RSS

Tidak boleh bertudung labuh?



“Cik, saya nak tanya..minggu ni saya ada hantar surat ke sana. Surat tu dah sampai ke belum ye??”
“Maaf ye. Buat masa ni, kami tak ambil budak untuk buat praktical training. Kalau kami perlukan orang, nanti kami call semula ye”
“Terima kasih ye cik”

Talian diputuskan.

“Dia tak ambil orang”, jelasku pada coursemateku, Fadh.

Fadh kelihatan agak bengang. Mana tidaknya, kami berdua telah call ke kilang tersebut sebelum ini. Mintak kepastian sama ada kilang tersebut mengambil student untuk praktical training (kalau di kampusku lebih famous dengan panggilan L.I.- stand for Latihan Industri). Katanya mereka ambil budak untuk praktikal training. Surat dan resume dah dihantar ke sana. Lastly, begini jadinya. Dugaan jadi first batch. Everything must be independent. Course subject, FYP..and now, L.I...No seniors..means tak de sape yang nak dirujuk kalau ada subjek yang tak paham. L.i pun kene cari tempat sendiri..Sabar ye. Tu la cabaran namanya.

Sebenarnya, surat resume dah dihantar sejak bulan 3 lagi. But, no respons. Daripada 18 kilang (total samua kilang yang dimintak oleh coursemate termasuklah aku), hanya 5 kilang je yang dah bagi comfirmation-terima. Daripada 5 kilang tu, tak sampai 10 orang pun yang dah dapat tempat L.I. Yang lain, unknown status. And lastly, kami pun terpaksa la uruskan sendiri, memandangkan sekarang dah bulan 7 (masa dapat tau pasal ni). Nak tunggu surat pun, makan masa 2 minggu. Memang haru...

Jadi, aku pun cadangkan la pada kawan aku, Fadh ni supaya kitaorang pergi survey products kat supermarket berdekatan. Esoknya kami pergi ke sana. Habis semua product kami survey. Aku perasan ada jugak yang cam pelik tengok kami..Biar la. Makan masa nak dekat 3 jam jugak la. Sambil menyelam minum air...aku pun beli la dua tiga barang product. Lepas bayar tu, aku terpaku pada satu advertisement kat tempat cashier tu...

Guess what? Iklan jawatan kosong. Agak lama aku berdiri di situ. Macam menarik..

“Kenapa dik?”. Cashier tu pun pelik kenapa aku tak berganjak-ganjak lepas bayar.
“Ni..jawatan kosong ni. Kalau sebagai part time boleh ke?”. Aku terus bertanya. Waktu tu kawan aku pun dah ada kat sebelah aku.
“Cuba adik tanya kat bahagian belakang tu..”. Dia menunjukkan jarinya ke arah tersebut.

Di situ, ada seorang perempuan menunggu.
“Kami nak tanya pasal jawatan kosong tu.”
“Jom ikut akak naik atas. Kita bincang kat sana ye”

Kami pun mengikut akak tersebut.

Dipendekkan cerita, akak tu pun tanya jawatan apa yang kami nak mintak.

“Adik nak mintak kerja sebagai apa?”
“Cashier”. Kawanku sudah menjawab terlebih dahulu.
“Sila isi butir-butir kat dalam buku ni ye” Akak tersebut menghulurkan buku kepada kami.

Kami pun mengisi butiran yang diperlukan.

“Jadual kerjanya macam mana ye?”
“Ikut jadul adik-adik. Sem berapa sekarang?”
“Sem 7”
“Gajinya kira macam mana ye?”
“Gaji ikut jam. Sejam RM2.50”
“Waktu bila adik boleh kerja?”

Aku dan Fadh pun berbincang-bincang. Payah juga nak decide, sebab subjek elektifku tak menentu harinya. Plus, kami berdua juga risau hari nak buat FYP, hari nak buat group discussion. Unpredictable. Lastly, begini jawapan yang kami beri..

