RSS

Adakah aku benar-benar menjadi hamba-Nya??




Bismillaa hirrahmaa nirrahiiim...
Awalan kalam, syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana masih lagi diberikan ruang dan peluang untuk masih lagi bernafas di dunia-Nya. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. yang dengan berkat baginda, kita masih lagi berada dalam keadaan Islam dan Iman. Alhamdulillah....

Posting kali ini kutujukan khas buat diriku terlebih dahulu...diriku, diriku, dan diriku...sebelum ditujukan kepada sahabat-sahabat dan pembaca-pembaca sekalian.

“ADAKAH AKU BENAR-BENAR TELAH MENJADI HAMBA-NYA”?
Satu persoalan yang sama-sama perlu kita fikirkan. Cuba bayangkan kita menjadi hamba pada zaman dahulu....kita dikerah melakukan pelbagai kerja: mengangkat air, membasuh baju, memasak..melakukan kerja-kerja berat..zaman dulu pulak bukan macam zaman sekarang. Tak de washing machine, tak de paip, tak de kenderaan, tak de jalan raya..pastu buat kerja berat-berat, penat-penat...tak diberi gaji pulak, seperti orang gaji sekarang...hanya diberi makan dan tempat tinggal. Hidup kita jugak terikat kepada tuan..tidak boleh pergi ke mana-mana sesuka-suki. Kene ikut je cakap tuan..apa yang disuruh semua kene buat (kecuali kalau disuruh melanggar perintah Allah). Kalau membantah, alamatnya dirotan atau ditamparlah jawabnya..oh siksanya menjadi hamba!!

Itu dalam konteks menjadi hamba kepada manusia. Tapi bagaimana pulak kita selaku hamba Allah? Macam tu jugak ke? Boleh ke kalau kita nak mintak apa-apa yang kita inginkan daripada Allah? Mintak jadi kaya: ada rumah besar, kereta besar, gaji besar...jadi pandai, naik pangkat, murah rezeki, ada kerjaya tetap dan glamour..pendek kata hajat yang bersifat keduniaan la. Boleh tak? Allah marah tak?

Allah berfirman dalam Surah Ghafir, ayat 60 (40:60):

Dan Tuhan-Mu berfirman, “Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong tidak mau menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina”.

Allah tak pernah marah jika kita mintak sesuatu kepada-Nya..malah Allah lebih suka jika kita memohon kepada-Nya..walaupun seringkali kita mintak perkara yang bersifat keduniaan. Jarang sangat kita mintak perkara yang bersifat keakhiratan.Allah sangat suka orang yang memohon kepada-Nya, merintih kepada-Nya..membuktikan kita sebagai manusia sangat lemah, terlalu lemah...kita memerlukan Allah lebih dari kita memerlukan udara untuk hidup..

Katakanlah kita ada seorang jiran (mestilah ada kan). Kita selalu bagi makanan yang sedap-sedap pada jiran kita, hari-hari kita bagi..tapi jiran kita tak pernah pun ucapkan terima kasih, malah selalu sakiti hati kita..selalu buat perkara yang kita tak suka..selalu lupakan kita..buat jamuan tapi tak pernah pun ajak kita sekali...apa perasaan kita? Tentu kecewa bukan...comfirm lepas tu kita cam malas je nak bagi makanan yang sedap-sedap kat jiran kita tu..tapi Allah masih lagi memberi rezeki kepada kita sehari-hari...Walaupun kita sering melupakan Allah, sering mengabaikan hak-hak Allah, sering melanggar perintah Allah, tidak mengerjakan suruhan Allah...betapa Maha Pemurahnya Allah...malah jarang sekali kita bersyukur kepada-Nya..

Malu rasanya mengaku sebagai hamba Allah bukan? Walaupun itulah hakikatnya.. “Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku” (Surah Az-Zariyat, 51: 56).
Allah memerintahkan supaya malakukan perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya bukanlah untuk Allah, tapi untuk kita sendiri dan untuk masyarakat...contohnya seperti solat. Kalau kita tak solat pun, Allah tak rugi apa-apa...tidak memberi kesan pada Allah..tapi kalau kita buat, kita yang akan dapat manfaat..cegah kita dari buat perkara mungkar, hati tenteram, jiwa lapang...their benefits come to us..berbeza dengan para nabi. Nabi Muhammad beribadah sehingga bengkak-bengkak kakinya sebagai tanda syukur baginda kepada Allah.

