RSS
Showing posts with label Kembara Musafir. Show all posts
Showing posts with label Kembara Musafir. Show all posts

Alhamdulillah..lega rasanya



1/11/2010 (Isnin)

Alhamdulillah..syukur sangat-sangat..akhirnya lepas rasa bebenan (untuk sementara waktu). Setelah bertungkus-lumus menyiapkan slides untuk presentation final fyp sampai rasa pening & nak muntah (bahana x cukup tidur n ngadap laptop terlalu lama), akhirnya selamat juga mengharunginya..walaupun rase x berape prepare. Alhamdulillah sangat, rase dapat jawab soalan-soalan yang ditanya oleh panel2 n x 'kene' teruk sangat..alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan..malam tu, memang tidur awal. Lepas isya' terus syahid..qada' punya pasal.

1 lagi peristiwa yang rasa lega sangat. Lepas present, pukul 1 tengahari lebih..dapat 1 call. Dah dapat tempat latihan industri (L.I). Alhamdulillah..gembiranya tak terkata dan sangat lega. Susahnya nak dapat tempat, Allah je yang tau. Setelah call berpuluh-puluh kilang, tunggu berbulan-bulan, jumpa orang yang menguruskan surat dari universiti berkali2, hantar application ke hampir 10 kilang..akhirnya pada 1/11, dapat jugal tempat L.I. Rase nak tergelak sendiri, sebab masa nak apply, memang mati-mati x nak mintak kat Perak & Terengganu. Hajatnya nak merantau ke tempat orang, nak pergi ke negeri yang x pernah pergi lagi macam area2 selatan. Memang x mintak kat Terengganu & Perak.

Lepas tu, ada call 1 kilang, head office kat K.L. tapi die kate kalau buat L.I, kilang tu kat perak. die pun x sure kilang kat perak tu amik x students utk buat L.I. tapi die kate hantar dulu application, pastu diorang akan forwardkan ke kilang tersebut. Disebabkan aku memang budget memang x nak L.I kat perak, jadi aku just bagi tau kat kawan aku yang x dapat tempat L.I lagi pasal kilang tu. diorang pun hantar application, x sampai 2 hari hantar, application diterima. Waktu tu, rase menyesal sangat..n aku pun amik keputusan untuk apply jugak kat tempat tu. waktu tu dah x kisah dah dapat kat mane, asalkan dapat tempat.

Dipendekkan cerite, aku pun email application..tpi still worried x dpt sbb tgu mcm lame berbanding 2 org kwn aku yang dah dapat situ. aku pun follow up kilang lain yang aku dah mintak (3 tempat). 30/11, kebetulan sembang ngan member (kos Food Service) yang duduk area Teluk Intan..die suggestkan 1 kilang kat situ. wah!! aku tak tahu pun ade kilang yang boleh dikatakan established kat area teluk intan tu (mungkin aku yang x ambik tahu sebab budget memang x nak yang dekat umah). on the dot, aku pun cube nasib call kilang tu walaupun hari tu hari sabtu (cube nasib). kdg2, private company ni still keje walaupun cuti. alhamdulillah, ada orang angkat. orang tu cakap diorang x sure nak amik orang lagi ke x sebab dah amik ramai students untuk L.I. RAMAI?? ulps..berape ramai tu? setahu aku (berdasarkan pengalaman aku call ke kilang2), private company ni memang amik dalam 1-2 orang je..soalan tu hanya bermain di fikiran aku je. hajat nak bertanya..tapi macam improper pulak.

orang tu suruh aku email resume. die kate call balik hari rabu untuk tahu jawapan. aku pun email la resume tanpa tunggu surat rasmi daripada universiti dulu. kalau tunggu, memang lambat..aku email die kate aku anta resume dulu, surat tu aku anta kemudian. dalam pada tu, aku duk tergelak sendiri..kalau dapat la kat situ, memang x payah sewa rumah. lebih kurang setengah jam perjalanan. BUDGET!! punye la nak jauh2, last2 dapat yang paling dekat dengan umah.he..aku pun pikir, bagus jugak dapat yang dekat ngan rumah. x payah sibuk2 pikir pasal tempat tinggal. kalau ada rezeki, boleh sambung terus keje kat situ. x yah susah2 nak apply kat tempat lain..

