
Bismillaa hirrahmaa nirrahiiim...
Awalan kalam, syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana masih lagi diberikan ruang dan peluang untuk masih lagi bernafas di dunia-Nya. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. yang dengan berkat baginda, kita masih lagi berada dalam keadaan Islam dan Iman. Alhamdulillah....
Posting kali ini kutujukan khas buat diriku terlebih dahulu...diriku, diriku, dan diriku...sebelum ditujukan kepada sahabat-sahabat dan pembaca-pembaca sekalian.
“ADAKAH AKU BENAR-BENAR TELAH MENJADI HAMBA-NYA”?
Satu persoalan yang sama-sama perlu kita fikirkan. Cuba bayangkan kita menjadi hamba pada zaman dahulu....kita dikerah melakukan pelbagai kerja: mengangkat air, membasuh baju, memasak..melakukan kerja-kerja berat..zaman dulu pulak bukan macam zaman sekarang. Tak de washing machine, tak de paip, tak de kenderaan, tak de jalan raya..pastu buat kerja berat-berat, penat-penat...tak diberi gaji pulak, seperti orang gaji sekarang...hanya diberi makan dan tempat tinggal. Hidup kita jugak terikat kepada tuan..tidak boleh pergi ke mana-mana sesuka-suki. Kene ikut je cakap tuan..apa yang disuruh semua kene buat (kecuali kalau disuruh melanggar perintah Allah). Kalau membantah, alamatnya dirotan atau ditamparlah jawabnya..oh siksanya menjadi hamba!!
Itu dalam konteks menjadi hamba kepada manusia. Tapi bagaimana pulak kita selaku hamba Allah? Macam tu jugak ke? Boleh ke kalau kita nak mintak apa-apa yang kita inginkan daripada Allah? Mintak jadi kaya: ada rumah besar, kereta besar, gaji besar...jadi pandai, naik pangkat, murah rezeki, ada kerjaya tetap dan glamour..pendek kata hajat yang bersifat keduniaan la. Boleh tak? Allah marah tak?
Allah berfirman dalam Surah Ghafir, ayat 60 (40:60):
Dan Tuhan-Mu berfirman, “Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong tidak mau menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina”.
Allah tak pernah marah jika kita mintak sesuatu kepada-Nya..malah Allah lebih suka jika kita memohon kepada-Nya..walaupun seringkali kita mintak perkara yang bersifat keduniaan. Jarang sangat kita mintak perkara yang bersifat keakhiratan.Allah sangat suka orang yang memohon kepada-Nya, merintih kepada-Nya..membuktikan kita sebagai manusia sangat lemah, terlalu lemah...kita memerlukan Allah lebih dari kita memerlukan udara untuk hidup..
Katakanlah kita ada seorang jiran (mestilah ada kan). Kita selalu bagi makanan yang sedap-sedap pada jiran kita, hari-hari kita bagi..tapi jiran kita tak pernah pun ucapkan terima kasih, malah selalu sakiti hati kita..selalu buat perkara yang kita tak suka..selalu lupakan kita..buat jamuan tapi tak pernah pun ajak kita sekali...apa perasaan kita? Tentu kecewa bukan...comfirm lepas tu kita cam malas je nak bagi makanan yang sedap-sedap kat jiran kita tu..tapi Allah masih lagi memberi rezeki kepada kita sehari-hari...Walaupun kita sering melupakan Allah, sering mengabaikan hak-hak Allah, sering melanggar perintah Allah, tidak mengerjakan suruhan Allah...betapa Maha Pemurahnya Allah...malah jarang sekali kita bersyukur kepada-Nya..
Malu rasanya mengaku sebagai hamba Allah bukan? Walaupun itulah hakikatnya.. “Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku” (Surah Az-Zariyat, 51: 56).
