "L.I" ni..moga banyak knowledge n experience yg kuterima nanti..kat sinilah tempat untukku meng"apply" apa yang telah aku belajar selama 3 tahun setengah kat university..kdg2 practical x exactly same dengan theory..wallahua'lam.

Read Users' Comments (2)

Ukhuwwah itu...



Ukhuwwah itu...
Bukan dikira dengan banyaknya pertemuan
Bukan dikira dengan jarak yang memisahkan
Tapi...ia adalah satu keterikatan hati
Walaupun jauh, walaupun jarang berjumpa
Tapi dirasakan amat dekat
Dirasakan ada yang sentiasa menemani

Ukhuwwah itu..
Bukan sekadar simpati
Tapi mempunyai rasa empati
Ibarat satu anggota badan
Jika sakit satu anggota badan itu
Maka anggota lain juga akan terasa sakit
Bisakah kita tersenyum dan ketawa
Tika sahabat kita sedang menderita

Andai punya rasa ukhuwwah
Kita turut gembira jika sahabat kita gembira
Dan turut mengalirkan air mata jika dia mengalirkan air mata
Sahabatlah tempat kita berkongsi rasa
Tempat berkongsi suka dan duka
Bukan hanya bersama
Tika dia sedang gembira

Kita terlupa
Di sebalik senyumnya
Di sebalik ketenangan wajahnya
Ada cerita duka yang disembunyikan
Ada cerita yang ingin dikongsikan
Kita tidak akan pernah tahu
Jika kita tidak pernah manyelami hatinya
Kadang-kadang, sikapnya juga
Dipengaruhi oleh sejarah lampaunya
Dan pengalamannya

Oleh itu, ambillah masa
Untuk menyelami sahabat kita
Jadilah seorang pendengar yang baik
Dengan itu, kita akan lebih memahami sahabat kita
Dan..
Ukhuwwah akan menjadi lebih indah
Jika semuanya kerana Allah

Read Users' Comments (0)

Hikmah Di Sebalik Sakit




Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Catatan ini bukanlah bertujuan untuk memberitahu apa yang sedang kualami, tetapi lebih kepada satu perkongsian, Insya-Allah..

Sejak balik dari product launching semalam, badanku habis sakit-sakit. Badan terasa seram sejuk dan tak larat untuk bangun. Aku sudah merasakan aku diserang demam. Bermula dari semalam sampailah hari ni, aku hanya tidur sepanjang hari. Apabila bangun sahaja, kepala rasa berdenyut-denyut dan menyucuk-nyucuk. Cecair kuning mula keluar dari mulutku. (Walaupun hanya sedikit makanan yang kumakan kerana tiada selera). Sakitnya, hanya Allah sahaja yang tahu. Aku seakan sudah bersedia menghadapi situasi ini kerana berdasarkan pengalamanku sebelum ini, jika aku demam pasti teruk. Aku baru bercadang ingin masuk lab pada esok hari dan lusa (hari Ahad). Lusa aku ada test. Aku merancang, namun perancangan Allah adalah yang terbaik. Hanya Allah yang lebih mengetahui...

Apabila sakit, barulah kita mengerti nikmat sihat. Barulah kita menghargai kesihatan yang Allah beri kepada kita selama ini. Selain itu, hikmah yang sering kita perolehi adalah pada waktu sakitlah kita akan dapat mengenali sahabat yang benar-benar take care kepada kita. Benarlah, kawan ketawa mudah dicari, namun kawan menangis sangat sukar dicari ganti. Tak ramai sahabat yang dapat bersama-sama kita di waktu kita sedang susah. Yang ramai, kawan yang bersama-sama kita ketika kita senang.

Ketahuilah, pada waktu sakitlah kita akan menyedari Yang Teramat Menyayangi kita adalah Allah dan Rasulullah s.a.w. Biarlah sakit itu menjadi kifarah dosa yang telah kita lakukan selama ini. Bukankah Allah telah janjikan yang dosa-dosa kita akan diampunkan walaupun tertusuk duri. Maha Penyayangnya Allah..Biarlah sakit itu menyebabkan kita hanya bergantung harap kepada-Nya. Tiada lagi insan yang sentiasa menemani kita, yang benar-benar memahami kesakitan yang sedang kita alami. Selepas Allah dan Rasulullah, yang menyayangi kita adalah ibu bapa kita. Walaupun mungkin mereka tidak menunjukkan kasih sayang mereka, tapi percayalah bahawa mereka amat menyayangi kita..Jika mereka tahu kita sedang sakit atau ditimpa kesusahan, pasti pada masa itu juga mereka ingin terbang dan berada di samping kita. Keluargalah yang menyayangi kita selepas Allah dan Rasulullah.

Memang benar, yang hanya dapat menyembuhkan orang sedang sakit hanyalah Allah. Dan asbab penyakit itu sembuh, adalah dengan usaha, yakni makan ubat. Namun ada satu lagi faktor yang mempercepatkan sakit itu sembuh, iaitu sokongan dari orang yang terdekat. Perhatian dan kasih sayang dari orang yang di sekelilingnya..secara tidak langsung akan menjadi sokongan moral kepada orang yang sakit itu untuk melawan penyakitnya. Hanya orang yang sakit dapat mengerti soal ini. Namun, ramai yang terlepas pandang tentangnya.

Jadi, ketika sakit, kuatkanlah semangat untuk melawan penyakit itu. Ketahuilah, ada hikmah di sebalik semuanya..ilmu kita amatlah sedikit dibandingkan dengan ilmu Allah. Umpama kita mencelup sebatang jari tangan kita ke dalam lautan dan kita mengangkatnya. Air yang masih tinggal di jari kita itu diibaratkan ilmu manusia, sedangkan air lautan yang masih banyak itu diibaratkan ilmu Allah.

Buat sahabat-sahabat yang menemani dan menjengukku ketika aku sedang sakit, tiada kata yang dapat kuucapkan melainkan jutaan terima kasih. Sahabat-sahabat SERATAS, KMpK, UMT..Rasanya tidak perlulah aku sebutkan namanya di sini. Namun aku sentiasa menghargai dan mengingati wajah-wajah yang membantuku selama ini. Biarpun pertolongan yang diberikan dirasakan kecil, namun aku rasakan sangat besar. Terima kasih di atas segalanya. Moga Allah sahaja yang dapat membalasnya. Maafkanku kerana tidak menjadi sahabat yang baik kepada kalian selama ini...Wallahua’lam.

*Buat Kak Yana, terima kasih banyak-banyak kerana bawak saya ke klinik tadi..sangat terharu. Walaupun pada mulanya tak nak pergi kerana sudah dapat mengagak apa yang bakal dikatakan oleh doktor dan ubat yang akan diberikan, tapi atas ransangan akak untuk pergi ke klinik, diri ini mengalah juga. Moga Allah sahaja yang dapat membalasnya..Amin.

Read Users' Comments (0)

Cinta Allah VS Cinta Manusia

href="http://3.bp.blogspot.com/_1eoA3Ebl0fU/TLcslmRrNGI/AAAAAAAAAHA/Qcvc_h82gdE/s1600/cinta.jpg">

Bismillah..

14 Oktober 2010.

Alhamdulillah product launching tadi telah selamat ditempuhi walaupun agak kelam-kabut sedikit bagi groupku. Insya-Allah semua ahli group telah cuba buat yang terbaik. Sayang, tak sempat nak ambik gambar product. Insya-Allah kalau ada gambar product dan kelapangan masa..akan dipost. Sedih juga apabila ada sesuatu yang tidak enak kudengar. Tapi terasa sangat susah untuk berlapang dada. Aku insan biasa. Cubalah wahai diri..berlapang dadalah..sedikit sebanyak ia turut mengganggu perasaanku.

Balik dari launching product tadi, tiba-tiba rasa macam aku diserang demam. Kepala rasa berdenyut-denyut ditambah dengan keletihan. Sudah lama aku tak sakit. Bukan mengharap. Teringat waktu zaman sekolah, akulah orang yang mudah diserang demam, terutamanya minggu exam. Bila sakit, barulah kita menghargai nikmat sihat.. “Ada 2 nikmat yang kita terlepas pandang dan tidak begitu menghargainya, dan bila kita kehilangan nikmat itu barulah kita menghargainya..iaitu nikmat sihat dan nikmat keamanan”.

Sebenarnya aku tak berniat untuk post pasal apa yang telah aku lalui hari ini. Pengalamanku yang biasa-biasa, biarlah kusimpan untuk diriku sahaja. Tapi apabila aku blogwalking ke blog-blog sahabat, dan apabila kubaca posting dari seorang adik, tiba-tiba rasa macam nak post something pulak.



Kata-kata ni, mungkin kita pernah dengar sebelum ni. Tapi, hati yang merasa, bukan mudah untuk menerima. Tapi ketahuilah..di sebalik perjalanan kita, ada yang mengaturkan. Dan percayalah, apa yang diaturkan untuk kita adalah yang terbaik untuk kita walaupun pada pandangan kita itu adalah tidak baik.

“Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya. Sungguh, yang demikian itu mudah bagi Allah. Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu, dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai orang yang sombong dan membanggakan diri,” (Surah Al-Hadid, 57: 22-23)


BELAJARLAH UNTUK HIDUP SENDIRI

Belajarlah untuk hidup sendiri...don’t misunderstanding. Tidak bermaksud kita hidup tanpa orang lain, kerana hakikatnya manusia itu saling memerlukan antara satu sama lain. Yang dimaksudkan adalah, belajarlah untuk hidup berdikari. BERDIKARI = BERDIRI DI ATAS KAKI SENDIRI. Belajarlah untuk tidak terlalu berharap dan bergantung pada orang lain. Ya, memang hidup akan lebih indah jika ada insan yang sentiasa di sisi kita. Tapi, tanyalah pada diri kita..sampai bilakah insan tersebut akan sentiasa menemani kita? Apabila sudah melangkah ke alam kerjaya, orang lain pula yang akan mewarnai hidup kita. Di saat itu, adakah kita bersedia melepaskan di saat hati telah terpaut sayang pada sahabat kita itu? Adakah kita rela merasai kesakitan kerana kehilangannya? Paling tidak, di saat kita di alam barzakh, tiada lagi yang menemani kita. Yang ada hanyalah gelap pekat, bau tanah, amalan baik dan buruk kita yang akan menemani... Benarlah kata “Jangan terlalu menyayangi seseorang kerana boleh jadi orang yang disayangi itu menjadi orang yang dibenci, dan janganlah terlalu membenci seseorang kerana boleh jadi orang dibenci itu menjadi orang yang dibenci.” Bersederhanalah!! Allah berhak memalingkan perasaan kita kerana hakikatnya Allahlah pemilik hati kita yang sebenar.