Tup-tup..1/11, aku dah diterima..kat perak jugak, tapi kat tempat lain..syukur rasanya. dalam pada tu, kesian pada kawan2 foodtech yang still x dapat tempat lagi..n ade yang comfirmation tempat L.I dibatalkan oleh pihak kilang pada saat-saat akhir..kesian diorang nak cari tempat.

Dalam pada tu, orang yang menguruskan pasal surat L.I pun lega bile aku dah dapat. Akhirnya..dapat jugak!! Sebelum tu, die pernah cakap "Saya mati-mati ingatkan awak dah dapat tempat. Dah banyak tempat mintak kan" Tau x pe!!

Kesimpulan yang dapat aku simpulkan dari experience aku ni (mencari tempat L.I):
- Kalau dah rezeki kita kat sesuatu tempat tu, mintak la kat mane2 pun..sejauh mane pun..tapi kalau Allah dah tuliskan qadaknya rezeki kite kat tempat tu, maka kat situ jugalah kite akan dapat. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya..kite x tau..
- Bukan senang nak masuk private company untuk L.I. (personal view..ni mungkin bergantung pada company & kos). kene sentiasa follow up, call..sebelum mintak kene call, after anta resume kene call (kdg2 diorang mintak email/anta resume balik). mereka mungkin nak tengok kesungguhan kite, sebab bukan kite je yang mintak. U lain pun mintak jugak..jadi memang kene bersaing & tunjukkan kesungguhan.
- Banyakkan bersabar & jangan mudah putus asa
- banyakkan bertanya. sambil2 sembang ngan kawan2 tu..kdg2 kite ble dapat maklumat dari orang2 sekeliling kite..belajar dari pengalaman orang lain.

OK, setakat tu je..moga Allah permudahkan segalanya..x sabar jugak nak ber "L.I" ni..moga banyak knowledge n experience yg kuterima nanti..kat sinilah tempat untukku meng"apply" apa yang telah aku belajar selama 3 tahun setengah kat university..kdg2 practical x exactly same dengan theory..wallahua'lam.

Read Users' Comments (2)

Ibu baru

Meow!!Meow!! Meow!!!!

Ngiauan kucing itu membuatkan jemaah wanita masjid yang baru keluar dari menunaikan solat tarawikh seolah-olah berkumpul dan tercari-cari dari manakah arah ngiauan kucing itu. Ternyata ia adalah seekor anak kucing yang kehilangan ibunya. Berbelang-belang hitam warnanya.

“Anak kucing ni tengah cari ibunya. Ada orang buang ibu kucing sekali dengan anak-anaknya. Ibu kucing kalau orang buang, kucing panik dan tinggalkan anaknya”. Seorang wanita mencelah.

Aku mengambil dan mendukung anak kucing tersebut. Risau jatuh dalam longkang yang berdekatan, memandangkan longkang tersebut agak dalam dan mempunyai jaring. Anak kucing tersebut masih kecil lagi. Tak mustahil kalau anak kucing tersebut boleh ‘celuih’ (bak kata orang utara, not sure betul tak ejaannya) dalam longkang tersebut.

“Adik bawak balik la dik. Pelihara ‘dia’. Kesian dia.”, kata seorang wanita kepadaku.

Aku menjadi serba salah. Hendak bawak balik, aku teringat cerita Pahrol Mohd Juoi dalam bukunya ‘Nota Hati Seorang Lelaki’. Bimbang mati nanti. Nak tinggal saja di situ, lagi tak sampai hati. Ngiauan anak kucing ini sangat kuat memanggil ibunya.

“Macam mana ni kak. Nak bawak balik ke tak”, aku meminta pendapat Kak Yana.
“Terpulang la”. Kak Yana menyerahkan keputusan kepadaku.
“Kita bawak balik dulu la ye. Esok kita cari ibunya”. Akhirnya aku membuat keputusan setelah agak lama membatu di situ.

Lalu anak kucing tersebut dibawa balik.

Sesampai di rumah, aku meletakkan kucing tersebut dalam rumah. Aku membancuh susu tepung untuk anak kucing tersebut dan memberinya minum. Ternyata kucing tersebut tidak pandai menjilat susu tersebut. Lalu aku celupkan sedikit jariku dalam air susu tersebut dan menyuakan kepada mulutnya supaya dia dapat menjilat. Dia menggigit jariku. Ternyata dia tak pandai minum air susu selain dari susu ibunya. Ngiauannya masih kuat.

