RSS

Nikmat Yang Tersirat



Seorang pemuda yang sedang berada di tahun akhir pengajiannya mengharapkan sebuah kereta sport daripada ayahnya...lantas, si pemuda memberitahu hajatnya kepada ayahnya, seorang hartawan yang ternama...si ayah hanya tersenyum...si anak bertambah yakin, andai keputusan peperiksaannya begitu cemerlang, pasti kereta itu akan menjadi miliknya..

Beberapa bulan berlalu...ternyata si anak, dengan berkat kesungguhannya..telah beroleh kejayaan yang cukup cemerlang..hatinya berbunga keriangan...satu hari...si ayah memanggil si anak ke bilik bacaannya..si ayah memuji anaknya...sambil menyatakan betapa bangga hati seorang bapa sepertinya dgn kejayaan si anak yang cukup cemerlang...si anak tersenyum puas...di ruang matanya terbayang kilauan kereta sport merah yang selama ini menjadi idamannya itu...si ayah yang bagaikan mengerti kehendak si anak, menghulurkan sebuah kotak yang berbungkus rapi dan cantik...si anak terkesima...sungguh...bukan itu yg kuhajatkan...dengan hati yang berat...kotak itu bertukar tangan...matanya terarah kepada riak wajah ayahnya...yg tidak menunjukkan sebarang perubahan; seolah2 tidak dapat membaca tanda tanya yang bersarang di hatinya.... dalam pada itu, si anak masih membuka pembalut yang membungkus kotak itu...penutup kotak dibuka...apa makna semua ini???..sebuah Al-Quran kecil; comel dgn cover kulit..tinta emas menghiasi tulisan khat di muka hadapan...si anak memandang ayahnya...terasa dirinya dipermainkan...amarahnya membuak...nafsu mudanya bergelojak...ayah sengaja mempermainkan saya...ayah bukannya x tahu betapa saya menyukai kereta tu...bukannya ayah x mampu utk membelikannya...sudah ayah...bukan al-Quran ni yang saya nak...katanya keras...al-quran itu dihempaskan ke atas meja bacaan...si anak terus meninggalkan si ayah..tanpa memberi walau sepicing untuk si ayah bersuara...pakaiannya disumbatkan ke dalam beg..lantas, dia meninggalkan banglo mewah ayahnya...memulakan kehidupan baru dengan sekeping ijazah yg dimilikinya....

10 tahun berlalu..si anak kini merupakan seorang yang berharta...punyai syarikat sendiri...dengan isteri yang cantik dan anak-anak yang sihat...cukup membahagiakan...namun hatinya tersentuh...sudah 10 tahun..sejak peristiwa itu dia tidak pernah menjenguk ayahnya...sedang dia berkira-kira sendiri...telefonnya berdering...dari peguam ayahnya...ayahnya meninggal dunia semalam...dengan mewariskan semua hartanya kepada si anak...si anak diminta pulang untuk menyelesaikan segala yang berkaitan perwarisan harta...dan buat pertama kalinya setelah dia bergelar bapa...si anak pulang ke banglo ayahnya...memerhatikan banglo yang menyimpan 1001 nostalgia dalam hidupnya...hatinya sebak..bertambah sebak apabila mendapati di atas meja di bilik bacaannya...al-quran yang di hempaskannya masih lagi setia berada di situ...bagaikan setianya hati ayahnya mengharapkan kepulangannya selama ini...perlahan-lahan langkahnya menuju ke situ...mengambil al-quran itu..membelek-beleknya dengan penuh keharuan...tiba-tiba...jatuh sesuatu dari al-quran itu...segugus kunci...di muka belakang al-quran itu...sebuah sampul surat ternyata diselotepkan disitu...kunci itu segera dipungut...hatinya tertanya-tanya...nyata sekali...di dalam sampul surat itu...terdapat resit pembelian kereta idamannya...dibeli pada hari konvokesyennya...dengan bayaran yang telah dilunaskan oleh si ayah... sepucuk warkah..tulisan tangan orang yang amat dikenalinya selama ini..hadiah teristimewa utk putera kesayanganku....air mata si anak menitis deras...hatinya bagai ditusuk sembilu..penyesalan mula bertandang...namun semuanya sudah terlambat...

sekadar renungan bersama: berapa banyak kita melupakan nikmat Allah, hanya semata-mata kerana nikmat itu tidak "dibungkus", didatangkan atau diberi dalam keadaan yg kita hajati?? aku bukannya yang terbaik untuk memberi nasihat...sekadar berkongsi ilmu..untuk saling mengingati termasuklah diri sendiri...wassalam.