Teringat sebuah drama Melayu bersiri (tak ingat tajuk ceritanya sebab memang tak ikut setiap episod pun..kebetulan tertengok episod akhir). Ceritanya tentang seorang pemuda yang dipaksa kahwin dengan seorang perempuan oleh ibunya walaupun lelaki tersebut sudah mempunyai kekasih. Lelaki tersebut berkahwin juga dengan pilihan ibunya kerana tidak mahu dianggap sebagai seorang anak derhaka seperti yang telah dilakukan kakaknya. Di akhir episod, lelaki tersebut melepaskan semua amarahnya dan dendam yang dipendam selama ini dengan mengatakan “Tiada siapa yang boleh memisahkan dia dengan kekasihnya.” Ibunya (yang telah insaf) mengatakan, “Walaupun Allah? Jika Allah memalingkan cinta kamu terhadap kekasih kamu kepada isteri kamu, maka siapa yang dapat menghalangnya? ” (lebih kurang). Pemuda tersebut terkedu dengan jawapan ibunya. Di akhir cerita, pemuda tersebut berbaik semula dengan isterinya dan kekasihnya berkahwin dengan orang lain (Kekasihnya memberitahu pemuda itu bahawa dia akan berkahwin dengan orang lain, membuatkan pemuda itu memikirkan kembali kata-kata ibunya sebelum ini dan mengambil keputusan berbaik-baik dengan isterinya). Cerita ini juga ada kaitannya dengan ego.

Apabila terasa sakit kerana menyayangi, barulah kita sedar bahawa selama ini hati kita telah diserahkan sepenuhnya pada orang yang disayangi. Lalu, di manakah bahagian kita untuk Allah yang telah menciptakan kita? Kejam bukan, kita lupa menyerahkan hati kita pada yang lebih berhak menerimanya. Astaghfirullah, ampunilah hamba-Mu ini Ya Allah..

Kesakitan yang didatangkan pada kita adalah supaya kita kembali pada-Nya, mengadu hanya pada-Nya..itulah hakikat hamba. Betapa selama ini kita terlalu berharap pada makhluk-Nya untuk disayangi dan menyayangi..ternyata Allah amat cemburu pada hamba-Nya..lalu didatangkan kesakitan itu..di waktu itu, barulah kita tersentak, tersedar..bahawa semua itu adalah sementara sahaja..Hati kita milik siapa? Milik kitakah yang sewenang-wenangnya diserahkan pada orang lain? Cinta manusia sering mengecewakan, tapi cinta Allah adalah abadi, kerana HANYA ALLAH SAHAJALAH YANG KEKAL ABADI..

Dalam pencarian cinta itu, ada onak durinya, jatuh bangunnya..jangan mudah mengalah. Jangan mudah patah semangat. Teruslah mencari cinta-Nya..walau rebah, walau tersungkur. Ia adalah satu perjalanan yang panjang. Jangan sampai hati hilang keinginan untuk mencari cinta-Nya..

Aku juga sedang berusaha dalam perjalanan mencari cinta-Nya..mungkin selama ini cinta manusia dan dunia yang bermukim di dalam hati, sehingga cinta Allah sukar menembusi. Teruskan usaha dalam mencari cinta-Nya..moga, di hujung perjalanan yang pasti namun tidak diketahui bilakah tarikhnya, cinta Allah telah bermukin di dalam hati kita semua..Amin..

Wallahua’lam.

Read Users' Comments (0)

Ibu baru

Meow!!Meow!! Meow!!!!

Ngiauan kucing itu membuatkan jemaah wanita masjid yang baru keluar dari menunaikan solat tarawikh seolah-olah berkumpul dan tercari-cari dari manakah arah ngiauan kucing itu. Ternyata ia adalah seekor anak kucing yang kehilangan ibunya. Berbelang-belang hitam warnanya.

“Anak kucing ni tengah cari ibunya. Ada orang buang ibu kucing sekali dengan anak-anaknya. Ibu kucing kalau orang buang, kucing panik dan tinggalkan anaknya”. Seorang wanita mencelah.

Aku mengambil dan mendukung anak kucing tersebut. Risau jatuh dalam longkang yang berdekatan, memandangkan longkang tersebut agak dalam dan mempunyai jaring. Anak kucing tersebut masih kecil lagi. Tak mustahil kalau anak kucing tersebut boleh ‘celuih’ (bak kata orang utara, not sure betul tak ejaannya) dalam longkang tersebut.

“Adik bawak balik la dik. Pelihara ‘dia’. Kesian dia.”, kata seorang wanita kepadaku.

Aku menjadi serba salah. Hendak bawak balik, aku teringat cerita Pahrol Mohd Juoi dalam bukunya ‘Nota Hati Seorang Lelaki’. Bimbang mati nanti. Nak tinggal saja di situ, lagi tak sampai hati. Ngiauan anak kucing ini sangat kuat memanggil ibunya.

“Macam mana ni kak. Nak bawak balik ke tak”, aku meminta pendapat Kak Yana.
“Terpulang la”. Kak Yana menyerahkan keputusan kepadaku.
“Kita bawak balik dulu la ye. Esok kita cari ibunya”. Akhirnya aku membuat keputusan setelah agak lama membatu di situ.

Lalu anak kucing tersebut dibawa balik.

Sesampai di rumah, aku meletakkan kucing tersebut dalam rumah. Aku membancuh susu tepung untuk anak kucing tersebut dan memberinya minum. Ternyata kucing tersebut tidak pandai menjilat susu tersebut. Lalu aku celupkan sedikit jariku dalam air susu tersebut dan menyuakan kepada mulutnya supaya dia dapat menjilat. Dia menggigit jariku. Ternyata dia tak pandai minum air susu selain dari susu ibunya. Ngiauannya masih kuat.

Aku melihat anak kucing tersebut seolah-olah tak kena. Berjalan-jalan ke sana sini seperti mencari ibunya. Ngiauannya kuat dan tidak henti-henti. Aku mengambil sebuah kotak yang telah ada di luar rumah. Kulapik dalamnya dengan sehelai baju yang tidak digunakan lagi. Aku membiarkan dia sementara aku menyiapkan tempat untuk dia berehat dan beradu (wah, wah! Beradu ye..). Setelah selesai, aku ingin mengambilnya dan memasukkannya ke dalam kotak tersebut. Kebetulan, aku meletakkan kucing tersebut berdekatan dengan stoking hitam yang telah aku pakai dan tanggalkan. Sebelum aku ingin mengambil anak kucing tersebut, aku sempat melihat dia menggigit dan kakinya menolak dan menarik stokingku itu seolah-olah dia sedang minum susu ibunya.

Aku mengambil anak kucing tersebut dan meletakkannya ke dalam kotak tersebut. Anak kucing itu masih lagi tak keruan dan mengiau-ngiau dengan kuat. Aku agak buntu. Lantas aku memasukkan stokingku tadi ke dalam kotak tersebut. Dengan tidak semena-mena anak kucing tersebut terus diam dan menggigit-gigit seperti tadi. Subhanallah! Anak kucing tersebut dikurniakan fitrah untuk menyusu walau tiada siapa yang mengajarnya. Akhirnya anak kucing tersebut tertidur bersama-sama stokingku itu.



Keesokan harinya, anak kucing tersebut mengiau-ngiau dengan kuat lagi. Aku menggantikan stoking hitam di dalam kotak tersebut dengan stoking biru gelap. Tapi anak kucing tersebut tidak menggigit-gigit stoking itu seperti semalam. Kelihatannya dia tidak suka dengan stoking biru gelapku. Mungkin stoking hitam itu mengingatkan dan menyangkakannya bahawa itu ibunya. Aku kembalikan stoking hitam itu ke dalam kotak tersebut. Namun lama-kelamaan, anak kucing itu seolah-olah tahu bahawa dia telah ditipu dan terus-terusan mengiau dengan kuat. Aku benar-benar telah buntu. Tidak tahu apa lagi yang harus aku lakukan. Petang itu, aku bertekad mahu mencari ibunya di masjid tersebut. Jika tidak berjumpa, aku merancang mahu meletakkannya di rumah tokku. Kebetulan, di rumah tokku juga ada ibu kucing dan anak-anaknya yang baru lahir. Cuma, kucing yang aku jumpa ni besar sedikit daripada kucing di rumah tokku. Teragak-agak juga mahu meletakkan di rumah tokku, kerana aku pasti ayah tehku akan membebel tanpa henti.

Kucari-cari ibunya di masjid. Tiada ibu kucing yang kelihatan. Lalu aku kembali ke rumah untuk mengambil anak kucing tersebut untukku bawa ke rumah tokku. Aku melihat-lihat meter minyak. Harap-harap sempat sampai di rumah tokku sebelum aku mengisinya semula. Kucing itu aku masukkan dalam beg dan aku pun terus memecut dengan lajunya. Dia masih lagi mengiau.

Preng..preng... “Ah, motor ni nak mati ni.” Firasatku menduga. Ternyata, motorku mati seperti yang kuduga.

Aku pun menelefon Kak Yana memintanya membelikan minyak motor untukku. Kukeluarkan anak kucing itu dari begku. Ternyata, dia terus saja mengiau dengan kuatnya. Orang yang lalu-lalang di situ memandangku. Lalu aku membelainya, memujuknya agar tidak mengiau dengan kuat.

Lama juga aku berada di situ. Aku sudah malu mencangkung terlalu lama di tepi jalan itu. Sabar..sabar...Setelah agak lama penantianku, bayangan Kak Yana pun kunjung tiba. Kak Yana menghampiriku dengan tersenyum simpul. Terima kasih Kak Yana..selalu menyusahkan akak.

Dipendekkan cerita, kami pun bergegas ke rumah tokku. Sesampai di rumah tokku, rumah kelihatan sunyi. Persis tiada orang. Lalu aku bergegas ke kotak yang terdapat di beranda rumah. Aku mengintai kucing yang berada di dalamnya. Ternyata tiada ibu kucingnya. Yang ada hanyalah 4 ekor anak kucing yang berwarna hitam sedang enak dibuai mimpi (Eh, kucing boleh bermimpi ke..he, ape-ape je la...). Aku mencari-cari ibu kucing tersebut. Ternyata dia ada di kawasan beranda tersebut. Selepas sahaja dia melihatku mengintai kotak itu, dia juga mengintai anak-anaknya di kotak tersebut . Risau aku mengambil anak-anaknya barangkali.

Kemudian aku menyuakan anak kucing yang kutemui itu kepada ibu kucing tersebut. Dia kelihatan seperti agak confius. Perlahan-lahan dihampiri anak kucing itu. Dibau-baunya persis menghidu. Tiba-tiba.....dicakarnya anak kucing tersebut. Aku dan Kak Yana agak terkejut dengan perlakuan ibu kucing itu. Lalu, ibu kucing itu lari dari anak kucing tersebut. Anak kepada ibu kucing tersebut yang hampir sama besar dengan ibu kucing tersebut (abang-abang kepada anak kucing yang di dalam kotak) merenung anak kucing yang kujumpai itu seolah-olah ingin menerkamnya.