Aku melihat anak kucing tersebut seolah-olah tak kena. Berjalan-jalan ke sana sini seperti mencari ibunya. Ngiauannya kuat dan tidak henti-henti. Aku mengambil sebuah kotak yang telah ada di luar rumah. Kulapik dalamnya dengan sehelai baju yang tidak digunakan lagi. Aku membiarkan dia sementara aku menyiapkan tempat untuk dia berehat dan beradu (wah, wah! Beradu ye..). Setelah selesai, aku ingin mengambilnya dan memasukkannya ke dalam kotak tersebut. Kebetulan, aku meletakkan kucing tersebut berdekatan dengan stoking hitam yang telah aku pakai dan tanggalkan. Sebelum aku ingin mengambil anak kucing tersebut, aku sempat melihat dia menggigit dan kakinya menolak dan menarik stokingku itu seolah-olah dia sedang minum susu ibunya.

Aku mengambil anak kucing tersebut dan meletakkannya ke dalam kotak tersebut. Anak kucing itu masih lagi tak keruan dan mengiau-ngiau dengan kuat. Aku agak buntu. Lantas aku memasukkan stokingku tadi ke dalam kotak tersebut. Dengan tidak semena-mena anak kucing tersebut terus diam dan menggigit-gigit seperti tadi. Subhanallah! Anak kucing tersebut dikurniakan fitrah untuk menyusu walau tiada siapa yang mengajarnya. Akhirnya anak kucing tersebut tertidur bersama-sama stokingku itu.



Keesokan harinya, anak kucing tersebut mengiau-ngiau dengan kuat lagi. Aku menggantikan stoking hitam di dalam kotak tersebut dengan stoking biru gelap. Tapi anak kucing tersebut tidak menggigit-gigit stoking itu seperti semalam. Kelihatannya dia tidak suka dengan stoking biru gelapku. Mungkin stoking hitam itu mengingatkan dan menyangkakannya bahawa itu ibunya. Aku kembalikan stoking hitam itu ke dalam kotak tersebut. Namun lama-kelamaan, anak kucing itu seolah-olah tahu bahawa dia telah ditipu dan terus-terusan mengiau dengan kuat. Aku benar-benar telah buntu. Tidak tahu apa lagi yang harus aku lakukan. Petang itu, aku bertekad mahu mencari ibunya di masjid tersebut. Jika tidak berjumpa, aku merancang mahu meletakkannya di rumah tokku. Kebetulan, di rumah tokku juga ada ibu kucing dan anak-anaknya yang baru lahir. Cuma, kucing yang aku jumpa ni besar sedikit daripada kucing di rumah tokku. Teragak-agak juga mahu meletakkan di rumah tokku, kerana aku pasti ayah tehku akan membebel tanpa henti.

Kucari-cari ibunya di masjid. Tiada ibu kucing yang kelihatan. Lalu aku kembali ke rumah untuk mengambil anak kucing tersebut untukku bawa ke rumah tokku. Aku melihat-lihat meter minyak. Harap-harap sempat sampai di rumah tokku sebelum aku mengisinya semula. Kucing itu aku masukkan dalam beg dan aku pun terus memecut dengan lajunya. Dia masih lagi mengiau.

Preng..preng... “Ah, motor ni nak mati ni.” Firasatku menduga. Ternyata, motorku mati seperti yang kuduga.

Aku pun menelefon Kak Yana memintanya membelikan minyak motor untukku. Kukeluarkan anak kucing itu dari begku. Ternyata, dia terus saja mengiau dengan kuatnya. Orang yang lalu-lalang di situ memandangku. Lalu aku membelainya, memujuknya agar tidak mengiau dengan kuat.

Lama juga aku berada di situ. Aku sudah malu mencangkung terlalu lama di tepi jalan itu. Sabar..sabar...Setelah agak lama penantianku, bayangan Kak Yana pun kunjung tiba. Kak Yana menghampiriku dengan tersenyum simpul. Terima kasih Kak Yana..selalu menyusahkan akak.

Dipendekkan cerita, kami pun bergegas ke rumah tokku. Sesampai di rumah tokku, rumah kelihatan sunyi. Persis tiada orang. Lalu aku bergegas ke kotak yang terdapat di beranda rumah. Aku mengintai kucing yang berada di dalamnya. Ternyata tiada ibu kucingnya. Yang ada hanyalah 4 ekor anak kucing yang berwarna hitam sedang enak dibuai mimpi (Eh, kucing boleh bermimpi ke..he, ape-ape je la...). Aku mencari-cari ibu kucing tersebut. Ternyata dia ada di kawasan beranda tersebut. Selepas sahaja dia melihatku mengintai kotak itu, dia juga mengintai anak-anaknya di kotak tersebut . Risau aku mengambil anak-anaknya barangkali.