Read Users' Comments (0)

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan..



“Yea, yea! Esok raya!”
“Boleh dapat banyak duit. Kalau di kampung, lagi banyak dapat duit raya”

Itu dahulu. Ketika masih zaman kanak-kanak. Hari raya ditunggu, dan kemeriahan Syawal lebih dirasai berbanding Ramadhan. Apabila menginjak dewasa, suasana sudah berubah. Menyambut Ramadhan lebih dirasai keseronokannya berbanding Syawal.

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla Berfirman: “Melainkan puasa, kerana ianya untukKu dan Aku sendiri yang akan membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanan keranaKu”. Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan: Kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi disisi Allah daripada bau Misk. (minyak wangi kasturi).
(Al-Bukhari dan Muslim)

Dua hari lagi harinya bakal tiba. Terasa pantas benar masa berlalu. Tiba-tiba hati dipuput sayu. Sayu mengenangkan kurangnya persediaan menghadapi Ramadahan kali ini. Buktinya, seakan tidak terasa Ramadhan yang bakal tiba.

Masjid yang dikunjungi hanya dipenuhi seperempat saf hadapan. Lebih kurang daripada biasa. Terasa hairan juga. Biasanya jika hampir bulan Ramadhan, orang akan lebih ramai datang ke masjid. Adakah aura Ramadhan masih tidak dirasai lagi? Namun, pengajian tetap diteruskan seperti biasa. Tafsiran Surah Al-An’am, ayat 151-156. Sesekali turut dikaitkan dengan puasa dan Ramadhan. Bulan Ramadhan, digalakkan melipatgandakan ibadat. Banyakkan bersedekah dan membaca Al-Quran, melebihi daripada bulan-bulan lain. Menjelang solat Isyak, jemaah wanita memenuhi satu saf seperti biasa. Seakan sudah menjadi trend, masjid dikunjungi hanya pada bulan Ramadhan untuk menunaikan solat tarawikh, pada Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha. Benarlah masjid dilihat hanya untuk dikunjungi secara bermusim. Kemudian, masjid akan dipandang sepi. Benar, memang terdapat khilaf tentang wanita yang menghadiri masjid. Ada pendapat yang melarang, ada yang mengharuskan. Terpulanglah pada individu pendapat mana yang hendak digunakan. Asalkan ada ilmu, ada hujahnya.

Hati kembali sayu mengenangkan Ramadhan yang bakal tiba. Terasa Ramadhan yang lalu tidak digunakan sebaik-baiknya untuk meningkatkan amal ibadah. Sangkaku, tidak perlulah beramal ibadah ‘bagai nak rak’ bila menjelangnya Ramadhan, namun kembali meneruskan gaya hidup asal apabila berakhirnya Ramadhan. Lebih baik amal yang sedikit tetapi konsisten. Namun, sangkaanku meleset. Meleset sama sekali. Bulan Ramadhanlah masa yang paling baik untuk mentarbiyah diri kita meningkatkan amal kebaikan dan kebajikan. Justeru, impaknya akan dapat dilihat dan dirasai pada 11 bulan yang lain. Jika tidak ditingkatkan pada bulan Ramadhan, bagaimanakh 11 bulan yang lain dapat ditingkatkan juga amalannya? Ibarat sang pelumba lari jarak jauh. Di awal pecutannya perlu lebih ke hadapan daripada orang lain supaya dia bersemangat untuk meneruskan lariannya. Larian kita, yakni perjalanan kita mugkin jauh, mungkin sudah dekat. Ada yang berjaya menghabiskan larian, ada juga yang semput di tengah jalan. Masih sempatkah untukku menyambut Ramadhan kali ni? Masih adakah Ramadhan lagi untukku? Ya Allah, sampaikanlah aku kepada Ramadhan dan berilah kekuatan untukku menghidupkan Ramadhan..

Just nak share beberapa tips tentang pengisian Ramadhan. Moga-moga diberikan kekuatan untuk beramal, insya-Allah...

BAGAIMANA MENYAMBUT RAMADHAN MENGIKUT SUNNAH?