“Jahatnya ibu kucing tu” Kak Yana berkata sponton sejurus melihat reaksi ibu kucing tersebut.
“ Macam mana ni kak. Nak tinggal sini ke tak nak?” Aku meminta pendapat Kak Yana.
“ Entahlah, akak pun tak tahu” Kak Yana menjawab.

Agak lama aku membatu di situ. Confius. Nak buat macam mana ye? Nak tinggal ke tak? Lain macam je tengok abang kucing tu. Nanti kalau dia makan macam mana? Buat naye je...Aku terus bermonolog. Aku teringat National Geography yang pernah kutonton mengenai kucing. Dikatanya kucing hidup secara sendirian. Dia tidak menyusukan anak kucing lain sepertimana singa yang menyusukan anak singa lain. Ya Allah, macam mana ni?

Akhirnya, aku mengambil keputusan nekad. Biarlah kutinggalkan dulu di sini. Esok aku akan menjenguk mereka. Lalu aku meletakkan anak kucing tersebut di dalam kotak tersebut bersama-sama anak kucing lain. Yang anehnya, sebaik sahaja aku meletakkan anak kucing tersebut ke dalam kotak itu bersama anak-anak kucing yang lain, anak kucing itu terus senyap. Tidak lama kemudian, dia tertidur. Ternyata yang diperlukan olehnya adalah kasih sayang dari ibu kucing dan adik-beradiknya. Biarlah dia menumpang kasih sayang dan menganggap ibu kucing tersebut adalah ibunya dan anak-anak kucing itu adalah adik-beradiknya. Aku sedar, sejauh mana pun kasih sayang yang manusia cuba berikan, namun ianya tidak sama bahkan tidak dapat menggantikan kasih sayang dari ibunya.

Keesokan harinya, aku pulang ke rumah tok untuk menjenguk anak kucing tersebut. Alangkah terkejutnya aku apabila mendapati anak kucing tersebut tiada di dalam kotak bersama anak-anak kucing lain. Puas sudah kumencari, tapi anak kucing tersebut tidak dapat juga kutemui. Aku sudah mula dirundung serba-salah. Pelbagai andaian bermain-main di fikiranku. Abang kucing makankah? Dibuang oleh ibunya kah? Yang pasti, aku yang bersalah kerana berani mengambil risiko. Jika anak kucing tersebut mati, maka secara tidak langsung aku telah membunuh kucing tersebut..Oh! Tidak!! Aku cuba bersikap positif. Aku pulang ke rumah sewa dengan perasaan yang sedih dan risau.

Pada minggu tersebut, kesibukan yang melanda membuatkan aku hampir terlupa tentang anak kucing tersebut. Pada mingu berikutnya, cuti sem merangkap cuti raya bermula. Aku sempat pulang ke rumah di Perak beberapa hari sebelum aku kembali semula ke Terengganu bersama keluarga, memandangkan aku akan beraya di Terengganu pada tahun ni. Alangkah terkejutnya dan gembiranya aku apabila mendapati anak kucing tersebut ada bersama “adik-beradik angkat” dan “ibu angkatnya”. Ternyata, hipotesis mengatakan ibu kucing tidak menyusukan anak kucing lain adalah tidak benar. Eksperimen secara tidak sengaja ini membuktikannya.

Aku menyedari, betapa tingginya kasih sayang “seorang kucing” berbanding “seekor manusia”. Ternyata, kita sebagai seorang manusia telah kalah dengan seekor haiwan. Dalam sejarah manusia, telah ramai manusia yang membuang anak (bayi) di merata-rata tempat: di tong sampah, di dalam beg, dihanyutkan ke sungai, di masjid, dihurung semut, malah ada yang sanggup membakarnya bersama-sama timbunan sampah lain. Perbuatan tersebut dilakukan pada anak sendiri, bukan pada anak orang lain. Sedangkan seekor ibu kucing dapat menerima anak kucing lain, disusukan dan dijaganya bagai anak sendiri walaupun pada awalnya dia tidak dapat menerima anak kucing itu..

Persoalannya, adakah kita sebagai seorang manusia lebih teruk dari seekor kucing? Belajarlah walau dari seekor kucing...

Read Users' Comments (1)

Surat dari kekasih

Surat dari kekasih (untukmu yang selalu kucintai)

"Saat kau bangun di pagi hari. Aku memandangmu dan berharap engkau akan berbicara kepadaKu, bercerita, meminta pendapatKu, mengucapkan sesuatu untukKu
walaupun hanya sepatah kata...

Atau berterima kasih kepadaKu atas sesuatu hal yang indah yang terjadi dalam hidupmu semalam, kelmarin, atau waktu yang lalu. Tetapi kulihat engkau begitu sibuk mempersiapkan diri untuk pergi bekerja. Tak sedikit pun kau menyedari aku dekat denganmu.

Aku kembali menanti saat engkau sedang bersiap. Aku tahu akan ada sedikit waktu bagimu untuk berhenti dan menyapaKu, tetapi engkau terlalu sibuk. Di satu tempat, engkau duduk tanpa melakukan apapun. Kemudian aku melihat engkau menggerakkan kakimu. Aku berfikir engkau akan datang kepadaKu, tetapi engkau berlari ke telefon dan menelefon seorang teman untuk sekadar berbincang-bincang...

Aku melihatmu ketika engkau pergi bekerja dan aku menanti dengan sabar sepanjang hari namun dengan semua kegiatanmu, Ku fikir engkau terlalu sibuk untuk mengucapkan sesuatu kepadaKu...

Sebelum makan siang. Aku melihatmu memandang ke
sekeliling, mungkin engkau merasa malu untuk berbicara
kepadaKu, itulah sebabnya mengapa engkau tidak
sedikitpun menyapaKu...

Engkau memandang tiga atau empat meja sekitarmu dan
melihat beberapa temanmu berbicara dan menyebut namaKu dengan lembut sebelum menyantap makanan yang
Kuberikan, tetapi engkau tidak melakukannya....

Ya, tak apalah, masih ada waktu yang tersisa dan aku masih berharap engkau akan datang kepadaKu, meskipun saat engkau pulang ke rumah kelihatan seakan-akan banyak hal yang harus kau kerjakan.

Setelah tugasmu selesai, engkau menyalakan TV. Aku tidak tahu apakah kau suka menonton TV atau tidak, hanya saja engkau selalu ke sana dan menghabiskan banyak waktu setiap hari di depannya, tanpa memikirkan apapun dan hanya menikmati acara yang ditampilkan, hingga waktu-waktu untukKu dilupakan...

Kembali aku menanti dengan sabar saat engkau menikmati
makananmu tetapi sekali lagi engkau lupa menyebut namaKu dan berterima kasih atas makanan yang telah
Kuberikan...

Saat tidur Kufikir kau merasa terlalu letih. Setelah mengucapkan selamat malam kepada keluargamu, kau melompat ke tempat tidur dan tertidur tanpa sepatahpun
namaKu kau sebut. Tidak apa-apa kerana mungkin engkau
masih belum menyedari bahawa aku selalu hadir untukmu.
aku telah bersabar lebih lama dari yang kau sedari.

Aku bahkan ingin mengajarkan bagaimana bersabar
terhadap orang lain. Aku sangat menyayangimu, setiap hari aku menantikan sepatah kata darimu, ungkapan isi hatimu, namun tak kunjung tiba...

Baiklah, engkau bangun kembali dan kembali aku
menanti dengan penuh kasih bahawa hari ini kau akan
memberiKu sedikit waktu untuk menyapaKu...
Tapi yang Kutunggu. Ah tak juga kau menyapaKu.
Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh berlalu... dan... kau masih mengacuhkan aku. Tiada sepatah kata, tiada seucap do'a, tiada pula harapan dan keinginan untuk
bersujud kepadaKU...

Apakah salahKu padamu...? Rezeki yang Ku limpahkan,
kesihatan yang Ku berikan, Harta yang Ku relakan untukmu,
makanan yang Ku hidangkan , Keselamatan yang
Ku kurniakan, kebahagiaan yang Ku anugerahkan... Apakah
hal itu tidak membuatmu ingat kepadaKu???!!!

Percayalah. Aku selalu mengasihimu, dan aku tetap
berharap suatu ketika nanti engkau akan menyapaKu, memohon perlindunganKu, bersujud menghadapKu... Kembali kepadaKu...


Yang selalu menyertaimu setiap saat...
ALLAH


* Ya Allah..betapa kami sering melupakan-Mu..tidak mengendahkan-Mu..namun Engkau tidak pernah lupa memberi rezeki kepada kami..memberi nikmat kepada kami. Zalimnya kami, betapa biadapnya kami...tamaknya kami Ya Allah, kerana sering meminta kepada-Mu nikmat yang telah Engkau berikan kepada kami. Ya Allah, ampunilah kami, jadikanlah kami orang yang sentiasa mengingati-Mu dan bersyukur kepada-MU...Amin..

Read Users' Comments (0)

Wahai Tuhan..

Read Users' Comments (0)

KAMI TIDAK BERZINA!!



JANGAN HAMPIRI ZINA!

FIRMAN ALLAH SWT;
DAN JANGANLAH KAMU MENGHAMPIRI ZINA, SESUNGGUHNYA ZINA ITU ADALAH SATU PERBUATAN YANG KEJI DAN SATU JALAN YANG JAHAT.
(AL-ISRA’:32)


kami tidak berzina!
Maaf saya tak menuduh kamu berzina tapi kamu menghampiri zina.

Kami hanya berbual,berbincang,bertanya khabar,minum-minum…adakah itu menghampiri zina?
Ya, perbuatan itu boleh menjerumus pelakunya ke lembah penzinaan.

Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat kearah itu.
Hari ini ya. Besok mungkin kamu kecundang. Kamu dalam bahaya. Jangan bermain with bahaya.iblis dan syaitan laknatullah akan memerangkap kamu. Sudah banyak tipu dayanya yang mengena sasaran. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya amat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa. Jangan pula terlupa. Siapalah kita jika dibandingkan with Adam dan Hawa? Iblis amat licik.pengalamannya banyak. Ia ada lebih 1001 cara. Ingat pesanan Rasulullah SAW: Janganlah engkau bersendirian with seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan(tabrani).
Syaitan laknatullah akan menghembus perasaan berahi. Kita lemah untuk menghadapi tipu daya iblis.

Tidak semestinya semua orang bercinta menjurus kepada penzinaan. Ada yang hanya bercinta dalam telefon dan hantar SMS saja. Tak pernah bersua muka pun!
Betul. Tapi itu adalah salah satu yang dimaksudkan with menghampiri zina. Memang awalnya tidak bersua muka,tapi perasaan pasti bergelora. Lambat launnya desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis laknatullah akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak berhenti di situ sahaja. Percayalah, ia akan berlanjutan dan berterusan. Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya? Mulanya hanya sms/miscall then call, bergayut then perasaan mula terusik then layan perasaan tu… sedarlah itulah tipu daya syaitan la’natullah. Cuma kita saje buat-buat tak sedar….

Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itu pun zina jugak ke?
Zina ada macam-macam jenis peringkat,ada zina betul,ada zina tangan iaitu pegang-pegangan,ada zina mata iaitu melihat kekasih with perasaan berahi. Melihat auratnya juga zina mata. Zina hati iaitu mengingati lelaki/perempuan bukan muhrim atau with kata lain khayalan berahi/seronok with kekasih sepertimana yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW : kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan zinanya adalah berjalan(menuju tempat pertemuan). Mulut juga berzina dan zinanya ialah ciuman (Muslim dan Abu Daud). Sebenarnya jalan dan lorong menuju perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita berada atau melalui mana-mana jalan atau lorong yang membawa kepada perzinaan.

Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!
Berdiskusi pelajaran,betul ke? Jangan tipu. ALLAH SWT tahu apa yang terselit di dalam hati hamba-hamba-Nya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun,kalau tidak diberkati oleh ALLAH SWT,kejayaan tidak akan membawa kebahagian. Hidup tidak bahagia, akhirat lebih lah lagi. Jangan berselindung di sebalik pelajaran yang mulia. ALLAH SWT suka kepada orang yang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan ALLAH SWT. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ni akan di tulis ibadat oleh malaikat Raqib dan Atid?

Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni study group.
Study group….? Nampak lain macam saja.,manja, senyum memanjang,tak macam gaya diskusi. Takkan study group berdua sahaja? Kemana-mana pun berdua. Kalau ye pun, carilah group study ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan macam ni….betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran,yang lain tu….banyak masa di habiskan with fantasi cinta!

Tidaklah. Sungguh bincang pelajaran.
Baik sungguh kamu berdua. Takkanlah awak berdua tak ada perasaan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia,jangan nafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu,ada keinginan. Itulah manusia.

Kami sama-sama belajar, study group, saling memberi semangat dan motivasi,salah kah?
Tak adakah kaum sejenis yang boleh di jadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis kita. Ingat banyak orang cemerlang yang belajar hanya with kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula. Bukanlah Islam melarang perkongsian ilmu antara lelaki dan wanita tapi biarlah kena pada tempatnya.

Takkan tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk bercinta? Adakah Islam membunuh naluri bercinta?
Naluri adalah sebahagiaan daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka jika dimiliki(sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang untuk menafikan naluri dan keinginan itu,TIDAK! Islam tidak suruh membunuh naluri itu seperti mana yang di lakukan oleh paderi dan sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Dan ucaplah syukur ALHAMDULILLAH jika ia hadir,kerana itulah tanda kita masih dalam golongan manusia normal. Jangan jadi seperti golongan homoseks dan lesbian,jatuh cinta pada kaum sendiri,kan pelik tu..jauh dari fitrah manusia yang suci. Cuma tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah ALLAH SWT. Iaitu menyalurkan naluri itu ke jalan yang sewajarnya. Ingat hadis Nabi SAW;
“wahai orang muda, sesiapa di antaramu yang mampu berkahwin,hendaklah berkahwin, kerana inilah satu cara menahan mata daripada melihat kepada keburukan dan memelihara kamu supaya suci dan mulia dan sesiapa yang tidak mampu, hendaklah berpuasa kerana puasa melemahkan nafsu”(Bukhari,Muslim)
Jelas hadis ini menerangkan kalau masih tak mampu untuk berkahwin=BERPUASA,tapi apa yang berlaku dalam masyarakat,bila masih tak mampu untuk berkahwin,menggunakan pendekatan barat iaitu BERCINTA.

Itu lah silapnya kita, Islam memberi jalan yang paling baik dan mulia tapi kita memilih jalan yang silap,jalan yang digariskan oleh barat.
Yakinlah pada hadis Rasulullah SAW : “ALLAH SWT akan menolong tiga lelaki yang dalam keperluan;a) seseorang yang berkahwin kerana memelihara kesuciannya;b)seseorang yang keluar untuk berperang di jalan ALLAH; c) hamba yang bekerja untuk membebaskan dirinya.” ( Tarmizi, Nasa’I,Ibnu Majah,Ahmad)

Jadilah manusia yang sihat nalurinya. Jangan jadi malaikat! Kerana ALLAH SWT ciptakan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri/nafsu.
Cinta secara Islam hanya satu, iaitu PERKAHWINAN. CINTA BERLAKU SETELAH IJABQABUL;CINTA LEPAS KAHWIN. ITULAH CINTA SAKRAL DAN QUDUS; CINTA YANG BERMARUAH. BUKAN CINTA MURAHAN. Inilah kemuliaan agama kita,Islam. Apabila Islam melarang sesuatu perkara, tentu ia digantikan with sesuatu yang lebih baik. Kalau ia melarang cinta antara lelaki dan wanita sebelum kahwin, ia membawa ‘sesuatu’ sebagai ganti yang lebih baik iaitu perkahwinan. Cuma kita sahaja yang tidak yakin dan tidak sabar.

Sabda Rasulullah SAW:
“tidak ada yang patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah.(Ibnu majah). Cinta adalah maruah manusia. Ia terlalu mulia,maka salurkanlah ia di tempat yang betul.

Kalau begitu, cinta remaja semua menghampiri kepada perzinaan?
Ya. Kalau lelaki dan wanita bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berahi pegang tangan,duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, tapi sekarang macam pengantin baru semalam…. Bukankah mereka semakin hampir dan dekat with penzinaan? Samalah seperti hal yang berlaku sekarang,mula-mula miscall saja setiap hari,tapi lama-lama mula berbalas sms,then berlakulah perhubungan seterusnya.penghujung jalan cinta adalah perzinaan dan kesengsaraan. Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai ke daerah perzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk pun sekalipun! Hargailah mereka.

Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat,tidak sampai berzina. Kami tahan diuji.
ALLAH SWT menciptakan manusia. Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Paling penting dimana kita kuat di situ kita diuji. Di mana kita lemah di situ kita di uji. Misalnya, Maryam ibu Nabi Isa AS. Yang cuba mempertahankan maruahnya sebagai seorang gadis suci, tapi ALLAH SWT uji with kandungannya yang tidak berbapa. Samalah seperti kita, kita sangat menjaga agar tidak bercinta with sesiapa, tapi siapa tahu suatu hari ALLAH SWT akan uji with perasaan suka pada kaum lain? Mulanya boleh kawal diri, tapi dek kerana si dia selalu miscall,mulanya layan gitu-gitu,lepas tu layan habis then……………..akhirnya bercinta hinggalah kepada zina. Ingat zina ni banyak jenis…zina hati,zina mata,zina tangan dll.Sedarlah manusia tidak tahan ujian kecuali yang mempunyai kekuatan iman untuk melawan ujian( with izin-Nya jua) oleh itu ALLAH SWT memerintahkan supaya menjauhi perkara yang ditegah takut manusia akan kecundang.

Jadi manusia itu tak tahan di uji?
Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak dari awal penciptaan manusia,ALLAH SWT telah meningatkan manusia bahawa manusia tidak tahan with ujian walaupun kecil. ALLAH SWT takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. ALLAH SWT tegah Adam dan Hawa supaya jangan makan buah khuldi dalam syurga. Buah yang lain boleh makan. ALLAH SWT tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tak tahan diuji. Oleh itu ALLAH SWT berpesan kepada Adam dan Hawa, jangan hampiri pokok khuldi itu.

Firman ALLAH SWT:
“wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu HAMPIRI pokok ini, (jika kamu hampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim.”(Al-A’araf:19)

Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah khuldi. Tetapi ALLAH SWT tahu sifat dan kelemahan Adam dan Hawa. Jika menghampiri perkara tegahan, takut nanti mereka akan memakannya. Kerana mereka tidak dapat mengawal diri. Demikianlah dengan zina. Ditegah berzina. Maka jalan ke arah perzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan with godaan perzinaan, kedua-duanya akan kecundang. Ingat, zina ni banyak jenis=zina mata,hati,tangan dan sebagainya. Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.

Tetapi CINTA LEPAS KAHWIN banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenali hati budi pasangan sebelum buat keputusan berkahwin.
BOLEHKAH PERCAYA WITH PERWATAKAN MASA SEDANG BERCINTA? INGATLAH BERCINTA ITU SATU PENIPUAN. BERCINTA PENUH WITH LAKONAN YANG DIBUAT-BUAT DAN PENUH KEPURA-PURAAN. MASING-MASING AKAN BERLAKON WITH WATAK YANG TERBAIK. PENYAYANG, PENYABAR, PEMURAH DAN BERBAGAI-BAGAI LAGI. MASA BERCINTA HANYALAH ALAM LAKONAN SEMATA-MATA. MASA ERCINTA, BILA MERAJUK ADA YANG PUJUK. JANGAN HARAP LEPAS KAHWIN, JUGA BEGITU. PANDANGLAH ORANG YANG BERCINTA. MASA BERCINTA BUKAN MAIN LAGI(TAK MALU) KEPIT PASANGAN YANG HANYA MENDATANGKAN DOSA. TAPI BILA DAH ADA IKATAN SUCI, MALU BILA BERJALAN WITH ISTERI. SUAMI JALAN DEPAN WITH PAYUNG,ISTERI KAT BELAKANG WITH PERUT YANG MEMBOYOT. MASA BERCINTA BUKAN MAIN ROMANTIK LAGI, SETIAP SAAT MISCALL,SETIAP MINIT HANTAR SMS,SETIAP JAM CALL, SETIPA HARI MESTI BERGAYUT. TAK BOLEH HIDUP KALAU TAK BUAT MACAM TU. TAPI LEPAS KAHWIN, KEMANISAN SEMUA TU DI TARIK BALIK. BORING TENGOK MUKA SUAMI/ISTERI. NAK BERCAKAP MALAS. INGATLAH, BANYAK ORANG YANG KECEWA DAN TERTIPU WITH KEPERIBADIAN PASANGAN SEMASA BERCINTA. PERANGAI PASANGAN JAUH BERBEZA. MACAM LANGIT DAN BUMI. MASA BERCINTA, DIA SEORANG YANG AMAT PENYAYANG,PENYABAR, SABAR TUNGGU PASANGAN TERLAMBAT BERJAM-JAM. TAPI LEPAS KAHWIN, LEWAT LIMA MINIT, DAH KENA TENGKING. JADI PERWATAKAN DALAM MASA BERCINTA TIDAK BOLEH DIPERCAYAI. SEMASA BERCINTA,SEMUA PERILAKU PASANGAN YANG BURUK SEDIKIT PUN TAK DITEGUR,SEMUA DITERIMA, TAPI BILA DAH KAHWIN KEJAP-KEJAP MELENTING BILA ADA YANG TAK PUAS HATI. JANGAN LUPA HUKAMAK TELAH BERPESAN: ORANG YANG MENUNJUKKAN KEBAIKAN KEPADA ANDA ADALAH SAHABAT YANG BAIK. DAN ORANG YANG MENUNJUKKAN KESALAHAN ANDA ADALAH SAHABAT YANG PALING BAIK. CARILAH SAHABAT/PASANGAN YANG BERANI DAN PANDAI MENEGUR KESALAHAN KITA. BUKAN SAHABAT/PASANGAN YANG HANYA MEMBIARKAN KITA TERUS-TERUS MELAKUKAN KESILAPAN ATAU YANG TIDAK PANDAI MEMBERI TEGURAN.