“Macam ni la akak. Kami bincang dulu boleh? Nanti kami beritahu keputusannya kepada akak ye. Akak memang tiap-tiap hari ada kat sini kan?”
“Akak memang tiap-tiap hari ada kat sini”

Tiba-tiba....akak tu fokus pada aku.

“Adik memang pakai pakaian macam ni ke? Maksud akak, memang pakai tudung labuh?”
Aku sekadar tersenyum sambil menganggukkan kepala.
“Maaf ye akak cakap ni..kalau nak kerja sini, kalau boleh tudung tu jangan labuh sangat. Paham-paham la, taukeh kat sini non-Muslim.”
“Dia memang tak bagi ke kerja kat sini pakai tudung labuh?” Aku menyoal.
“Biasa la...non-Muslim. Pakaian macam adik ni pelik sikit. Kalau ni supermarket akak, akak tak kisah pun”

Aku sekadar tersenyum kelat.

Pelik? Pelikkah? Pakaian begini dianggap pelik? Hatiku bermonolog.

“Kalau sempang?” Aku menyoal lagi.
“Kalau sempang macam akak ni tak pe la.” Dia menunjukkan tudung yang dipakainya.

Di dalan hatiku, timbul pertanyaan. Adakah akak ni paham maksud yang cuba aku sampaikan? Aku takut dia tersalah paham je. Kalau maksudnya still tudung labuh, tapi disempangkan, dibolehkan..masih boleh diterima. Tapi..kalau akak ni paham..tudung yang aku katakan, lebih pendek sedikit...macam mana? Kalau tudung labuh yang sempang dibolehkan, adakah terdapat perbezaan antara tudung labuh yang sempang dan tudung labuh yang berjahit??

“Adik marah ke? Maaf ye, akak terpaksa bagi tahu dulu sebelum ambil adik bekerja”. Pertanyaan tersebut mematikan lamunan aku.
“Taklah. Cuma sedang berfikir”. Aku menidakkan.
“Nape cam tu ye? Macam pelik je...” Aku menambah sebelum bangun untuk meninggalkan tempat tersebut.
“Terima kasih ye kak. Nanti kami call akak balik ye.”
Kami pun berlalu pergi sambil berbincang-bincang.

Perasaanku sedikit terganggu selepas perbualan tersebut. Aku tidak kisah sekiranya aku tidak diterima bekerja. Tetapi apabila syaratnya tidak boleh mamakai tudung labuh, aku mula rasa tawar hati ingin bekerja di tempat tersebut. Semacam sudah ada diskriminasi. Adakah ini dikatakan Islamophobia? Adakah semua non-Muslim begitu? Mungkinkah situasi ini juga terjadi kepada syarikat/supermarket/agensi dan lain-lain pertubuhan Islam, iaitu tidak boleh memakai tudung labuh? Sedangkan orang Islam sendiri mengatakan pelik, bagaimanakah pula persepsi non-Muslim?

Walau bagaimanapun persepsi oarang, insya-Allah aku akan cuba mempertahankan prinsipku. Biarlah dikatakan nampak kekampungan, pelik, syadid atau apa sekalipun, yang penting aku mengikut apa yang Allah suruh. Menutup aurat dengan sempurna. Dan aku akan cuba menutup aurat sesempurna yang aku mampu, insya-Allah. Cuba dapat markah 4 flat dari segi penutupan aurat. Bukankah kita membalut buku sebagai tanda kita sayangkan buku tersebut? Begitulah juga dengan diri kita..walaupun buku tidak dapat dianologikan dengan harga diri manusia.

Memang hakikatnya..Islam akan dipandang asing.

“Sesungguhnya Islam permulaan (datang) keadaan asing dan mereka akan kembali asing. Maka berbahagialah bagi mereka yang (dianggap) asing. Mereka bertanya: “Wahai Rasulullah, siapakah mereka (yang dianggap) asing ia? Baginda menjawab: “Orang-orang yang berbuat baik di kala rosaknya manusia.” (HR. Muslim)

0 comments:

Post a Comment