Kemudian aku menyuakan anak kucing yang kutemui itu kepada ibu kucing tersebut. Dia kelihatan seperti agak confius. Perlahan-lahan dihampiri anak kucing itu. Dibau-baunya persis menghidu. Tiba-tiba.....dicakarnya anak kucing tersebut. Aku dan Kak Yana agak terkejut dengan perlakuan ibu kucing itu. Lalu, ibu kucing itu lari dari anak kucing tersebut. Anak kepada ibu kucing tersebut yang hampir sama besar dengan ibu kucing tersebut (abang-abang kepada anak kucing yang di dalam kotak) merenung anak kucing yang kujumpai itu seolah-olah ingin menerkamnya.

“Jahatnya ibu kucing tu” Kak Yana berkata sponton sejurus melihat reaksi ibu kucing tersebut.
“ Macam mana ni kak. Nak tinggal sini ke tak nak?” Aku meminta pendapat Kak Yana.
“ Entahlah, akak pun tak tahu” Kak Yana menjawab.

Agak lama aku membatu di situ. Confius. Nak buat macam mana ye? Nak tinggal ke tak? Lain macam je tengok abang kucing tu. Nanti kalau dia makan macam mana? Buat naye je...Aku terus bermonolog. Aku teringat National Geography yang pernah kutonton mengenai kucing. Dikatanya kucing hidup secara sendirian. Dia tidak menyusukan anak kucing lain sepertimana singa yang menyusukan anak singa lain. Ya Allah, macam mana ni?

Akhirnya, aku mengambil keputusan nekad. Biarlah kutinggalkan dulu di sini. Esok aku akan menjenguk mereka. Lalu aku meletakkan anak kucing tersebut di dalam kotak tersebut bersama-sama anak kucing lain. Yang anehnya, sebaik sahaja aku meletakkan anak kucing tersebut ke dalam kotak itu bersama anak-anak kucing yang lain, anak kucing itu terus senyap. Tidak lama kemudian, dia tertidur. Ternyata yang diperlukan olehnya adalah kasih sayang dari ibu kucing dan adik-beradiknya. Biarlah dia menumpang kasih sayang dan menganggap ibu kucing tersebut adalah ibunya dan anak-anak kucing itu adalah adik-beradiknya. Aku sedar, sejauh mana pun kasih sayang yang manusia cuba berikan, namun ianya tidak sama bahkan tidak dapat menggantikan kasih sayang dari ibunya.

Keesokan harinya, aku pulang ke rumah tok untuk menjenguk anak kucing tersebut. Alangkah terkejutnya aku apabila mendapati anak kucing tersebut tiada di dalam kotak bersama anak-anak kucing lain. Puas sudah kumencari, tapi anak kucing tersebut tidak dapat juga kutemui. Aku sudah mula dirundung serba-salah. Pelbagai andaian bermain-main di fikiranku. Abang kucing makankah? Dibuang oleh ibunya kah? Yang pasti, aku yang bersalah kerana berani mengambil risiko. Jika anak kucing tersebut mati, maka secara tidak langsung aku telah membunuh kucing tersebut..Oh! Tidak!! Aku cuba bersikap positif. Aku pulang ke rumah sewa dengan perasaan yang sedih dan risau.

Pada minggu tersebut, kesibukan yang melanda membuatkan aku hampir terlupa tentang anak kucing tersebut. Pada mingu berikutnya, cuti sem merangkap cuti raya bermula. Aku sempat pulang ke rumah di Perak beberapa hari sebelum aku kembali semula ke Terengganu bersama keluarga, memandangkan aku akan beraya di Terengganu pada tahun ni. Alangkah terkejutnya dan gembiranya aku apabila mendapati anak kucing tersebut ada bersama “adik-beradik angkat” dan “ibu angkatnya”. Ternyata, hipotesis mengatakan ibu kucing tidak menyusukan anak kucing lain adalah tidak benar. Eksperimen secara tidak sengaja ini membuktikannya.