1. Menahan amarah lebih-lebih lagi bila ada orang cuba memulakan pergaduhan dengan kita. Rasulullah SAW mengajar jika ada orang menyakiti kita katakan: “ Sesungguhnya aku sedang berpuasa.. sesungguhnya aku sedang berpuasa.” [ Sahih al-Bukhari: 1904 {Kitab Puasa, Bab Mengatakan Aku Berpuasa Bila dicela}]

2. Menahan lidah dari mengumpat dan mengadu domba (gosip) yang bukan sahaja haram di dalam Ramadhan bahkan bulan-bulan yang lain. Sabda Nabi SAW: “Bukanlah puasa itu sekadar menahan diri daripada makan dan minum akan tetapi menahan diri daripada perkataan sia-sia dan kotor.” [riwayat al-Hakim, disahihkan al-Albani dalam Sahih al-Jami’ as-Saghir:5376]

3. Menjaga solat fardhu berjemaah

4. Solat terawikh berjemaah bagi lelaki dan perempuan. Sabda Nabi SAW: “…Sesungguhnya sesiapa yang yang bersolat (terawikh) bersama imam sehingga selesai, maka Allah Menulis baginya (ganjaran seumpama) bersolat sepanang malam.” [riwayat an-Nasai’, disahihkan al-Albani dalam Sahih Sunan an-Nasai’:1604].

5. Bersahur dan sunat melewatkannya sehingga masuk waktu Subuh. Baginda SAW bersabda: “Bersahurlah kerana di dalam sahur itu ada keberkatan.” [Sahih al-Bukhari:1923]


BAGAIMANA BERBUKA PUASA MENGIKUT SUNNAH?

1) Menyegerakan berbuka apabila masuk waktu Maghrib. Sabda Baginda SAW: “Manusia sentiasa di dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan berbuka.” [Sahih al-Bukhari:1957].

2) Berbuka puasa dengan rutab, tamar atau air. Rutab ialah buah kurma yang telah masak yang masih basah, manakala tamar ialah kurma yang kering. Dari Anas RA katanya: “Rasulullah SAW berbuka sebelum bersolat dengan beberapa biji rutab, sekiranya tiada rutab maka dengan beberapa biji tamar dan sekiranya tiada tamar, maka Baginda SAW minum beberapa teguk air.” [Riwayat Imam Ahmad dan at-Tirmizi, katanya hadis hasan. Al-Diya al-Maqdisi mensahihkannya, al-Ahadith al-Mukhtarah 4/411]

3) Menyegerakan solat Maghrib selepas berbuka dengan rutab, tamar dan air sekiranya makanan belum dihidangkan.

4) Makan dahulu sekiranya makanan telah dihidangkan. Rasulullah SAW bersabda: “Apabila telah dihidangkan makan malam, maka mulakanlah dengannya sebelum kamu menunaikan solat Maghrib dan janganlah kamu tergopoh gapah ketika makan malam kamu.” [Muttafaq ‘Alaih, lihat Sahih al-Bukhari:672]

5) Makan dengan kadar yang tidak berlebihan. Firman Allah SWT: “Makan dan minumlah kamu, dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Dia (Allah) tidak sukakan orang yang berlebih-lebihan.” [al-‘Araf 7:31]


6) Berdoa ketika berbuka. Sabda Nabi SAW: “Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu, doa yang tidak ditolak ketika dia berbuka.” [Ibn Majah di dalam Sunannya:1753. Sanadnya Hasan]. Terdapat sebuah doa’ yang diajarkan oleh Rasulullah SAW ketika berbuka puasa dan sunat mengamalkannya:

ذَهَبَ الظَّمَأُ وَابْتَلَّتِ الْعُرُوقُ وَثَبَتَ الأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللّهُ

“Telah hilanglah dahaga, telah basahlah peluh (hilang kekeringan) dan telah tetaplah pahala, Insya-Allah.” [Abu Daud di dalam Sunannya:2357, sanadnya Hasan]

7) Mendoakan orang yang menjamu kita berbuka. Anas bin Malik RA meriwayatkan: “Nabi SAW pernah datang ke (rumah) Sa’ad bin ‘Ubadah. Dia menghidangkan roti dan minyak. Baginda SAW pun makan dan bersabda:

أَفْطَرَ عِنْدَكُمْ الصَّائِمُونَ، وَأَكَلَ طَعَامَكُمُ الأَبْرَارُ، وَصَلَّتْ عَلَيْكُمُ المْلائكةُ