Yakinlah pada ALLAH SWT. LELAKI YANG BAIK UNTUK WANITA YANG BAIK. KALAU NAK TAU SIAPA PASANGAN KITA,PANDANGLAH DIRI KITA, BAGAIMANA IMAN KITA,BEGITULAH IMAN PASANGAN KITA WALAUPUN SECARA FIZIKALNYA BERBEZA.DARI SUDUT SIFAT PULA, BUKANKAH API LAWANNYA AIR. BUMI DENGAN LANGIT, DARAT DENGAN LAUT, SEMUA INI DICIPTAKAN UNTUK SALING LENGKAP MELENGKAPI.AKAK INGIN BAGI CONTOH, KALAU KITA SEORANG YANG AGAK BEREMOSI PASTI PASANGAN KITA SEORANG YANG PENYABAR. KALAU KITA NI SEORANG YANG KUAT CEMBURU PASTI PASANGAN KITA SEBALIKNYA, YAKINLAH SETIAP CIPTAAN ALLAH SWT ADALAH SALING LENGKAP MELENGKAPI. JANGAN PERCAYA PADA CINTA SEBELUM KAHWIN, KERANA SEMUA ITU LAKONAN. PANDANGLAH DIRI SENDIRI PASTI TAHU JAWAPANNYA…berdoalah kepada ALLAH SWT agar dipertemukan jodoh sesuai dengan citarasa kita.

HABIS BAGAIMANA JIKA HADIR RASA SUKA PADA SESEORANG? BUKANKAH TADI SAUDARA MENGATAKAN TAK SALAH JIKA PERASAAN ITU HADIR KERANA IA ADALAH NALURI SEMULAJADI MANUSIA?
Jika hadir perasaan itu, ucaplah syukur ALHAMDULILLAH kerana ALLAH SWT masih meletakkan kita dalam golongan manusia yang normal. Di zaman Rasulullah SAW, ada seorang sahabat, yang mana bila dia diberitahu bahawa anak lelakinya telah jatuh cinta pada seorang gadis, dia mengucapkan syukur kepada ALLAH SWT kerana anak lelakinya masih dalam fitrah manusia yang suci.Pohonlah perlindungan kepada ALLAH SWT agar tidak terlalu mengikut perasaan yang didorong oleh nafsu semata-mata. Berpuasalah jika masih tidak mampu untuk berkahwin. Bukan ajak bercinta.Berdoalah kepada ALLAH SWT agar di percepatkan dan dipermudahkan andai ia jodoh kita. Tanyalah diri dulu,apakah kita ikhlas menyukainya atau tidak. Kita bukanlah ikhlas menyukainya jika kita menyukainya kerana ketampanan,kecantikan kerana semua ini akan berubah. Kita bukanlah ikhlas menyukainya jika kita menyukainya kerana sifatnya kerana manusia boleh berubah perangai. Ikhlaskanlah hati bila dah tau jatuh cinta,antara tanda kita ikhlas menyukainya= Kita akan sentiasa menerima dia walaupun dia telah berubah perangai,atau mungkin wajahnya yang cantik/hensem telah menjadi sebaliknya.kita akan sentiasa dapat menerimanya walau bagaimana keadaannya. Ambillah apa-apa yang disukai padanya itu,dan berdoalah agar pasangan hidup kita juga mempunyai sifatnya yang kita sukai. Misalnya kita suka kepadanya kerana dia banyak menghafaz Al-Quran, mintalah kepada ALLAH SWT moga-moga dijodohkan with orang yang sama sepertinya;banyak menghafaz Al-Quran,lagi baik kalau minta pada ALLAH SWT agar dijodohkan with orang yang lebih baik darinya; menghafaz,mempelajari,mengamalkan with keikhlasan dan mengajarkan Al-Quran kepada orang lain. Kalau kita suka with kerana kecantikan/kehenseman,mintalah pada ALLAH SWT agar dijodohkan with orang yang lebih hensem/lebih cantik darinya. Manusia suka kepada kecantikan/kehenseman.Tak salah kita meminta kepada ALLAH SWT. Siapa tahu, with izin-Nya, jodoh kita mempunyai 1 per 2 daripada sifat-sifat yang kita selalu minta pada ALLAH SWT. Yakinlah ALLAH SWT akan mengkabulkan doa kita. Dulu ada dua orang kakak yang akak kenal buat macam ni, setiap kali berdoa, minta with ALLAH SWT agar dijodohkan dengan orang yang mempunyai ciri-ciri tertentu. ALHAMDULILLAH, 5/10 daripada ciri-ciri yang selalu diminta pada ALLAH SWT ada pada suami. Jangan lupa mendoakan agar orang yang kita sukai itu dijodohkan with orang yang lebih baik dari kita. Kerana kalau kita ikhlas menyukai seseorang kita pasti mendoakan kebahagiaannya. Dan kita akan rasa gembira bila ia bertemu jodoh yang lebih baik dari kita,bukan merasa kecewa.

SEPATUTNYA,usia remaja ni kita perlu berhati-hati dengan godaan keremajaan. Kalau dah tahu ada rasa suka/cinta padanya tapi belum berkemampuan, buatlah persediaan untuk orang yang bakal kita sayangi dan cintai. Didiklah diri menjadi seorang isteri/suami dan ibu/ayah yang penyayang kepada kanak-kanak. Carilah ilmu mendidik bagaimana mendidik anak-anak,bukan dengan melayan perasaan yang entah ape-ape. Misalnya,belajar memasak,mengemas rumah,buat perhiasan rumah,menjahit dan sebagainya. BAGI KAUM ADAM mempelajari semua ini =tak salah,bahkan menjadi satu bonus tambahan pula.Zaman remaja ni gunakanlah untuk mendidik diri supaya berhati lembut tetapi berjiwa kental. Kerana di alam rumah tangga pasti ujiannya lebih banyak;kita akan diuji dengan kekurangan/terlebih wang perbelanjaan,diuji dengan pasangan yang mula berubah perangai,diuji dengan anak-anak dan sebagainya. Bukan menggunakan usia remaja ini dengan berfoya-foya,berjoli sana,joli sini. Mungkin bukan dengan cara kita keluar shopping tapi cukuplah akak beri contoh berfoya-foya menggunakan handset. Habis duit mak ayah di gunakan untuk mereload hp. Tapi ia digunakan untuk mengganggu orang/bergayut/hantar sms yang entah apa-ape dan sebagainya. Hati-hati dengan orang sebegini,kerana ia telah biasa dengan kesenangan,takut-takut bila dah kahwin tak mampu berdepan dengan kesusahan. Akak teringat dulu, seorang ustaz beri nasihat pada akak, nak cari pasangan carilah dari golongan yang mempunyai keluarga yang susah, kerana bila dah kahwin,INSYAALLAH mampu berdepan dengan ujian kerana telah biasa sejak kecil. Berdoalah kepada ALLAH SWT moga-moga dijodohkan dengan orang yang mempunyai jiwa yang kental dengan ujian.

Percayalah, kami bercinta demi merancang kebahagiaan hidup nanti.
Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redho ALLAH SWT? Kebahagiaan adalah anugerah ALLAH SWT kepada hamba-hamba-Nya yang terpilih. Kebahagiaan bukanlah ciptaan manusia. Manusia hanya merancanG kebahagiaan. ALLAH SWT yang menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu,jika jalan mencapainya tidak diredhai ALLAH SWT. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan bercinta begini. ALLAH SWT TIDAK MEREDHAI PERCINTAAN BEGINI. CINTA YANG DIREDHAI ALLAH SWT ADALAH CINTA SELEPAS KAHWIN. DALAM AL-QURAN TELAH JELAS MEMBERI PANDUAN KEPADA MANUSIA BAHAWA CINTA YANG DIANJURKAN AGAMA ADALAH DENGAN JALAN PERKAHWINAN.(CEK SURAH AN-NUR:31,32) Bagaimana untuk mendapat keluarga bahagia jika langkah permulaannya sudah canggung, bagaimana pula kesudahannya? Orang yang bercinta ibarat tidak yakin pada ALLAH SWT yang telah menetapkan jodoh untuk setiap makhluk-NYA. Kalau kita yakin pada ALLAH SWT cukuplah jika ALLAH SWT tempat melahirkan rasa cinta itu. Tak salah kita solat sunat pada setiap malam dan cerita pada ALLAH SWT kita minat siapa..mintalah supaya ALLAH SWT memberi hidayah dalam setiap gerak geri agar tidak didorong oleh perasaan cinta. Takutlah kalau-kalau setiap perlakuan kita bersandarkan kepada nafsu. Maklumlah bila dah suka ni, tak sedar kita melakukan riak. Setiap perlakuan di jaga betul-betul,takut si dia reject.

Tanya sikit…adik angkat,kakak angkat,abang angkat boleh ke? Ganti bercinta.
Semua itu adalah perangkap iblis dan syaitan la’natullah. Hakikatnya adalah sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan,tetapi isinya adalah sama. Adik angkat,abang angkat,kakak angkat adalah bentuk tipu daya syaitan dan iblis la’natullah. Ini pun satu bentuk penipuan. Pandanglah orang yang terlibat with budaya angkat-angkat ni, adik,abang,kakak angkat ditatang betul-betul, niat ikhlas konon nak berdakwah tapi adik,abang,kakak kandung sendiri entah jadi apa….kadang-kadang diambil kesempatan untuk berseronok-seronok,sekurang-kurangnya bila miscall ada orang yang sudi melayan, bila hantar sms ada orang sudi membalas, bila bergayut ada orang sanggup luangkan masa berbual with perkara yang entah apa-apa. Ada juga kes adik angkat diperalatkan untuk mengenakan orang lain. Kesian tapi itulah hakikatnya. manusia yang terlibat with budaya ‘angkat’ ni sebenarnya masuk kedalam perangkap syaitan la’natullah. Cuma tunggu masa untuk dikorbankan. Ini pun satu budaya yang tidak bermaruah.,jika seorang wanita itu menjaga maruahnya sebagai seorang wanita,pasti dia akan menjaga pergaulannya sama ada dalam telefon atau tidak. Murahnya nilai seorang wanita jika with miscall/sms/call dia boleh layan lelaki yang tidak ada keperluannya.Kalau dah hari-hari miscall, hati siapa yang tak terasa?mulalah rasa seronok ada orang ambil berat,kalau boleh setiap apa yang berlaku antara diri with adik/abang/kakak angkat dicerita pada orang lain akhirnya menimbulkan pelbagai fitnah.
Namakan with nama apa sekalipun, abang/kakak/adik angkat ke , motivator ke, semuanya sama. Jalan yang menghampiri zina dan akhirnya mesti lah zina. Mungkin bukan zina besar tapi berapa ramai yang tertipu with zina kecil?