Aku menyedari, betapa tingginya kasih sayang “seorang kucing” berbanding “seekor manusia”. Ternyata, kita sebagai seorang manusia telah kalah dengan seekor haiwan. Dalam sejarah manusia, telah ramai manusia yang membuang anak (bayi) di merata-rata tempat: di tong sampah, di dalam beg, dihanyutkan ke sungai, di masjid, dihurung semut, malah ada yang sanggup membakarnya bersama-sama timbunan sampah lain. Perbuatan tersebut dilakukan pada anak sendiri, bukan pada anak orang lain. Sedangkan seekor ibu kucing dapat menerima anak kucing lain, disusukan dan dijaganya bagai anak sendiri walaupun pada awalnya dia tidak dapat menerima anak kucing itu..

Persoalannya, adakah kita sebagai seorang manusia lebih teruk dari seekor kucing? Belajarlah walau dari seekor kucing...

Read Users' Comments (1)

Tidak boleh bertudung labuh?



“Cik, saya nak tanya..minggu ni saya ada hantar surat ke sana. Surat tu dah sampai ke belum ye??”
“Maaf ye. Buat masa ni, kami tak ambil budak untuk buat praktical training. Kalau kami perlukan orang, nanti kami call semula ye”
“Terima kasih ye cik”

Talian diputuskan.

“Dia tak ambil orang”, jelasku pada coursemateku, Fadh.

Fadh kelihatan agak bengang. Mana tidaknya, kami berdua telah call ke kilang tersebut sebelum ini. Mintak kepastian sama ada kilang tersebut mengambil student untuk praktical training (kalau di kampusku lebih famous dengan panggilan L.I.- stand for Latihan Industri). Katanya mereka ambil budak untuk praktikal training. Surat dan resume dah dihantar ke sana. Lastly, begini jadinya. Dugaan jadi first batch. Everything must be independent. Course subject, FYP..and now, L.I...No seniors..means tak de sape yang nak dirujuk kalau ada subjek yang tak paham. L.i pun kene cari tempat sendiri..Sabar ye. Tu la cabaran namanya.

Sebenarnya, surat resume dah dihantar sejak bulan 3 lagi. But, no respons. Daripada 18 kilang (total samua kilang yang dimintak oleh coursemate termasuklah aku), hanya 5 kilang je yang dah bagi comfirmation-terima. Daripada 5 kilang tu, tak sampai 10 orang pun yang dah dapat tempat L.I. Yang lain, unknown status. And lastly, kami pun terpaksa la uruskan sendiri, memandangkan sekarang dah bulan 7 (masa dapat tau pasal ni). Nak tunggu surat pun, makan masa 2 minggu. Memang haru...

Jadi, aku pun cadangkan la pada kawan aku, Fadh ni supaya kitaorang pergi survey products kat supermarket berdekatan. Esoknya kami pergi ke sana. Habis semua product kami survey. Aku perasan ada jugak yang cam pelik tengok kami..Biar la. Makan masa nak dekat 3 jam jugak la. Sambil menyelam minum air...aku pun beli la dua tiga barang product. Lepas bayar tu, aku terpaku pada satu advertisement kat tempat cashier tu...

Guess what? Iklan jawatan kosong. Agak lama aku berdiri di situ. Macam menarik..

“Kenapa dik?”. Cashier tu pun pelik kenapa aku tak berganjak-ganjak lepas bayar.
“Ni..jawatan kosong ni. Kalau sebagai part time boleh ke?”. Aku terus bertanya. Waktu tu kawan aku pun dah ada kat sebelah aku.
“Cuba adik tanya kat bahagian belakang tu..”. Dia menunjukkan jarinya ke arah tersebut.

Di situ, ada seorang perempuan menunggu.
“Kami nak tanya pasal jawatan kosong tu.”
“Jom ikut akak naik atas. Kita bincang kat sana ye”

Kami pun mengikut akak tersebut.

Dipendekkan cerita, akak tu pun tanya jawatan apa yang kami nak mintak.

“Adik nak mintak kerja sebagai apa?”
“Cashier”. Kawanku sudah menjawab terlebih dahulu.
“Sila isi butir-butir kat dalam buku ni ye” Akak tersebut menghulurkan buku kepada kami.

Kami pun mengisi butiran yang diperlukan.

“Jadual kerjanya macam mana ye?”
“Ikut jadul adik-adik. Sem berapa sekarang?”
“Sem 7”
“Gajinya kira macam mana ye?”
“Gaji ikut jam. Sejam RM2.50”
“Waktu bila adik boleh kerja?”

