RSS

Kehilangan



Bismillaa hirrahmaa nirrahiim..

Alhamdulillah, syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi, kerana dengan izin-Nya jua, dapat jua kukembali menulis di dalam blog ni. Rindu benar rasanya. Technical problem. Allah uji dengan kerosakan barang yang disayangi..dan selang dua tiga hari pastu, rosak lagi barang yang disayangi..memang sedih, terasa kehilangan...tambah-tambah lagi bila barang-barang tersebut dibeli dari duit sendiri. Saat melihat barang tersebut telah musnah, lagaknya seperti tiada perasaan...mungkin kerana sebelum itu aku telah kehilangan satu barang yang berharga..dan aku kembali teringat apa kata-kata Umar Al-Mujahid, watak di dalan novel Tautan Hati karya Fatimah Syarha...lebih kurang begini maksudnya..

"aku terasa pedih kehilangan barang yang berharga..tapi kenapa aku tak terasa pedih kehilangan cinta dan kasih sayang Allah??Allah sedang berbicara denganku..."

Mungkin inilah tarbiyah dari-Nya...supaya kita sentiasa redha. Kita tahu segala apa yang ada di dunia ini adalah pinjaman semata...hatta barang yang kita beli dari titik peluh sendiri (bagi yang bekerja). Kita tahu hakikat ini..tapi saat empunya barang ingin mengambil kembali barang yang dipinjamkannya kepada kita..kita seolah-olah tidak mahu memberikannya...begitulah kita..sering lupa dan alpa.

Ada hikmah di sebaliknya..Moga, Allah menggantikannya dengan yang lebih baik..amin..

0 comments:

Post a Comment