Lebih malu lagi untuk mangaku sebagai pendakwah, pejuang, penolong agama Allah..kita bukanlah memperuntukkan seluruh umur, harta, masa dan tenaga kita untuk menyebarkan Islam...seperti yang berlaku pada zaman para nabi. Berapa ramai orang kita dah dakwah? Berapa ramai orang yang berubah ke arah yang lebih baik atas asbab kita? Berapa ramai orang yang lebih dekat dengan Allah apabila kita berdakwah? Jangan pandang berjayanya dakwah hanya apabila kita buat gerak kerja, berjaya anjurkan program-program besar, ramai orang yang ikut program, bagi ceramah, bagi tazkirah,and so on...sedangkan kita terlupa dakwah Nabi Muhammad yang paling berkesan adalah melalui AKHLAK. Ramai orang masuk Islam tanpa keluar perkataan “Masuklah Islam” daripada mulut Rasulullah..tapi cukuplah dengan melihat akhlak Nabi yang seperti kata Aishah r.a. “Akhlak Nabi ibarat Al-Quran”. Berdakwah melalui akhlak lebih telus sifatnya..jika melalui percakapan, apa yang nak disampaikan mungkin dihijab untuk sampai kepada orang yang mendengar (mad’u) kerana dosa daie sendiri yang menghijab ilmu tersebut sampai..dan lazimnya, orang lebih mempercayai apa yang dilihat daripada apa yang didengar..

Teringat kata-kata Pn. Fatimah Syarha Mohd Noordin, penulis yang aku kagumi ini..Ada 3 kategori daie (pendakwah). 1. Daie ilaiya 2. Daie ilaina 3.Daie ilaillah. Daie ilaiya mengajak manusia kepada individu, daie ilaina mengajak manusia kepada kumpulan, dan daie ilallah mengajak manusia kembali kepada Allah. Maka jadilah daie ilallah, bukannya daie ilaiya atau daie ilaina...Tanayalah diri, kita berada dalam kategori mana??

Just nak share sebuah kisah..nama-nama telah diolah. Moga same-same dapat ambil pengajaran, insya-Allah..

Selepas menamatkan pengajian di sekolah menengah, Asyura menyambung pengajiannya di matrikulasi. Di matrik tersebut, Asyura sering bersolat jemaah di surau di bloknya. Dari situlah dia mengenali Fira, Azizah, Nur, Siti, Azimah, Ida...Kemudiah apabila pergi ke masjid untuk menunaikan solat Maghrib dan Isyak, dia mengenali pula Liza, Mariam, Linda, Zainab dan Humaira’..Persahabatan antara mereka menjadi bertambah erat..dan terus berkembang dengan mengenali sahabat-sahabat lain..Sebulan persahabatan mereka, telah terasa manisnya ukhuwwah antara mereka..Asyura merasakan sendiri apa yang dikatakan “Ukhuwwah fillah”. Ukhuwwah yang dibina dalam keadaan sama-sama ingin mencari redha Allah..sama-sama saling berlumba-lumba ke arah kebaikan..Apabila test diadakan pada pukul 9 malam, masih sempat lagi solat berjemaah di masjid walaupun agak lewat masuk waktu Isyak. Pernah satu ketika selepas balik test, Asyura belum lagi menunaikan solat Isyak. Asyura tidak bersolat Isyak terlebih dahulu kerana bimbang sampai terlalu lewat ke tempat test diadakan. Disebabkan sudah biasa bersolat Isyak awal, Asyura hampir telupa yang dia belum lagi menunaikan solat Isyak. Ketika pergi ke bilik air, Asyura terpandang Nur yang turut sama ingin ke bilik air. Sebaik sahaja terpandang wajah Nur, Asyura terus teringat yang dia masih lagi belum solat Isyak. Subhanallah!!

Sahabat-sahabatnya, Fira, Azizah, Nur, Azimah, Linda..semuanya memakai tudung ketika ingin keluar dari bilik, sama ada pergi ke surau, bilik kawan mahupun ke bilik air, walaupun blok tersebut hanyalah dihuni oleh pelajar perempuan. Perkara tersebut membuatkan Asyura hairan dan terfikir..lama-kelamaan Asyura mula memahami bahawa mereka memakai tudung kerana ingin menjaga aurat mereka daripada perempuan non-Muslim..Boleh rujuk Surah An-Nur (24) ayat ke-31. Walaupun agak kekok, lama-kelamaan Asyura kuatkan diri dan belajar untuk memakainya sedikit-sedkit. Dan alhamdulillah Asyura dapat istiqamah..