Bagaimana pula jika si dia dari sekolah agama,ustaz,ustazah@dari golongan baik?
Jangan tertipu with semua ini. Jangan kita lupa sejarah lama, wanita adalah bahan yang paling ampuh yang digunakan oleh syaitan la’natullah untuk melemahkan lelaki. Begitu juga kaum wanita,lelakilah yang menjadi ujian padanya. Ingatlah, Kalau wanita itu baik, dia takkan semurah itu memberikan cintanya pada lelaki lain yang bukan bergelar suami, dia takkan semurah itu melayan lelaki yang tidak ada keperluannya. Begitu juga lelaki,kalau dia baik, dia takkan semurah itu melafazkan kata cinta pada orang yang bukan sewajar. Kalau wanita/lelaki itu baik,dia pasti menjaga maruahnya,jaga pergaulan,bukan layan sembarang orang yang takde keperluannya. KITA TIDAK LAYAK MENGATAKAN KITA ADALAH ORANG BAIK,TAPI TAK SALAH JIKA KITA BERUSAHA KE ARAH ITU. Kalau kita baca tafsir surah AN-NUR,betapa Islam sangat menjaga wanitanya. Cuma kita sahaja tidak menghargai kemuliaan ini. (cek buku SURAH AN-NUR-PANDUAN WANITA SOLEHAH,penulis: ABUL ‘ALA MAUDUDI,PUSTAKA SALAM) WALLAHU’ALAM. SEMOGA KITA DITEMPATKAN DALAM GOLONGAN YANG MENJAGA IMANNYA DARIPADA UJIAN SEPERTI INI.

JADI ORANG YANG BERCINTA TELAH HLANG MARUAH DIRI?
Mengukur maruah diri bukanlah ditentukan oleh manusia. Tetapi oleh pencipta manusia. Sebab ukuran manusia sering berbeza-beza. Orang yang sedang mabuk bercinta akan mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan apa-apa maruah dirinya. Manakala,bagi orang yang menjaga dirinya, tidak mahu terlibat with cinta sebelum kahwin,akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerimanya. Kalau begitu ukuran bermaruah atau tidak di tentukan oleh ALLAH SWT. Sama-samalah kita berdoa agar sentiasa ditempatkan bersama-sama golongan yang menjaga maruah diri. Paling penting jangan sesekali berprasangka pada orang yang bercinta begini, kasihanilah mereka kerana tidak dapat mengawal nafsu/tidak dapat bersabar untuk disayangi kaum lain,bersyukurlah kerana ALLAH SWT masih menjaga iman kita daripada godaan keremajaan. Berdoalah moga ALLAH SWT memelihara kita daripada godaan sebegini. Takut-takut hari ini kita mengumpat orang tu macam ni-macam tu,esok lusa siapa tahu di saat iman lemah ALLAH SWT uji kita pula dengan godaan nafsu remaja….Cuma ingatlah,
Antara kemuliaan manusia ialah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadai maruahnya kerana mereka menghampiri perzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah melakukan zina tidak layak berkahwin kecuali with orang yang pernah berzina juga. Mereka tidak layak untuk orang yang beriman.
“Lelaki yang berzina tidak mengahwini melainkan with perempuan yang berzina,atau perempuan yang musyrik;dan perempuan yang berzina tidak mengahwini melainkan with lelaki yang berzina atau lelaki yang musyrik,dan yang demikian itu diharamkan atas orang-orang yang mukmin.”(surah AN-NUR:3)
Jadi orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin with orang yang tidak pernah bercinta.

Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin with orang yang pernah bercinta juga?
Itulah pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.

Kami telah berjanji sehidup semati.
Ada apa dengan janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Siapa tak seronok jika ada wanita murahan yang sanggup melayan mereka? Habis madu sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang hingga menjadi pepatah. Yakinlah jika lelaki itu baik, ia akan menyalurkan rasa cintanya di tempat yang betul. Bukan dengan jalan yang tiada dalam ajaran Al-Quran. Al-Quran menyuruh agar rasa cinta itu disalurkan with jalan yang suci. Bukan with jalan yang dianjurkan oleh barat. Buktinya cukup jelas, hari Velentine misalnya, datang dari barat. Begitu juga wanita,jika dia baik,dia takkan semurah itu memberikan rasa cintanya/melayan lelaki yang bukan suaminya.

Si dia ini lain dari yang lain. Dia lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab.
tahukah hati budi lelaki?sejahat mana lelaki apabila ingin mengambil seseorang wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak-anaknya,dia akan memilih wanita yang baik. Tetapi untuk berseronok-seronok dan berfoya-foya di usia remaja, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan. Siapa tak seronok bila ada orang yang layan? itulah rahsia lelaki. Usia remaja ni lagilah,mereka mencari girlfriend untuk tujuan berseronok-seronok dan berfoya-foya. Mungkin bukan dengan zina besar, tetapi berfoya-foya melalui sms/hp. Siapa tak seronok bila ada wanita murahan yang melayan?


Jadi perempuan yang bercinta jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?
Tentulah. Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barangan yang ‘second hand’ sedangkan barang baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta yang di letakkan di show room sahaja; display only. Tapi ada yang boleh test drive. Ada pula yang kata; sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap bandung,bawalah ke hulu kehilir. Zaman moden ni lagi canggih, hanya dengan miscall,sms,chat perempuan tu begitu murah menggadaikan cintanya/melayan lelaki yang bukan suaminya. Sedihkan? Tapi itulah hakikat wanita zaman sekarang. Berdoalah kepada ALLAH SWT,moga kita terpelihara dari ujian sebegini.
Kepada wanita:simpanlah 99 daya kecantikan yang ada padamu untuk suami bukan untuk orang lain rasa. Rugilah jika lelaki lain dah merasa bagaimana seronoknya bergayut,berSMS(sms yang entah apa-apa). Rugilah jika lelaki lain dah merasa bagaimana seronoknya miscall dirimu. Rugilah jika lelaki lain dah merasa bagaimana indahnya pandangan matamu,rugilah jika lelaki lain dah merasa bagaimana sedapnya suaramu yang manja, rugilah jika lelaki lain dah merasa bagaimana halusnya tapak tanganmu. Apatah lagi jika lelaki lain dah merasa lebih dari itu.Jangan di layan semua ini=nafsu. Tak salah jika bertegas dengan mereka. Biarlah kita dicop rigid dalam perhubungan antara lelaki dan wanita.jangan biarkan lelaki mentafsirkan kita semurah wanita lain yang boleh melayan sesuka hati. Bukan tak boleh bergaul dengan lelaki, boleh tapi biarlah kena pada tempatnya.

Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman ini?
Ya. Masih ada orang yang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya. FIRMAN ALLAH SWT:
“……………….Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya(yang memelihara dirinya daripada melakukan zina), lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) ALLAH,ALLAH telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar.(AL-AHZAB:35) berdoalah mudah-mudahan kita tetap dalam golongan yang disebut-sebut oleh ALLAH SWT dalam ayat tadi….

bagaimana with kami yang sedang bercinta?
Kamu masih ada peluang . bertaubatlah with taubat nasuha. Berdoalah dan mohon keampunan kepada-Nya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redho-NYA.

Kami ingin mendapat redho ALLAH SWT. Tunjukkan bagaimana taubat nasuha.
Taubat yang murni. Dalam hal ini ada 3 cara:
1. tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhoi ALLAH SWT ini. Yakinlah pada ALLAH SWT,Yang Maha Penentu. Yakinlah bahawa andai tak pernah bersua/kenal sekalipun,tetapi jika ia jodoh takkan kemana. Andai suka macam mana sekalipun tapi tak pernah bercinta,jika ia jodoh,pasti ALLAH SWT akan datangkan waktunya.Tetapi andai bercinta 1000 tahun sekalipun, tetapi bukan jodoh maka rugilah hidup kerana telah memberikan cinta pada orang yang bukan layak menerimanya.

2. menyesal. Menginsafi diri di atas tindak tanduk hidup yang menjurus kepada cinta manusia yang tak pasti akan kesudahannya.

3. berazam. Bertekad di dalam hati tidak akan bercinta lagi with sesiapa kecuali with seorang yang bergelar suami/isteri. Sabarlah,saatnya pasti akn tiba iaitu selepas diijabqabul.

“kita berpisah kerana ALLAH SWT,yakinlah kalau ada jodoh,tidak ke mana! Tak perlulah kita membuang masa muda ini. Cuma bergantung kepada kita sama ada kita sabar atau tidak. Isikanlah masa muda ini with ilmu pengetahuan tentang alam rumah tangga bukan melayan nafsu remaja”



Bismillahirrahmanirrahim..

 Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu..

 Ya Muhaimin jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu…

 Ya Rabbana jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu..

 Ya Rabbul Izzati jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu…

 Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu..

 Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dlm perjalanan panjang menyeru manusia kpdmu…

 Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu…

Amin….


WALLHU’ALAM

Rujukan: -SURAH AN-NUR-PETUNJUK WANITA SOLEHAH, ABUL ‘ALA
MAUDUDI,PUSTAKA SALAM
-shopuan@kmkd.matrik.edu.my
- ummussalam99@yahoo.com

~perkongsian dari sebuah article. Renung-renungkan..~

Read Users' Comments (2)

Rindu itu datang lagi..



Rindu itu datang lagi..tanpa diduga, tanpa diminta..ia hadir tanpa mengenal ketika. Tidak bisa diterjemahkan dengan kata-kata. Hadirnya ia meruntun jiwa, merobek-robek tangkai hati..lalu mencipta perasaan RINDU. RINDU YANG TERAMAT-AMAT SANGAT!!

Setiap orang diuji..ada yang diuji dengan kemewahan, kesenangan, kemiskinan, kesakitan, kesihatan, iman, pangkat, harta..tak kurang juga jiwa. Ya, jiwa..diuji dengan perasaan. Diuji dengan perasaan, ibarat berperang dengan diri sendiri!!

Tidak mudah jika diuji dengan perasaan. Hakikatnya, ia sedang melawan sesuatu yang tidak nampak. Musuhnya itu berada di dalam dirinya..

Ujian kita mungkin berkaitan dengan orang lain. Namun, tidak semestinya orang tersebut merasakan perkara tersebut adalah ujian buatnya. Dia mungkin bisa meneruskan kehidupannya seperti biasa..namun mungkin juga dia menerima ujian dalam bentuk yang lain..Allah Lebih Mengetahui.