Allah memerintahkan supaya malakukan perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya bukanlah untuk Allah, tapi untuk kita sendiri dan untuk masyarakat...contohnya seperti solat. Kalau kita tak solat pun, Allah tak rugi apa-apa...tidak memberi kesan pada Allah..tapi kalau kita buat, kita yang akan dapat manfaat..cegah kita dari buat perkara mungkar, hati tenteram, jiwa lapang...their benefits come to us..berbeza dengan para nabi. Nabi Muhammad beribadah sehingga bengkak-bengkak kakinya sebagai tanda syukur baginda kepada Allah.
Lebih malu lagi untuk mangaku sebagai pendakwah, pejuang, penolong agama Allah..kita bukanlah memperuntukkan seluruh umur, harta, masa dan tenaga kita untuk menyebarkan Islam...seperti yang berlaku pada zaman para nabi. Berapa ramai orang kita dah dakwah? Berapa ramai orang yang berubah ke arah yang lebih baik atas asbab kita? Berapa ramai orang yang lebih dekat dengan Allah apabila kita berdakwah? Jangan pandang berjayanya dakwah hanya apabila kita buat gerak kerja, berjaya anjurkan program-program besar, ramai orang yang ikut program, bagi ceramah, bagi tazkirah,and so on...sedangkan kita terlupa dakwah Nabi Muhammad yang paling berkesan adalah melalui AKHLAK. Ramai orang masuk Islam tanpa keluar perkataan “Masuklah Islam” daripada mulut Rasulullah..tapi cukuplah dengan melihat akhlak Nabi yang seperti kata Aishah r.a. “Akhlak Nabi ibarat Al-Quran”. Berdakwah melalui akhlak lebih telus sifatnya..jika melalui percakapan, apa yang nak disampaikan mungkin dihijab untuk sampai kepada orang yang mendengar (mad’u) kerana dosa daie sendiri yang menghijab ilmu tersebut sampai..dan lazimnya, orang lebih mempercayai apa yang dilihat daripada apa yang didengar..
Teringat kata-kata Pn. Fatimah Syarha Mohd Noordin, penulis yang aku kagumi ini..Ada 3 kategori daie (pendakwah). 1. Daie ilaiya 2. Daie ilaina 3.Daie ilaillah. Daie ilaiya mengajak manusia kepada individu, daie ilaina mengajak manusia kepada kumpulan, dan daie ilallah mengajak manusia kembali kepada Allah. Maka jadilah daie ilallah, bukannya daie ilaiya atau daie ilaina...Tanayalah diri, kita berada dalam kategori mana??
Just nak share sebuah kisah..nama-nama telah diolah. Moga same-same dapat ambil pengajaran, insya-Allah..
Selepas menamatkan pengajian di sekolah menengah, Asyura menyambung pengajiannya di matrikulasi. Di matrik tersebut, Asyura sering bersolat jemaah di surau di bloknya. Dari situlah dia mengenali Fira, Azizah, Nur, Siti, Azimah, Ida...Kemudiah apabila pergi ke masjid untuk menunaikan solat Maghrib dan Isyak, dia mengenali pula Liza, Mariam, Linda, Zainab dan Humaira’..Persahabatan antara mereka menjadi bertambah erat..dan terus berkembang dengan mengenali sahabat-sahabat lain..Sebulan persahabatan mereka, telah terasa manisnya ukhuwwah antara mereka..Asyura merasakan sendiri apa yang dikatakan “Ukhuwwah fillah”. Ukhuwwah yang dibina dalam keadaan sama-sama ingin mencari redha Allah..sama-sama saling berlumba-lumba ke arah kebaikan..Apabila test diadakan pada pukul 9 malam, masih sempat lagi solat berjemaah di masjid walaupun agak lewat masuk waktu Isyak. Pernah satu ketika selepas balik test, Asyura belum lagi menunaikan solat Isyak. Asyura tidak bersolat Isyak terlebih dahulu kerana bimbang sampai terlalu lewat ke tempat test diadakan. Disebabkan sudah biasa bersolat Isyak awal, Asyura hampir telupa yang dia belum lagi menunaikan solat Isyak. Ketika pergi ke bilik air, Asyura terpandang Nur yang turut sama ingin ke bilik air. Sebaik sahaja terpandang wajah Nur, Asyura terus teringat yang dia masih lagi belum solat Isyak. Subhanallah!!