“Telah berbuka puasa di sisi kamu mereka yang berpuasa, telah makan makan makanan kamu orang yang baik, dan telah berselawat ke atas kamu para malaikat.”[Sunan Abu Daud:3854, ad-Diya al-Maqdisi menyatakan ia sahih di dalam al-Ahadith al-Mukhtarah 5/518]


DOA DI BULAN RAMADHAN

HARI PERTAMA: “Ya Allah, jadikanlah puasaku, puasa orang yang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku, ibadah orang yang benar-benar mengerjakan ibadah. Dan jagalah aku dari tidurnya orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku wahai Tuhan sekalian alam. Dan ampunilah aku wahai Tuhan Maha Pengampun daripada segala dosa.”

HARI KE-2: “Ya Allah, dekatkanlah aku kepada keredaan-Mu dan jauhkan aku daripada kemurkaan serta balasan-Mu. Beilah aku kemampuan membaca ayat-ayat-Mu dengan rahmat-Mu, wahai Tuhan Yang Maha Pengasih.”

HARI KE-3: “Ya Allah, limpahkan aku kepada kecerdikan fikiran dan kewaspadaan serta jauhkan aku daripada kebodohan dan kesesatan. Sediakan bahagianku daripada kebaikan yang Kau turunkan, demi kemurahan-Mu, wahai Tuhan Maha Pemurah daripada segala dermawan.”

HARI KE-4: “Ya Allah, berilah kekuatan kepadaku untuk melaksanakan perintah-Mu dan berilah aku kemanisan berzikir. Berilah aku kekuatan melahirkan kesyukuran dengan kemuliaan-Mu. Dan jagalah aku dengan jagaan dan perlindungan-Mu, wahai Tuhan Maha Melihat.”

HARI KE-5: “Ya Allah, tempatkan aku di kalangan orang yang sentiasa memohon keampunan. Jadikanlah aku hamba-Mu yang salih serta jadikanlah aku di kalangan aulia (orang yang mendapat keutamaan-Mu) yang hampir di sisi-Mu dengan kelembutan-Mu, wahai Tuhan Yang Maha Pengasih daripada segala pengasih.”

HARI KE-6: “Ya Allah, janganlah aku dihina kerana perbuatan maksiatku kepada-Mu dan janganlah menyeksaku dengan balasan-Mu. Jauhkan aku daripada sesuatu yang boleh mendatangkan kemurkaan-Mu, dengan anugerah dan bantuan-Mu, wahai Tuhan keinginan orang yang berkeinginan.”

HARI KE-7: “Ya Allah, bantulah aku untuk mengerjakan puasa dan ibadah malam. Jauhkanlah aku daripada dosa-dosa. Dan berilah aku zikir untuk mengingati-Mu secara berterusan, dengan taufik (petunjuk)-Mu. Wahai Pemberi Petunjuk kepada orang yang sesat.”

(Sumber doa: Majalah Nur, November 2004)

YA ALLAH, KUMENGHARAPKAN RAMADHAN KALI INI PENUH MAKNA
AGAR DAPAT KULALUI DENGAN SEMPURNA..

Read Users' Comments (0)

Tidak boleh bertudung labuh?



“Cik, saya nak tanya..minggu ni saya ada hantar surat ke sana. Surat tu dah sampai ke belum ye??”
“Maaf ye. Buat masa ni, kami tak ambil budak untuk buat praktical training. Kalau kami perlukan orang, nanti kami call semula ye”
“Terima kasih ye cik”

Talian diputuskan.

“Dia tak ambil orang”, jelasku pada coursemateku, Fadh.

Fadh kelihatan agak bengang. Mana tidaknya, kami berdua telah call ke kilang tersebut sebelum ini. Mintak kepastian sama ada kilang tersebut mengambil student untuk praktical training (kalau di kampusku lebih famous dengan panggilan L.I.- stand for Latihan Industri). Katanya mereka ambil budak untuk praktikal training. Surat dan resume dah dihantar ke sana. Lastly, begini jadinya. Dugaan jadi first batch. Everything must be independent. Course subject, FYP..and now, L.I...No seniors..means tak de sape yang nak dirujuk kalau ada subjek yang tak paham. L.i pun kene cari tempat sendiri..Sabar ye. Tu la cabaran namanya.

