RSS

Hati..



Nah, ambil la benda ni.
Apa ni?
Ini adalah hati. Hati aku.
Hati kau? Hmm.. kenapa kau sudi kasi kat aku?
Sebab kau dah jadik sebahagian dari aku. Kau lebih dari seorang kawan.
Terima kasih... . ianya bererti. Aku terlalu menghargainya.
Oh ye ke... tapi maaf.
Untuk apa?
Sebab, hati tu aku tak beri sepenuhnya.Cuma sebahagian saja...

Maksud kau?
Aku pernah beri hati aku kat orang lain juga.
Dan aku tak pernah beri kesemuanya.
Aku takut aku tiada hati untuk diri aku sendiri.
Mungkin aku takut, hati itu tidak akan dijaga dengan sebaik-baiknya.
Ianya bukan seperti barangan lain seperti duit, permata dan sebagainya.
Hati ini penuh mistik, ada keajaiban yang tersendiri.

Mistik? Kelakar bunyinya...
Mungkin kelakar. Tapi itu realitinya.
Ia juga berubah mengikut rentak hidup engkau.
Rentak perasaan orang yang aku beri. Jika dia
betul-betul ikhlas, hati ini akan indah dan bersinar.
Tapi, jika dia mempersia-siakannya , hati ini akan malap.
Mungkin akan terus mati untuknya.


Ianya bukan satu benda yang percuma.
Hati ini diberi hanya kepada insan
yang terpilih sahaja.Insan yang istimewa.
Dan kau adalah salah seorang daripada mereka,
kerana naluri aku terlalu percayakan kau.


Aku insan terpilih?
Ya, kau yang terpilih. Hati ini sering bertukar-tukar
mengikut perasaan orang yang diberikan.
Ianya terlalu sensitif. Tapi ianya cukup kebal dan kental
pada musuh aku. "Musuh", mungkin terlalu kejam untuk aku
memperkatakan perihal mereka ini. Ianya tak berubah-berubah
seperti yang terjadi jika hati ini diberi pada orang yang istimewa.


Hati aku hanya tinggal sebahagian sahaja.
Ada orang yang tidak pernah memulangkannya,
walaupun aku hanya pinjamkan sekejap.
Ada yang pulangkan dengan penuh kelukaan.
Ada yang sudi berikan sebahagiaan hatinya pula
sebagai ganti. Dan jika kau nak tahu,
setiap hati manusia ada nilai yang tersendiri.
Setiapnya terlalu mistik!


Cuma satu saja yang kau tak mengerti.
Sekali hati itu terluka, kadangkala sukar nak
mengubatinya. Adakalanya, mengambil masa yang
lama untuk itu. Ibarat tangan yang terluka,
walaupun lukanya telah sembuh, tapi parutnya
masih ada. Dan bila tiba sesuatu yang tidak
diingini, mungkin pemilik hati itu akan menyendiri
buat seketika...sehingga hatinya pulih seperti
sediakala. Hati yang diberi ini bukan untuk suka-suka.
Ianya lahir atas satu kepercayaan. Dari situ, wujudlah
kasih sayang. Jika hilang rasa percaya itu,
maka sukarlah untuk hati itu kembali indah.

0 comments:

Post a Comment