Aku dan Fadh pun berbincang-bincang. Payah juga nak decide, sebab subjek elektifku tak menentu harinya. Plus, kami berdua juga risau hari nak buat FYP, hari nak buat group discussion. Unpredictable. Lastly, begini jawapan yang kami beri..

“Macam ni la akak. Kami bincang dulu boleh? Nanti kami beritahu keputusannya kepada akak ye. Akak memang tiap-tiap hari ada kat sini kan?”
“Akak memang tiap-tiap hari ada kat sini”

Tiba-tiba....akak tu fokus pada aku.

“Adik memang pakai pakaian macam ni ke? Maksud akak, memang pakai tudung labuh?”
Aku sekadar tersenyum sambil menganggukkan kepala.
“Maaf ye akak cakap ni..kalau nak kerja sini, kalau boleh tudung tu jangan labuh sangat. Paham-paham la, taukeh kat sini non-Muslim.”
“Dia memang tak bagi ke kerja kat sini pakai tudung labuh?” Aku menyoal.
“Biasa la...non-Muslim. Pakaian macam adik ni pelik sikit. Kalau ni supermarket akak, akak tak kisah pun”

Aku sekadar tersenyum kelat.

Pelik? Pelikkah? Pakaian begini dianggap pelik? Hatiku bermonolog.

“Kalau sempang?” Aku menyoal lagi.
“Kalau sempang macam akak ni tak pe la.” Dia menunjukkan tudung yang dipakainya.

Di dalan hatiku, timbul pertanyaan. Adakah akak ni paham maksud yang cuba aku sampaikan? Aku takut dia tersalah paham je. Kalau maksudnya still tudung labuh, tapi disempangkan, dibolehkan..masih boleh diterima. Tapi..kalau akak ni paham..tudung yang aku katakan, lebih pendek sedikit...macam mana? Kalau tudung labuh yang sempang dibolehkan, adakah terdapat perbezaan antara tudung labuh yang sempang dan tudung labuh yang berjahit??

“Adik marah ke? Maaf ye, akak terpaksa bagi tahu dulu sebelum ambil adik bekerja”. Pertanyaan tersebut mematikan lamunan aku.
“Taklah. Cuma sedang berfikir”. Aku menidakkan.
“Nape cam tu ye? Macam pelik je...” Aku menambah sebelum bangun untuk meninggalkan tempat tersebut.
“Terima kasih ye kak. Nanti kami call akak balik ye.”
Kami pun berlalu pergi sambil berbincang-bincang.

Perasaanku sedikit terganggu selepas perbualan tersebut. Aku tidak kisah sekiranya aku tidak diterima bekerja. Tetapi apabila syaratnya tidak boleh mamakai tudung labuh, aku mula rasa tawar hati ingin bekerja di tempat tersebut. Semacam sudah ada diskriminasi. Adakah ini dikatakan Islamophobia? Adakah semua non-Muslim begitu? Mungkinkah situasi ini juga terjadi kepada syarikat/supermarket/agensi dan lain-lain pertubuhan Islam, iaitu tidak boleh memakai tudung labuh? Sedangkan orang Islam sendiri mengatakan pelik, bagaimanakah pula persepsi non-Muslim?

Walau bagaimanapun persepsi oarang, insya-Allah aku akan cuba mempertahankan prinsipku. Biarlah dikatakan nampak kekampungan, pelik, syadid atau apa sekalipun, yang penting aku mengikut apa yang Allah suruh. Menutup aurat dengan sempurna. Dan aku akan cuba menutup aurat sesempurna yang aku mampu, insya-Allah. Cuba dapat markah 4 flat dari segi penutupan aurat. Bukankah kita membalut buku sebagai tanda kita sayangkan buku tersebut? Begitulah juga dengan diri kita..walaupun buku tidak dapat dianologikan dengan harga diri manusia.

Memang hakikatnya..Islam akan dipandang asing.

“Sesungguhnya Islam permulaan (datang) keadaan asing dan mereka akan kembali asing. Maka berbahagialah bagi mereka yang (dianggap) asing. Mereka bertanya: “Wahai Rasulullah, siapakah mereka (yang dianggap) asing ia? Baginda menjawab: “Orang-orang yang berbuat baik di kala rosaknya manusia.” (HR. Muslim)

Read Users' Comments (0)