Sahabat-sahabatnya, Fira, Azizah, Nur, Azimah, Linda..semuanya memakai tudung ketika ingin keluar dari bilik, sama ada pergi ke surau, bilik kawan mahupun ke bilik air, walaupun blok tersebut hanyalah dihuni oleh pelajar perempuan. Perkara tersebut membuatkan Asyura hairan dan terfikir..lama-kelamaan Asyura mula memahami bahawa mereka memakai tudung kerana ingin menjaga aurat mereka daripada perempuan non-Muslim..Boleh rujuk Surah An-Nur (24) ayat ke-31. Walaupun agak kekok, lama-kelamaan Asyura kuatkan diri dan belajar untuk memakainya sedikit-sedkit. Dan alhamdulillah Asyura dapat istiqamah..
Jika terdapat program yang wajib dihadiri oleh pelajar-pelajar, kebiasaannya Asyura dan sahabat-sahabatnya akan pergi bersama-sama. Kebanyakan sahabat-sahabatnya suka duduk di barisan hadapan. Walaupun Asyura tidak suka duduk di depan, tapi dia tetap mengikut sahabat-sahabatnya. Kebetulan Asyura sama kuliah dengan Azizah. Lama-kelamaan Asyura menjadi suka untuk duduk di barisan hadapan apabila menuntut ilmu..
Ketika program yang wajib dihadiri sempena Hari Kemerdekaan, Asyura dan sahabat-sahabatnya duduk di barisan belakang memandangkan lambat masuk kerana menunaikan solat Isyak terlebih dahulu. Asyura duduk berdekatan dengan Nur dan Azimah. Dalam program tersebut dipersembahkan sebuah drama yang dilakonkan oleh pelajar-pelajar. Asyura dan Azimah melihat Nur keluar apabila ada adegan yang agak melaghokan. Kemudian Nur masuk semula. Apabila ada lagi adegan melaghokan tersebut, Nur keluar lagi dan masuk semula. Dua tiga kali Nur keluar masuk...dan akhirnya Nur memberitahu Asyura dan Azimah bahawa dia nak balik ke asrama. Peristiwa tersebut menyedarkan Asyura bahawa melihat dan berada di dalam majlis tersebut adalah malaghokan dan petut dijauhi..walaupun dianggap biasa bagi kebanyakan orang.
Apabila hampir minggu final exam, Asyura melihat Fira, Azizah dan Nur sibuk menghafal ayat-ayat suci Al-Quran setiap kali selepas solat. Keadaan waktu itu seolah-olah ada pertandingan menghafaz Al-Quran. Tindakan sahabat-sahabatnya turut sama mendorong Asyura untuk turut sama menghafal ayat-ayat Al-Quran. Kemudian Asyura mendapat tahu secara tidak sengaja bahawa Azizah dan Nur ingin membeli MP4. Pada sangkaan Asyura, mereka ingin menggunakan MP4 tersebut untuk mendengar lagu-lagu nasyid. Tapi sangkaan Asyura meleset sama sekali. Tujuan utama mereka membeli MP4 tersebut adalah untuk mendengar ayat-ayat suci Al-Quran supaya memudahkan mereka untuk menghafal ayat-ayat Al-Quran. Asyura juga berazam untuk turut sama membeli MP4, walaupun bekalan duit di bank sudah tidak mencukupi memandangkan sudah akhir semester. Namun Asyura tekad untuk turut sama mengikut jejak mereka kerana bimbang luputnya keinginan tersebut apabila sudah meninggalkan matrik tersebut. Akhirnya Asyura berjaya membeli MP4 tersebut. Seperti tidak disangka, Asyura telah berjaya menghafal 1 juzuk Al-Quran. Sesuatu yang mungkin tak pernah terlintas olehnya sebelum ini. Alhamdulillah...
