RSS

Buatmu sahabatku..

Sahabatku..
Izinkan aku meluahkan apa yang kurasa
Apa yang telah sekian lama
Kupendam dalam sudut hatiku
Agar kau jua mengerti
Apa yang telah kulakukan selama ini

Sahabatku..
Tidak tahu bagaimana harusku mulakan bicara
Namun ketahuilah sahabatku..
Bahawa aku amat menyayangi dirimu

Sahabatku…
Diamku…bukan bermakna aku telah melupakan dirimu..
Diamku…bukan bererti aku tidak merindui dirimu…
Tapi ketahuilah sahabatku..
Diamku..kerna ada sesuatu
Yang tidak tahu bagaimana harus kujelaskan padamu

Terima kasih sahabatku..
Kerna telah mewarnai hidupku selama ini
Kau mengajarku tentang erti persahabatan
Kau mengajarku tentang erti kesabaran
Kau mengajarku tentang erti memberi
Kau membuatku sedar
Betapa pentingnya dirimu dalam hidupku

Sahabatku…
Andai sepanjang persahabatan ini
Diri ini telah melukai hatimu
Diri ini telah menyusahkan dirimu
Kupohon kemaafan
Tulus dari hati sanubariku
Tidak kuduga ini semua terjadi
Namun kupercaya
Telah tertulis semuanya dalam takdir Ilahi

Terima kasih duhai sahabatku
Di atas persahabatan ini
Ketahuilah…
Jauh di sudut hatiku
Aku ingin membina semula persahabatan ini
Aku ingin membina kembali pahit manis dalam persahabatan ini
Kerna percayalah sahabatku
Tidak mungkin aku sanggup kehilangan sahabat sepertimu…
Namun
Percayalah sahabatku
Kadangkala aku masih keliru
Keliru dengan apa yang kualami..

Maafkanku sahabatku
Andainya diri ini tiada di sisimu
Di saat kau mungkin memerlukanku di sampingmu
Maaf kerana
Aku tidak mampu menjadi sahabat yang baik kepadamu
Terima kasih sahabatku
Kerna kau telah menjadi sahabat yang yang baik
Kepadaku selama ini

Dan andainya
Beginilah kehendak Ilahi
Aku pasrah, aku redha dengan ketentuan-Nya..
Aku sedar aku adalah hamba-Nya lemah..

Kupohon pada-Mu Ya Tuhan
Berilah kukekuatan
Menghadapi dugaan-Mu ini..
Saat diri ini merinduinya
Kau datanglah rasa rinduku kepada-Mu..
Saat diri ini menyayanginya
Jangan sampai sayangku ini
Melebihi sayangku kepada-Mu dan para Rasul-Mu..
Moga rasa sayang yang Kau anugerahkan ini
Dapat menjadikan kami
Antara 7 orang yang mendapat naungan di akhiratmu kelak
Iaitu “Dua orang sahabat yang bertemu dan berpisah kerana Allah”

Oh Tuhan pemilik hatiku..
Ampunilah hamba-Mu yang lemah ini..
Andainya aku telah tersalah dalam membuat penilaian
Andainya aku telah khilaf dalam membuat keputusan
Pandulah aku ke jalan yang benar
Jalan yang diredhai oleh-Mu..Ya Rabbi

Duhai Tuhan Yang Maha Mengetahui
Andainya setakat ini persahabatan kami di dunia
Doaku…moga kau temukan kami semula
Di syurgamu kelak..
Andainya layak kami dikurniakan syurgamu..
Amin..

0 comments:

Post a Comment