RSS

BELAJAR VS BEKERJA

Bismillah..

Wah, sudah lame x berblogging. semenjak berpraktikal sampai la dah masuk alam kerjaya pun sekarang ni. rasa macam ade banyak mende nak kongsi, tapi dengan badan yang letih, bile dah postpone2..lame2 satu pun x post. waihai..

sebenarnya x rase pun nak online ari ni. selalunya waktu2 macam ni..balik kerja je..siapkan diri..terus tidur. balik kerja pun x menentu..
em, nak cakap pasal ape ye? ntah la. mungkin tika dan saat ini..aku rindukan kawan2 aku..betul la kenape ade orang cakap waktu zaman belajar la best. bukan ape..sebab waktu belajar, ramai kawan2 sekeliling kita. kite share perasaan masing2..walaupun kadang2 ade stres, tapi ade kawan2 yang support..

and now??

tiada lagi sesi luahan perasaan. yang ada hanyalah macam mana nak selesaikan problem..problem yang mungkin datang tanpa diduga. problem berkaitan mesin. problem berkaitan manusia..macam mana hendak menjadi ketua yang baik. yang arahan dapat didengar, tanpa menyakiti mereka.yang dengan sukarela pekerja bekerja lebih masa tanpa perlu dipaksa. menjadi perantara antara pihak pengurusan dan orang bawahan. cabaran terbesarnya...ada macam2 ragam manusia. yang membodek, yang sering menyalahkan orang lain, yang suka marah2, yang sentisa menganggap dirinya betul..yang hendak menjatuhkan orang lain dengan menimbulkan masalah kepada orang lain...dan lain2. tidak ramai lagi rakan sebaya, yang sejantina..pekerja juga terdiri dari pelbagai latar belakang, kaum, usia...bagaimana mahu berkomunikasi dengan foreigner. dari nepal, bangladesh, myanmar, dll...bagaimana mahu memberi arahan kepada orang yang jauh lebih berusia dan sudah lama bekerja dari kita..bagaimana mahu mengubah culture yang telah sedia ada...

aku percaya di mana-mana jua tempat bekerja, suasananya pasti hampir sama...

di alam kerjaya memerlukan kekuatan fizikal, emosi dan fikiran..temwork memang sangat penting. perbincangan antara rakan sekerja untuk menyelesaikan masalah..jika kita menganggap orang bawahan sebagai semata-mata pekerja kita, kita kena ingat merekalah yang menolong kita menyelesaikan tugas kita..

bila kita sedang bekerja, mungkin kita terpaksa melupakan diri kita sebentar. namun adakala, kita perlu memberi masa untuk diri sendiri juga..

buat sahabatku husna yang telah menyambut hari ulang kelahirannya pada 14/6/11 lepas, maafkan diri ini kerana tidak wish pada hari tersebut. maafkan atas ketidaksedaran diri ini..moga hidupmu sentiasa diberkati dan dirahmati..amin.

buat kawan2 satu kos, selamat bekerjaya...persiapkan diri untuk menghadapi cabaran yang bakal mendatang..

buat sahabat2 yang berkongsi tidur sebantal dan makan setalam, wah rindunya saat itu..rindu mahu tidur berhimpit2..tiada lagi kenangan itu..

buat kawan-kawan yang mengenali diri ini, sungguh diri ini sangat2 merindui kalian..kawan2 SKDYS, SERATAS, kmpK, UMT..apekah agaknya khabar kalian?? KUDOAKAN MOGA SEMUANYA BAHAGIA DUNIA & AKHIRAT..AMIN..

Read Users' Comments (1)