Kisah ini adalah sekadar beberapa contoh..bagaimana peribadi sahabat-sahabat Asyura telah berjaya mendakwahkan Asyura secara tidak langsung. Tanpa sebarang kata, tanpa sebarang bicara..cukuplah dengan hanya sahabat-sahabat Asyura menjadi diri mereka sendiri. Namun ianya sangat berkesan...
Cukuplah setakat ini dahulu. Bukan menafikan bentuk dakwah lain, cuma ingin menghighlightkan bentuk dakwah secara akhlak yang dipandang enteng. Takut juga untuk menulis pasal ni sebenarnya, kerana aku sedar aku juga terlalu banyak kelemahan. ..terlalu banyak kekurangan. Tetapi kebenaran tetap perlu disampaikan..Mudah-mudahan dengan menulisnya, secara tidak langsung dapat mengingatkan diriku dan sahabat-sahabat semua..
Marilah kita bersama-sama muhasabah..menilai kembali diri kita..apakah kita telah menunjukkan akhlak Islam sebenar? Adakah kita sedar apa yang kita lakukan selama ini? Adakah dakwah kita lebih banyak mengingatkan orang lain kepada Allah berbanding menceritakan keburukan pihak lain?
Segala yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari kelemahan diriku sendiri. Ingin kutegaskan kembali...bahawa akulah orang pertama posting ini ditujukan. Mudah-mudahan ianya dapat menjadi suntikan buatku untuk memperbaiki diriku..dan juga sahabat-sahabat semua. Betulkan aku jika aku salah, dan ingatkan aku jika aku terleka. Buka hati, buka minda..moga ada sesuatu manfaat yang diperoleh. Insya-Allah..
“ADAKAH AKU BENAR-BENAR TELAH MENJADI HAMBA-NYA”? Renung-renungkanlah..
Adakah aku benar-benar menjadi hamba-Nya??
SEMANGAT!!

BANGUNLAH WAHAI SYABAB!! ENGKAU HARAPAN UMMAH..AYUH!!
* sekadar ingin menaikkan semangat diri yang hilang walaupun dah hampir 4 minggu masuk sem baru..kene semangat!! moga sahabat-sahabat juga akan terus bersemangat menghadapi hari-hari yang mendatang..
Sedih...
Sedih?? Nape?? Tengah de problem ke??
Problem?? em, sume orang ade problem. kalau tak de problem bukan hidup la namamya.
Abis tu..ape yang disedihkan??
Em, x tau nak kate. Sedih bile bukak facebook, tengok gambar kawan-kawan lame..kawan sekolah, kawan matrik..tambah-tambah lagi orang yang pernah rapat dengan kite. Lagi rase sedih..
Ala..biase la tu. Dah masuk U. Semua orang berubah..sedangkan pantai boleh berubah, inikan pulak manusia..
Memang la semua orang boleh berubah..dah namenya manusia. kalau berubah ke arah kebaikan, alhamdulillah..gembira sangat. Rasa syukur. buat ape nak sedih.tapi..
Berlaku sebaliknya bukan?
Yup..tepat sekali.
Don't judge the book by it's cover.
Betul tu..tapi kalau nak pilih buah pun kena tengok luar dulu kan..
Bersangka baiklah..sifat iman ada naik, ada turunnya. Kite tak tau ape yang berlaku pada mereka kan. Mungkin mereka ditimpa dugaan yang hebat, berperang dengan diri sendiri. Faktor persekitaran yang tak membantu, kawan-kawan..Sedangkan dalaman mereka sangat inginkan kebaikan..mereka mengharapkan ade seseorang yang membimbing mereka..
Betul jugak tu..kita terlalu cepat sangat menghukum.
Yup. Kita tak selami dulu hati mereka..setiap orang ada fitrah inginkan kebaikan. Sejahat mana pun mereka...pasti ada terselit dalam hati mereka ingin melakukan kebaikan.Bersyukurlah kerana Allah masih berikan hidayah..kita menjadi diri kita sekarang bukan kerana kita, tapi kerana hidayah-Nya. Tanpa hidayah-Nya, kita tak tau di mana tahap kita sekarang.