Diujinya kita supaya kita lebih rapat dengan-Nya. Saat kita diuji, lazimnya kita hanya mengharap pada-Nya..merintih pada-Nya..mengadu segala-galanya pada-Nya..saat itu barulah kita merasakan kita lebih hampir dengan-Nya..teganya kita melupakannya..lalu diujinya kita supaya kembali pada-Nya..

Ujian membuatkan kita lebih matang, lebih kuat, lebih kreatif..sangat mudah untuk berkata-kata..tapi hakikatnya, hati tidak mudah untuk menerima ujian itu..Ujian akan sentiasa datang bergantung pada keimanan seseorang..Semakin kuat keimanan, maka akan semakin kuatlah ujian yang mendatang..

Lemahnya iman kita..tidak terbanding rasanya dengan kesengsaraan rakyat Palestin yang bertahun-tahun berjuang untuk mendapat haknya di tanah air sendiri. Ujian mereka membuatkan mereka lebih kental!! Apalagi, sangat jauh bezanya ujian kita dengan ujian yang diterima Rasulullah, para Rasul..para sahabat...

Ikutilah Kisah Cawan ini. Semoga yang membacanya dapat lebih beramal daripada yang menyampaikan..insya-Allah.


Kisah CAWAN



Kisah ini merupakan satu teladan kepada kita semua tentang kenapa selama ini kita sering ditimpa dugaan yang adakalanya sukar untuk kita tanggung dan terlalu menyakitkan.

Sepasang datuk dan nenek pergi belanja di sebuah kedai cenderamata untuk mencari hadiah buat cucu mereka. Kemudian mata mereka tertuju kepada cawan yang cantik. "Lihat cawan itu," kata si nenek kepada suaminya. "Kau betul, inilah cangkir tercantik yang pernah aku lihat," ujar si datuk. Pada ketika mereka mendekati cawan itu, tiba-tiba cangkir yang dimaksud berbicara,

"Terima kasih untuk perhatian anda, perlu diketahui bahwa aku dulunya tidak cantik. Sebelum menjadi cawan yang dikagumi, aku hanyalah selonggok tanah liat yang tidak berguna. Namun suatu hari ada seorang penjunan dengan tangan kotor melempar aku ke sebuah roda berputar. Kemudian ia mulai memutar-mutar aku hingga aku merasa pening. Stop ! Stop ! Aku berteriak. Tetapi orang itu berkata, 'Belum !' Lalu ia mulai menyodok dan meninju aku berulang-ulang. Stop! Stop ! teriakku lagi. Tapi orang ini masih saja meninjuku, tanpa menghiraukan teriakanku. Bahkan lebih buruk lagi ia memasukkan aku ke dalam api. Panas! Panas ! Teriakku dengan kuat. Stop ! Cukup ! Teriakku lagi.Tapi orang ini berkata, 'Belum !' Akhirnya ia mengangkat aku dari api itu dan membiarkan aku sampai sejuk. Aku fikir, selesailah penderitaanku. Oh ternyata belum. Setelah sejuk aku diberikan kepada seorang wanita muda dan ia mulai mewarnai aku. Asapnya begitu memualkan. Stop ! Stop ! Aku berteriak. Wanita itu berkata, ' Belum !' Lalu ia memberikan aku kepada seorang lelaki dan ia memasukkan aku sekali lagi ke api yang lebih panas dari sebelumnya ! Tolong ! Hentikan penyiksaan ini ! Sambil menangis aku berteriak sekuat-kuatnya.Tapi orang ini tidak peduli dengan teriakanku. Ia terus membakarku. Setelah puas "menyiksaku" kini aku dibiarkan sejuk. Setelah benar-benar sejuk seorang wanita cantik mengangkatku dan menempatkan aku dekat kaca. Aku melihat diriku.Aku terkejut sekali. Aku hampir tidak percaya, kerana di hadapanku berdiri sebuah cawan yang begitu cantik. Semua kesakitan dan penderitaanku yang lalu menjadi sirna tatkala kulihat diriku." Datuk dan nenek itu terdiam membisu. Lalu diceritakan kisah itu kepada cucunya.

Moral of the story...

Seperti inilah kehidupan membentuk kita. Dalam perjalanan hidup akan banyak kita temui keadaan yang tidak menyenangkan, sakit, penuh penderitaan, dan banyak air mata. Tetapi inilah satu-satunya cara untuk mengubah kita supaya menjadi 'cantik'.

Jangan lupa bahawa cubaan yang kita alami tidak akan melebihi kekuatan kita. Ertinya tidak ada alasan untuk tergoda dan jatuh dalam dosa apabila anda sedang menghadapi ujian hidup. Jangan kecil hati, kerana Allah sedang membentuk anda. Bentukan-bentukan ini memang menyakitkan tetapi setelah semua proses itu selesai, anda akan melihat betapa cantiknya Allah membentuk anda untuk kehidupan yang lebih baik dan bermakna di hari kemudian dan hari pembalasan(akhirat).

Lastly, hayatilah bait-bait lagu ini..moga ada sedikit kekuatan tika sedang menghadapi ujian hidup..insya-Allah.

RAHMAT UJIAN (MESTICA)

Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu


Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

c/o
Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi


c/o

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya


repeat c/o 2x

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu

“Hidup ini adalah ujian..hanya ketika diri telah melangkah antara dua destinasi: syurga & neraka, tika itulah ujian akan berhenti memburu kita...”

*Entry ini tidak dimaksudkan untuk mengingati yang bukan Muhrim..harap maklum.

Read Users' Comments (0)

Harapan Ramadhan



HARAPAN RAMADHAN (RAIHAN & MAN BAI)

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna

Agar dapat kulalui
Dengan sempurna


Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula


Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti


Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kumemohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan


Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

Read Users' Comments (0)

Nikmat Yang Tersirat



Seorang pemuda yang sedang berada di tahun akhir pengajiannya mengharapkan sebuah kereta sport daripada ayahnya...lantas, si pemuda memberitahu hajatnya kepada ayahnya, seorang hartawan yang ternama...si ayah hanya tersenyum...si anak bertambah yakin, andai keputusan peperiksaannya begitu cemerlang, pasti kereta itu akan menjadi miliknya..

Beberapa bulan berlalu...ternyata si anak, dengan berkat kesungguhannya..telah beroleh kejayaan yang cukup cemerlang..hatinya berbunga keriangan...satu hari...si ayah memanggil si anak ke bilik bacaannya..si ayah memuji anaknya...sambil menyatakan betapa bangga hati seorang bapa sepertinya dgn kejayaan si anak yang cukup cemerlang...si anak tersenyum puas...di ruang matanya terbayang kilauan kereta sport merah yang selama ini menjadi idamannya itu...si ayah yang bagaikan mengerti kehendak si anak, menghulurkan sebuah kotak yang berbungkus rapi dan cantik...si anak terkesima...sungguh...bukan itu yg kuhajatkan...dengan hati yang berat...kotak itu bertukar tangan...matanya terarah kepada riak wajah ayahnya...yg tidak menunjukkan sebarang perubahan; seolah2 tidak dapat membaca tanda tanya yang bersarang di hatinya.... dalam pada itu, si anak masih membuka pembalut yang membungkus kotak itu...penutup kotak dibuka...apa makna semua ini???..sebuah Al-Quran kecil; comel dgn cover kulit..tinta emas menghiasi tulisan khat di muka hadapan...si anak memandang ayahnya...terasa dirinya dipermainkan...amarahnya membuak...nafsu mudanya bergelojak...ayah sengaja mempermainkan saya...ayah bukannya x tahu betapa saya menyukai kereta tu...bukannya ayah x mampu utk membelikannya...sudah ayah...bukan al-Quran ni yang saya nak...katanya keras...al-quran itu dihempaskan ke atas meja bacaan...si anak terus meninggalkan si ayah..tanpa memberi walau sepicing untuk si ayah bersuara...pakaiannya disumbatkan ke dalam beg..lantas, dia meninggalkan banglo mewah ayahnya...memulakan kehidupan baru dengan sekeping ijazah yg dimilikinya....

10 tahun berlalu..si anak kini merupakan seorang yang berharta...punyai syarikat sendiri...dengan isteri yang cantik dan anak-anak yang sihat...cukup membahagiakan...namun hatinya tersentuh...sudah 10 tahun..sejak peristiwa itu dia tidak pernah menjenguk ayahnya...sedang dia berkira-kira sendiri...telefonnya berdering...dari peguam ayahnya...ayahnya meninggal dunia semalam...dengan mewariskan semua hartanya kepada si anak...si anak diminta pulang untuk menyelesaikan segala yang berkaitan perwarisan harta...dan buat pertama kalinya setelah dia bergelar bapa...si anak pulang ke banglo ayahnya...memerhatikan banglo yang menyimpan 1001 nostalgia dalam hidupnya...hatinya sebak..bertambah sebak apabila mendapati di atas meja di bilik bacaannya...al-quran yang di hempaskannya masih lagi setia berada di situ...bagaikan setianya hati ayahnya mengharapkan kepulangannya selama ini...perlahan-lahan langkahnya menuju ke situ...mengambil al-quran itu..membelek-beleknya dengan penuh keharuan...tiba-tiba...jatuh sesuatu dari al-quran itu...segugus kunci...di muka belakang al-quran itu...sebuah sampul surat ternyata diselotepkan disitu...kunci itu segera dipungut...hatinya tertanya-tanya...nyata sekali...di dalam sampul surat itu...terdapat resit pembelian kereta idamannya...dibeli pada hari konvokesyennya...dengan bayaran yang telah dilunaskan oleh si ayah... sepucuk warkah..tulisan tangan orang yang amat dikenalinya selama ini..hadiah teristimewa utk putera kesayanganku....air mata si anak menitis deras...hatinya bagai ditusuk sembilu..penyesalan mula bertandang...namun semuanya sudah terlambat...

sekadar renungan bersama: berapa banyak kita melupakan nikmat Allah, hanya semata-mata kerana nikmat itu tidak "dibungkus", didatangkan atau diberi dalam keadaan yg kita hajati?? aku bukannya yang terbaik untuk memberi nasihat...sekadar berkongsi ilmu..untuk saling mengingati termasuklah diri sendiri...wassalam.

Read Users' Comments (0)

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan..



“Yea, yea! Esok raya!”
“Boleh dapat banyak duit. Kalau di kampung, lagi banyak dapat duit raya”

Itu dahulu. Ketika masih zaman kanak-kanak. Hari raya ditunggu, dan kemeriahan Syawal lebih dirasai berbanding Ramadhan. Apabila menginjak dewasa, suasana sudah berubah. Menyambut Ramadhan lebih dirasai keseronokannya berbanding Syawal.