Sebenarnya, surat resume dah dihantar sejak bulan 3 lagi. But, no respons. Daripada 18 kilang (total samua kilang yang dimintak oleh coursemate termasuklah aku), hanya 5 kilang je yang dah bagi comfirmation-terima. Daripada 5 kilang tu, tak sampai 10 orang pun yang dah dapat tempat L.I. Yang lain, unknown status. And lastly, kami pun terpaksa la uruskan sendiri, memandangkan sekarang dah bulan 7 (masa dapat tau pasal ni). Nak tunggu surat pun, makan masa 2 minggu. Memang haru...

Jadi, aku pun cadangkan la pada kawan aku, Fadh ni supaya kitaorang pergi survey products kat supermarket berdekatan. Esoknya kami pergi ke sana. Habis semua product kami survey. Aku perasan ada jugak yang cam pelik tengok kami..Biar la. Makan masa nak dekat 3 jam jugak la. Sambil menyelam minum air...aku pun beli la dua tiga barang product. Lepas bayar tu, aku terpaku pada satu advertisement kat tempat cashier tu...

Guess what? Iklan jawatan kosong. Agak lama aku berdiri di situ. Macam menarik..

“Kenapa dik?”. Cashier tu pun pelik kenapa aku tak berganjak-ganjak lepas bayar.
“Ni..jawatan kosong ni. Kalau sebagai part time boleh ke?”. Aku terus bertanya. Waktu tu kawan aku pun dah ada kat sebelah aku.
“Cuba adik tanya kat bahagian belakang tu..”. Dia menunjukkan jarinya ke arah tersebut.

Di situ, ada seorang perempuan menunggu.
“Kami nak tanya pasal jawatan kosong tu.”
“Jom ikut akak naik atas. Kita bincang kat sana ye”

Kami pun mengikut akak tersebut.

Dipendekkan cerita, akak tu pun tanya jawatan apa yang kami nak mintak.

“Adik nak mintak kerja sebagai apa?”
“Cashier”. Kawanku sudah menjawab terlebih dahulu.
“Sila isi butir-butir kat dalam buku ni ye” Akak tersebut menghulurkan buku kepada kami.

Kami pun mengisi butiran yang diperlukan.

“Jadual kerjanya macam mana ye?”
“Ikut jadul adik-adik. Sem berapa sekarang?”
“Sem 7”
“Gajinya kira macam mana ye?”
“Gaji ikut jam. Sejam RM2.50”
“Waktu bila adik boleh kerja?”

Aku dan Fadh pun berbincang-bincang. Payah juga nak decide, sebab subjek elektifku tak menentu harinya. Plus, kami berdua juga risau hari nak buat FYP, hari nak buat group discussion. Unpredictable. Lastly, begini jawapan yang kami beri..

“Macam ni la akak. Kami bincang dulu boleh? Nanti kami beritahu keputusannya kepada akak ye. Akak memang tiap-tiap hari ada kat sini kan?”
“Akak memang tiap-tiap hari ada kat sini”

Tiba-tiba....akak tu fokus pada aku.

“Adik memang pakai pakaian macam ni ke? Maksud akak, memang pakai tudung labuh?”
Aku sekadar tersenyum sambil menganggukkan kepala.
“Maaf ye akak cakap ni..kalau nak kerja sini, kalau boleh tudung tu jangan labuh sangat. Paham-paham la, taukeh kat sini non-Muslim.”
“Dia memang tak bagi ke kerja kat sini pakai tudung labuh?” Aku menyoal.
“Biasa la...non-Muslim. Pakaian macam adik ni pelik sikit. Kalau ni supermarket akak, akak tak kisah pun”

Aku sekadar tersenyum kelat.

Pelik? Pelikkah? Pakaian begini dianggap pelik? Hatiku bermonolog.

“Kalau sempang?” Aku menyoal lagi.
“Kalau sempang macam akak ni tak pe la.” Dia menunjukkan tudung yang dipakainya.

Di dalan hatiku, timbul pertanyaan. Adakah akak ni paham maksud yang cuba aku sampaikan? Aku takut dia tersalah paham je. Kalau maksudnya still tudung labuh, tapi disempangkan, dibolehkan..masih boleh diterima. Tapi..kalau akak ni paham..tudung yang aku katakan, lebih pendek sedikit...macam mana? Kalau tudung labuh yang sempang dibolehkan, adakah terdapat perbezaan antara tudung labuh yang sempang dan tudung labuh yang berjahit??