Ya, kalau diingat-ingat balik, rasa kerdil sungguh diri..memang Allah yang berkuasa memberi hidayah-Nya..
Yang lebih penting, peliharalah hidayah tu..takutlah jika Allah tarik balik hidayah-Nya..
Na'uzubilahimin zalik..minta dijauhkan.
Tolong la kawan-kawan lain..
Nak tolong macam mane??
Binalah ikatan persahabatan kembali dengan mereka..terutamanya kawan-kawan yang pernah rapat. Berdakwahlah secara halus..contohnya bagi mesej yang Islamik ke..ingatkan mereka. Tak pe lah kalau tak de perubahan lagi ke. Lambat laun, insya-Allah satu hari nanti die akan terfikir tentang tu..Hidayah di tangan Allah, bukan kerja kita. Sedangkan Rasulullah s.a.w. sendiri tidak dapat memberi hidayah (mengislamkan) Abu Thalib..
Doakanlah juga mereka..
Ye..betul. Sedih je pun tak guna.
Itu hak mereka dalam bersahabat..tunaikanlah hak mereka.
Hak? aku terlepas pandang selama ni. terima kasih ye ingatkan.
Dah la tu. Gi masuk tidur. Dah lewat sangat dah ni.
A'ah..sampai sakit-sakit kepala dah ni..
(Aku pun menghabiskan ayat-ayat terakhirku sebelum menutup laptop..)
* Monolog yang tidak terucap..hanya bermain-main di sudut hatiku..
Hati..
Nah, ambil la benda ni.
Apa ni?
Ini adalah hati. Hati aku.
Hati kau? Hmm.. kenapa kau sudi kasi kat aku?
Sebab kau dah jadik sebahagian dari aku. Kau lebih dari seorang kawan.
Terima kasih... . ianya bererti. Aku terlalu menghargainya.
Oh ye ke... tapi maaf.
Untuk apa?
Sebab, hati tu aku tak beri sepenuhnya.Cuma sebahagian saja...
Maksud kau?
Aku pernah beri hati aku kat orang lain juga.
Dan aku tak pernah beri kesemuanya.
Aku takut aku tiada hati untuk diri aku sendiri.
Mungkin aku takut, hati itu tidak akan dijaga dengan sebaik-baiknya.
Ianya bukan seperti barangan lain seperti duit, permata dan sebagainya.
Hati ini penuh mistik, ada keajaiban yang tersendiri.
Mistik? Kelakar bunyinya...
Mungkin kelakar. Tapi itu realitinya.
Ia juga berubah mengikut rentak hidup engkau.
Rentak perasaan orang yang aku beri. Jika dia
betul-betul ikhlas, hati ini akan indah dan bersinar.
Tapi, jika dia mempersia-siakannya , hati ini akan malap.
Mungkin akan terus mati untuknya.
Ianya bukan satu benda yang percuma.
Hati ini diberi hanya kepada insan
yang terpilih sahaja.Insan yang istimewa.
Dan kau adalah salah seorang daripada mereka,
kerana naluri aku terlalu percayakan kau.
Aku insan terpilih?
Ya, kau yang terpilih. Hati ini sering bertukar-tukar
mengikut perasaan orang yang diberikan.
Ianya terlalu sensitif. Tapi ianya cukup kebal dan kental
pada musuh aku. "Musuh", mungkin terlalu kejam untuk aku
memperkatakan perihal mereka ini. Ianya tak berubah-berubah
seperti yang terjadi jika hati ini diberi pada orang yang istimewa.
Hati aku hanya tinggal sebahagian sahaja.
Ada orang yang tidak pernah memulangkannya,
walaupun aku hanya pinjamkan sekejap.
Ada yang pulangkan dengan penuh kelukaan.