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla Berfirman: “Melainkan puasa, kerana ianya untukKu dan Aku sendiri yang akan membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanan keranaKu”. Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan: Kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi disisi Allah daripada bau Misk. (minyak wangi kasturi).
(Al-Bukhari dan Muslim)

Dua hari lagi harinya bakal tiba. Terasa pantas benar masa berlalu. Tiba-tiba hati dipuput sayu. Sayu mengenangkan kurangnya persediaan menghadapi Ramadahan kali ini. Buktinya, seakan tidak terasa Ramadhan yang bakal tiba.

Masjid yang dikunjungi hanya dipenuhi seperempat saf hadapan. Lebih kurang daripada biasa. Terasa hairan juga. Biasanya jika hampir bulan Ramadhan, orang akan lebih ramai datang ke masjid. Adakah aura Ramadhan masih tidak dirasai lagi? Namun, pengajian tetap diteruskan seperti biasa. Tafsiran Surah Al-An’am, ayat 151-156. Sesekali turut dikaitkan dengan puasa dan Ramadhan. Bulan Ramadhan, digalakkan melipatgandakan ibadat. Banyakkan bersedekah dan membaca Al-Quran, melebihi daripada bulan-bulan lain. Menjelang solat Isyak, jemaah wanita memenuhi satu saf seperti biasa. Seakan sudah menjadi trend, masjid dikunjungi hanya pada bulan Ramadhan untuk menunaikan solat tarawikh, pada Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha. Benarlah masjid dilihat hanya untuk dikunjungi secara bermusim. Kemudian, masjid akan dipandang sepi. Benar, memang terdapat khilaf tentang wanita yang menghadiri masjid. Ada pendapat yang melarang, ada yang mengharuskan. Terpulanglah pada individu pendapat mana yang hendak digunakan. Asalkan ada ilmu, ada hujahnya.

Hati kembali sayu mengenangkan Ramadhan yang bakal tiba. Terasa Ramadhan yang lalu tidak digunakan sebaik-baiknya untuk meningkatkan amal ibadah. Sangkaku, tidak perlulah beramal ibadah ‘bagai nak rak’ bila menjelangnya Ramadhan, namun kembali meneruskan gaya hidup asal apabila berakhirnya Ramadhan. Lebih baik amal yang sedikit tetapi konsisten. Namun, sangkaanku meleset. Meleset sama sekali. Bulan Ramadhanlah masa yang paling baik untuk mentarbiyah diri kita meningkatkan amal kebaikan dan kebajikan. Justeru, impaknya akan dapat dilihat dan dirasai pada 11 bulan yang lain. Jika tidak ditingkatkan pada bulan Ramadhan, bagaimanakh 11 bulan yang lain dapat ditingkatkan juga amalannya? Ibarat sang pelumba lari jarak jauh. Di awal pecutannya perlu lebih ke hadapan daripada orang lain supaya dia bersemangat untuk meneruskan lariannya. Larian kita, yakni perjalanan kita mugkin jauh, mungkin sudah dekat. Ada yang berjaya menghabiskan larian, ada juga yang semput di tengah jalan. Masih sempatkah untukku menyambut Ramadhan kali ni? Masih adakah Ramadhan lagi untukku? Ya Allah, sampaikanlah aku kepada Ramadhan dan berilah kekuatan untukku menghidupkan Ramadhan..

Just nak share beberapa tips tentang pengisian Ramadhan. Moga-moga diberikan kekuatan untuk beramal, insya-Allah...

BAGAIMANA MENYAMBUT RAMADHAN MENGIKUT SUNNAH?

1. Menahan amarah lebih-lebih lagi bila ada orang cuba memulakan pergaduhan dengan kita. Rasulullah SAW mengajar jika ada orang menyakiti kita katakan: “ Sesungguhnya aku sedang berpuasa.. sesungguhnya aku sedang berpuasa.” [ Sahih al-Bukhari: 1904 {Kitab Puasa, Bab Mengatakan Aku Berpuasa Bila dicela}]

2. Menahan lidah dari mengumpat dan mengadu domba (gosip) yang bukan sahaja haram di dalam Ramadhan bahkan bulan-bulan yang lain. Sabda Nabi SAW: “Bukanlah puasa itu sekadar menahan diri daripada makan dan minum akan tetapi menahan diri daripada perkataan sia-sia dan kotor.” [riwayat al-Hakim, disahihkan al-Albani dalam Sahih al-Jami’ as-Saghir:5376]

3. Menjaga solat fardhu berjemaah

4. Solat terawikh berjemaah bagi lelaki dan perempuan. Sabda Nabi SAW: “…Sesungguhnya sesiapa yang yang bersolat (terawikh) bersama imam sehingga selesai, maka Allah Menulis baginya (ganjaran seumpama) bersolat sepanang malam.” [riwayat an-Nasai’, disahihkan al-Albani dalam Sahih Sunan an-Nasai’:1604].

5. Bersahur dan sunat melewatkannya sehingga masuk waktu Subuh. Baginda SAW bersabda: “Bersahurlah kerana di dalam sahur itu ada keberkatan.” [Sahih al-Bukhari:1923]


BAGAIMANA BERBUKA PUASA MENGIKUT SUNNAH?

1) Menyegerakan berbuka apabila masuk waktu Maghrib. Sabda Baginda SAW: “Manusia sentiasa di dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan berbuka.” [Sahih al-Bukhari:1957].

2) Berbuka puasa dengan rutab, tamar atau air. Rutab ialah buah kurma yang telah masak yang masih basah, manakala tamar ialah kurma yang kering. Dari Anas RA katanya: “Rasulullah SAW berbuka sebelum bersolat dengan beberapa biji rutab, sekiranya tiada rutab maka dengan beberapa biji tamar dan sekiranya tiada tamar, maka Baginda SAW minum beberapa teguk air.” [Riwayat Imam Ahmad dan at-Tirmizi, katanya hadis hasan. Al-Diya al-Maqdisi mensahihkannya, al-Ahadith al-Mukhtarah 4/411]

3) Menyegerakan solat Maghrib selepas berbuka dengan rutab, tamar dan air sekiranya makanan belum dihidangkan.

4) Makan dahulu sekiranya makanan telah dihidangkan. Rasulullah SAW bersabda: “Apabila telah dihidangkan makan malam, maka mulakanlah dengannya sebelum kamu menunaikan solat Maghrib dan janganlah kamu tergopoh gapah ketika makan malam kamu.” [Muttafaq ‘Alaih, lihat Sahih al-Bukhari:672]

5) Makan dengan kadar yang tidak berlebihan. Firman Allah SWT: “Makan dan minumlah kamu, dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Dia (Allah) tidak sukakan orang yang berlebih-lebihan.” [al-‘Araf 7:31]


6) Berdoa ketika berbuka. Sabda Nabi SAW: “Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu, doa yang tidak ditolak ketika dia berbuka.” [Ibn Majah di dalam Sunannya:1753. Sanadnya Hasan]. Terdapat sebuah doa’ yang diajarkan oleh Rasulullah SAW ketika berbuka puasa dan sunat mengamalkannya:

ذَهَبَ الظَّمَأُ وَابْتَلَّتِ الْعُرُوقُ وَثَبَتَ الأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللّهُ

“Telah hilanglah dahaga, telah basahlah peluh (hilang kekeringan) dan telah tetaplah pahala, Insya-Allah.” [Abu Daud di dalam Sunannya:2357, sanadnya Hasan]

7) Mendoakan orang yang menjamu kita berbuka. Anas bin Malik RA meriwayatkan: “Nabi SAW pernah datang ke (rumah) Sa’ad bin ‘Ubadah. Dia menghidangkan roti dan minyak. Baginda SAW pun makan dan bersabda:

أَفْطَرَ عِنْدَكُمْ الصَّائِمُونَ، وَأَكَلَ طَعَامَكُمُ الأَبْرَارُ، وَصَلَّتْ عَلَيْكُمُ المْلائكةُ

“Telah berbuka puasa di sisi kamu mereka yang berpuasa, telah makan makan makanan kamu orang yang baik, dan telah berselawat ke atas kamu para malaikat.”[Sunan Abu Daud:3854, ad-Diya al-Maqdisi menyatakan ia sahih di dalam al-Ahadith al-Mukhtarah 5/518]


DOA DI BULAN RAMADHAN

HARI PERTAMA: “Ya Allah, jadikanlah puasaku, puasa orang yang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku, ibadah orang yang benar-benar mengerjakan ibadah. Dan jagalah aku dari tidurnya orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku wahai Tuhan sekalian alam. Dan ampunilah aku wahai Tuhan Maha Pengampun daripada segala dosa.”

HARI KE-2: “Ya Allah, dekatkanlah aku kepada keredaan-Mu dan jauhkan aku daripada kemurkaan serta balasan-Mu. Beilah aku kemampuan membaca ayat-ayat-Mu dengan rahmat-Mu, wahai Tuhan Yang Maha Pengasih.”

HARI KE-3: “Ya Allah, limpahkan aku kepada kecerdikan fikiran dan kewaspadaan serta jauhkan aku daripada kebodohan dan kesesatan. Sediakan bahagianku daripada kebaikan yang Kau turunkan, demi kemurahan-Mu, wahai Tuhan Maha Pemurah daripada segala dermawan.”

HARI KE-4: “Ya Allah, berilah kekuatan kepadaku untuk melaksanakan perintah-Mu dan berilah aku kemanisan berzikir. Berilah aku kekuatan melahirkan kesyukuran dengan kemuliaan-Mu. Dan jagalah aku dengan jagaan dan perlindungan-Mu, wahai Tuhan Maha Melihat.”

HARI KE-5: “Ya Allah, tempatkan aku di kalangan orang yang sentiasa memohon keampunan. Jadikanlah aku hamba-Mu yang salih serta jadikanlah aku di kalangan aulia (orang yang mendapat keutamaan-Mu) yang hampir di sisi-Mu dengan kelembutan-Mu, wahai Tuhan Yang Maha Pengasih daripada segala pengasih.”

HARI KE-6: “Ya Allah, janganlah aku dihina kerana perbuatan maksiatku kepada-Mu dan janganlah menyeksaku dengan balasan-Mu. Jauhkan aku daripada sesuatu yang boleh mendatangkan kemurkaan-Mu, dengan anugerah dan bantuan-Mu, wahai Tuhan keinginan orang yang berkeinginan.”

HARI KE-7: “Ya Allah, bantulah aku untuk mengerjakan puasa dan ibadah malam. Jauhkanlah aku daripada dosa-dosa. Dan berilah aku zikir untuk mengingati-Mu secara berterusan, dengan taufik (petunjuk)-Mu. Wahai Pemberi Petunjuk kepada orang yang sesat.”

(Sumber doa: Majalah Nur, November 2004)

YA ALLAH, KUMENGHARAPKAN RAMADHAN KALI INI PENUH MAKNA
AGAR DAPAT KULALUI DENGAN SEMPURNA..

Read Users' Comments (0)