Jika terdapat program yang wajib dihadiri oleh pelajar-pelajar, kebiasaannya Asyura dan sahabat-sahabatnya akan pergi bersama-sama. Kebanyakan sahabat-sahabatnya suka duduk di barisan hadapan. Walaupun Asyura tidak suka duduk di depan, tapi dia tetap mengikut sahabat-sahabatnya. Kebetulan Asyura sama kuliah dengan Azizah. Lama-kelamaan Asyura menjadi suka untuk duduk di barisan hadapan apabila menuntut ilmu..

Ketika program yang wajib dihadiri sempena Hari Kemerdekaan, Asyura dan sahabat-sahabatnya duduk di barisan belakang memandangkan lambat masuk kerana menunaikan solat Isyak terlebih dahulu. Asyura duduk berdekatan dengan Nur dan Azimah. Dalam program tersebut dipersembahkan sebuah drama yang dilakonkan oleh pelajar-pelajar. Asyura dan Azimah melihat Nur keluar apabila ada adegan yang agak melaghokan. Kemudian Nur masuk semula. Apabila ada lagi adegan melaghokan tersebut, Nur keluar lagi dan masuk semula. Dua tiga kali Nur keluar masuk...dan akhirnya Nur memberitahu Asyura dan Azimah bahawa dia nak balik ke asrama. Peristiwa tersebut menyedarkan Asyura bahawa melihat dan berada di dalam majlis tersebut adalah malaghokan dan petut dijauhi..walaupun dianggap biasa bagi kebanyakan orang.

Apabila hampir minggu final exam, Asyura melihat Fira, Azizah dan Nur sibuk menghafal ayat-ayat suci Al-Quran setiap kali selepas solat. Keadaan waktu itu seolah-olah ada pertandingan menghafaz Al-Quran. Tindakan sahabat-sahabatnya turut sama mendorong Asyura untuk turut sama menghafal ayat-ayat Al-Quran. Kemudian Asyura mendapat tahu secara tidak sengaja bahawa Azizah dan Nur ingin membeli MP4. Pada sangkaan Asyura, mereka ingin menggunakan MP4 tersebut untuk mendengar lagu-lagu nasyid. Tapi sangkaan Asyura meleset sama sekali. Tujuan utama mereka membeli MP4 tersebut adalah untuk mendengar ayat-ayat suci Al-Quran supaya memudahkan mereka untuk menghafal ayat-ayat Al-Quran. Asyura juga berazam untuk turut sama membeli MP4, walaupun bekalan duit di bank sudah tidak mencukupi memandangkan sudah akhir semester. Namun Asyura tekad untuk turut sama mengikut jejak mereka kerana bimbang luputnya keinginan tersebut apabila sudah meninggalkan matrik tersebut. Akhirnya Asyura berjaya membeli MP4 tersebut. Seperti tidak disangka, Asyura telah berjaya menghafal 1 juzuk Al-Quran. Sesuatu yang mungkin tak pernah terlintas olehnya sebelum ini. Alhamdulillah...


Kisah ini adalah sekadar beberapa contoh..bagaimana peribadi sahabat-sahabat Asyura telah berjaya mendakwahkan Asyura secara tidak langsung. Tanpa sebarang kata, tanpa sebarang bicara..cukuplah dengan hanya sahabat-sahabat Asyura menjadi diri mereka sendiri. Namun ianya sangat berkesan...

Cukuplah setakat ini dahulu. Bukan menafikan bentuk dakwah lain, cuma ingin menghighlightkan bentuk dakwah secara akhlak yang dipandang enteng. Takut juga untuk menulis pasal ni sebenarnya, kerana aku sedar aku juga terlalu banyak kelemahan. ..terlalu banyak kekurangan. Tetapi kebenaran tetap perlu disampaikan..Mudah-mudahan dengan menulisnya, secara tidak langsung dapat mengingatkan diriku dan sahabat-sahabat semua..

Marilah kita bersama-sama muhasabah..menilai kembali diri kita..apakah kita telah menunjukkan akhlak Islam sebenar? Adakah kita sedar apa yang kita lakukan selama ini? Adakah dakwah kita lebih banyak mengingatkan orang lain kepada Allah berbanding menceritakan keburukan pihak lain?

Segala yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari kelemahan diriku sendiri. Ingin kutegaskan kembali...bahawa akulah orang pertama posting ini ditujukan. Mudah-mudahan ianya dapat menjadi suntikan buatku untuk memperbaiki diriku..dan juga sahabat-sahabat semua. Betulkan aku jika aku salah, dan ingatkan aku jika aku terleka. Buka hati, buka minda..moga ada sesuatu manfaat yang diperoleh. Insya-Allah..

“ADAKAH AKU BENAR-BENAR TELAH MENJADI HAMBA-NYA”? Renung-renungkanlah..

0 comments:

Post a Comment