“Adik marah ke? Maaf ye, akak terpaksa bagi tahu dulu sebelum ambil adik bekerja”. Pertanyaan tersebut mematikan lamunan aku.
“Taklah. Cuma sedang berfikir”. Aku menidakkan.
“Nape cam tu ye? Macam pelik je...” Aku menambah sebelum bangun untuk meninggalkan tempat tersebut.
“Terima kasih ye kak. Nanti kami call akak balik ye.”
Kami pun berlalu pergi sambil berbincang-bincang.

Perasaanku sedikit terganggu selepas perbualan tersebut. Aku tidak kisah sekiranya aku tidak diterima bekerja. Tetapi apabila syaratnya tidak boleh mamakai tudung labuh, aku mula rasa tawar hati ingin bekerja di tempat tersebut. Semacam sudah ada diskriminasi. Adakah ini dikatakan Islamophobia? Adakah semua non-Muslim begitu? Mungkinkah situasi ini juga terjadi kepada syarikat/supermarket/agensi dan lain-lain pertubuhan Islam, iaitu tidak boleh memakai tudung labuh? Sedangkan orang Islam sendiri mengatakan pelik, bagaimanakah pula persepsi non-Muslim?

Walau bagaimanapun persepsi oarang, insya-Allah aku akan cuba mempertahankan prinsipku. Biarlah dikatakan nampak kekampungan, pelik, syadid atau apa sekalipun, yang penting aku mengikut apa yang Allah suruh. Menutup aurat dengan sempurna. Dan aku akan cuba menutup aurat sesempurna yang aku mampu, insya-Allah. Cuba dapat markah 4 flat dari segi penutupan aurat. Bukankah kita membalut buku sebagai tanda kita sayangkan buku tersebut? Begitulah juga dengan diri kita..walaupun buku tidak dapat dianologikan dengan harga diri manusia.

Memang hakikatnya..Islam akan dipandang asing.

“Sesungguhnya Islam permulaan (datang) keadaan asing dan mereka akan kembali asing. Maka berbahagialah bagi mereka yang (dianggap) asing. Mereka bertanya: “Wahai Rasulullah, siapakah mereka (yang dianggap) asing ia? Baginda menjawab: “Orang-orang yang berbuat baik di kala rosaknya manusia.” (HR. Muslim)

Read Users' Comments (0)

Aku merinduinya..

" Ya Allah, aku teramat merinduinya..sampaikanlah salam rinduku kepadanya..Engkau yang Maha Mengetahui segala isi hati. Maka putuskanlah apa yang terbaik buatku..Jika rindu itu menyakitkan dan itulah yang terbaik buat diriku, maka berikanku kekuatan untuk menelan kepahitan itu..kerana kutahu itulah ubatnya..Dan jika rindu itu manis buatku, namun ianya akan meembinasakanku kelak, maka berikanku kekuatan untuk meninggalkannya. Ya Allah, jadikanlah rinduku kepadanya sebagai tanda rinduku kepada-Mu..peliharalah ukhuwwah ini Ya Rabb..kerana aku amat menyanyangi nilai persahabatn ini..."

"...Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. "

Allah knows best..

Read Users' Comments (0)

Sesungguhnya..



SESUNGGUHNYA (RAIHAN)

Sebenarnya hati ini cinta kepada-Mu
Sebenarnya diri ini rindu kepada-Mu

Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga

Sesungguhnya walau kukutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau kusiram
Dengan air hujan dari tujuh langitpun
Namun cinta takkan hadir
Namun rindu tak akan berbunga

Kucoba menghulurkan sebuah hadiah kepada-Mu
Tapi mungkin isinya tidak sempurna tiada seri
Kucuba menyiramnya agar tumbuh berbunga
Tapi mungkin kerana airnya tidak sesegar telaga kautsar

Sesungguhnya walau kukutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau kusiram
Dengan air hujan dari tujuh langitpun
Namun cinta takkan hadir
Namun rindu tak akan berbunga

Jika tidak mengharap rahmad-MU
Jika tidak menagih simpati
Pada Mu Ya Allah


Tuhan hadiahkanlah kasih-Mu kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku kepada-Mu
Moga ku tahu syukurku adalah milik-Mu

Read Users' Comments (0)