Ada yang sudi berikan sebahagiaan hatinya pula
sebagai ganti. Dan jika kau nak tahu,
setiap hati manusia ada nilai yang tersendiri.
Setiapnya terlalu mistik!
Cuma satu saja yang kau tak mengerti.
Sekali hati itu terluka, kadangkala sukar nak
mengubatinya. Adakalanya, mengambil masa yang
lama untuk itu. Ibarat tangan yang terluka,
walaupun lukanya telah sembuh, tapi parutnya
masih ada. Dan bila tiba sesuatu yang tidak
diingini, mungkin pemilik hati itu akan menyendiri
buat seketika...sehingga hatinya pulih seperti
sediakala. Hati yang diberi ini bukan untuk suka-suka.
Ianya lahir atas satu kepercayaan. Dari situ, wujudlah
kasih sayang. Jika hilang rasa percaya itu,
maka sukarlah untuk hati itu kembali indah.
Di Malam Itu
10:08 AM |

DI MALAM ITU
Di malam itu
Hatiku memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi
Kerna dengan sifat Ar-Rahimnya
Kutemui jawapan pada persoalan
Persoalan yang sering bermain-main di fikiranku
Persoalan yang telah lama
Membelenggu hatiku dan fikiranku
Hatiku merintih
Jiwaku menangis
Merintih tanpa tangisan
Menangis tanpa air mata
Aku lelah..lelah sekali
Terasa tak berdaya
Menanggung gejolak rasa
Tiada siapa yang bisa mengerti
Tiada yang benar-benar memahami
Pada-Nya kuadu segala..
Terasa ringan beban yang kurasa..
Syukur Ya Allah..
Kau telah membuka jalan kepadaku..
Doa-doa selama ini terasa sedang dimakbulkan..
Zalimnya aku Ya Allah..
Kerana tidak berbaik sangka pada-Mu
Ampunilah...ampunilah...ampunilah...
Di atas sikap tergesa-gesaku....
Aku hampir-hampir putus asa..
Keliru...buntu...semuanya diadun menjadi satu
Namun, tanpa jemu...
Kau masih mencampakkan hidayah-Mu dalam hatiku...
Terima kasih pada insan-insan
Yang telah membantuku untuk lebih memahami agama-Mu
Namun kupercaya
Hakikatnya adalah dari-Mu jua...
Ya Allah,
Aku sedar terlalu banyak kelemahan diriku ini
Andainya dosa itu berbau dan dapat dilihat
Pasti tiada siapa lagi yang berani mendekat
Namun dalam kekurangan ini
Engkau masih memberi peluang kepada-Ku
Memberi hidayah-Mu pada-Ku
Untuk kembali pada-MU..
Bantulah aku untuk kembali pada-MU
Untuk mendekat pada-Mu..
Aku teramat rindu..
Rindu kepada-Mu..
Namun seringkali kurasakan aku tidak kuat
Tidak kuat untuk melangkah
Tidak kuat untuk bermujahadah
Kuatkanlah hamba-Mu yang lemah ini..
Namun kubersyukur kerna Kau masih memberiku peluang
Peluang untuk merasai betapa siksanya
Betapa rindunya..
Apabila jauh dari-Mu..
Jangan biarkan aku semakin jauh Ya Allah..
Jangan biarkan aku tersesat
Sesat dalam pencarian
Biarlah diri ini hina pada pandangan manusia
Biarlah diri ini dirasakan tidak berguna
Namun hakikatnya..
Engkau lebih mengetahui..
Ikhlaskan aku
Untuk meninggalkan sesuatu
Kerana mengharapkan redha-Mu..
Bukan lagi kerana pandangan manusia
Yang menipu daya...
Ya Allah..
Kuatkan aku
Untuk terus mencari..mencari..dan mencari-Mu
Pandulah aku ke jalan yang benar
Jalan yang diredhai oleh-Mu
Moga di hujung perjalanan itu nanti
Kutemui jawapan
Yang kudambakan
Amin Ya Rabbal ‘Alamin..


