RSS

Halal ke tak ni?



“Nak pilih yang mana satu ye?” Azlina bertanya kepada Ramlah.
“Alah, pilih je la yang mane satu..ko ni, nak pilih satu barang pun lambat”. Ramlah menjawab acuh tak acuh.
“Eh, mane boleh. Kene tengok tanda Halal dulu. Baru boleh beli”. Azlina berhujah.
“La, kan semua ada tanda Halal tu…” Ramlah menjawab geram.
“A’ah la..semua ada tanda Halal” Azlina menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
Lantas, Azlina memilih salah satu biskut dari rak itu.

Mungkin situasi ini juga sering berlaku pada kita ketika ingin membeli makanan. Baik di supermarket, kedai borong, kedai runcit, hatta di kedai kecik. Kesedaran pengguna pada logo Halal telah berleluasa kini. Syukur Alhamdulillah..namun, benarkah kita benar-benar paham tentang konsep halal, makanan halal, logo Halal..dan segala-galanya yang berkaitan makanan Halal? Persoalan yang sengaja kutimbulkan pada pembaca sekalian untuk difikirkan…

Sebenarnya, telah lama aku ingin menge’post’ entry ini. Namun, kepenatanku sedikit sebanyak membantutkan rancanganku untuk menulis. Perasaanku membuak-buak ingin berkongsi ilmu yang telah kuperolehi. Moga ada faedah bersama, insya-Allah…

Pada 15-16 April 2010, aku telah menghadiri seminar halal yang telah diadakan oleh jabatanku, iaitu Jabatan Sains Makanan. Seminar ini telah dihadiri oleh pelajar Tahun Tiga dari kos Food Tech and Food Service. Seminar yang sangat baik kukira, melangkaui jangkaanku. Sangat banyak input yang kuperoleh, yang mungkin ada certain2 info yang aku tak tahu, tak terfikir, atau fahamanku selama ini yang kurang toppat. Biarpun sepanjang seminar hanya ada 2 penceramah sahaja yang bagi ceramah, namun ceramah mereka sangat bertenaga dan berkesan!!

Biarlah kuperkenalkan 2 orang penceramah ni. Salah seorangnya adalah Food Technologist. Untuk keselamatan, biarlah kunamakan saja Pn. H. Dan seorang lagi, adalah seorang ustaz. Ustaz E. Kedua-duanya adalah antara panel Halal yang bekerja di HDC. Ape pulak HDC ni? Nama penuh bagi HDC adalah Halal Industry Development Corporation. HDC ni adalah 100% milik kerajaan, dan dikendalikan dengan kerjasama persendirian. (Alamak, rase macam tunggang terbalik pulak ayat bila di’translitkan’ ke English. Aduhai…). Untuk maklumat lanjut tentang HDC, boleh bukak laman web www.hdcglobal.com.

Sebelum pergi jauh, ade ke makanan halal ni disebutkan dalam Al-Quran? Jom kite teliti Surah Al-Baqarah, ayat 168.

“Wahai manusia! Makanlah dari (makanan) yang halal dan baik yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah setan. Sungguh, setan itu musuh yang nyata bagimu.”

Kalau tengok pada ayat ni, dalam Bahasa Arab, ade disebutkan perkataan ‘Toyyiban’ selepas perkataan ‘Halalan’. Bermakna, ‘Halalan Toyyiban’ mesti di’phrase’kan sekali. Allah tak suruh kite cari makanan Halal je, tapi kene sertakan sekali ‘makanan yang halal dan baik’. Tapi mungkin ramai yang terlepas pandang pada konsep ‘Toyyiban’ ni..

Dan, daripada hadis pulak…

From Abi ‘Abdillah al-Nu’man bin Bashir r.a. said, Rasulullah s.a.w said:
“Halal is clear and Haram is clear, in between these two are certain things that are Syubhah (doubtful). Many people may not know whether those items are Halal or Haram. Whosoever leaves them, he is innocent towards his religion and his conscience.”


Apa maksud Halal? Apa maksud Haram? Syubhah tu apa pulak? Secara mudahnya, begini..
HALAL = yang dibenarkan
HARAM = tidak dibenarkan/ dilarang
Syubhah = yang meragukan

Halal dan Haram dalam Islam dapat dibahagikan kepada:
1. Animals: Land & Aquatic (Haiwan: Darat dan air)
2. Plants (Tumbuhan)
3. Mushroom and Microorganism (Cendawan dan Mikroorganisma)
4. Natural Minerals and Chemical Elements (Mineral semulajadi dan elemen kimia)
5. Drinks (Minuman)
6. Genetically Modified Organism (GMO) (Makanan Ubah suai Genetik)
(Betul ke ‘translate’ nye ni?)


Secara konsepnya, semua haiwan darat adalah Halal dimakan, kecuali…

a. Makanan yang tidak disembelih mengikut hukum Syariah
b. Khinzir, anjing dan perkara yang ada di antara keduanya
c. Haiwan yang bergigi tajam yang digunakan untuk menerkam mangsa
Contoh: harimau, beruang, gajah, kucing, monyet dan sebagainya
d. Burung pemangsa
e. Pests (serangga atau haiwan perosak) seperti tikus, lipan, kala jengking
dan haiwan yang sama taraf dengannya
f. Haiwan yang dilarang membunuhnya di dalam Islam seperti lebah (al-nahlah),
burung belatuk (hud-hud), etc..
g. Haiwan yang dianggap menjijikkan seperti kutu, lalat, etc..

Ustaz E ada menyebut tentang konsep istihalah. Tapi Ustaz E just bagi contoh. Jadi untuk lebih memahami konsep istihalah ni, aku pun search la kat internet. Berikut adalah maksud istihalah yang aku peroleh berdasarkan soalan yang dikemukakan kepada Ustaz Muhammad Aidil Azwal Zainudin. Boleh layari http://www.mymkkk.org/efiqh/cetak_soalan.php?id=12

Istihalah: Berubah sesuatu kepada sesuatu yang lain dengan berubah hakikatnya atau sifatnya. Atau dalam kata lain: Proses tindak balas kimia yang merubah unsur daripada satu benda kepada benda yang lain. Contohnya: arak bertukar menjadi cuka.

Contoh apa yang pernah berlaku kat negara kita..ikan keli yang diberi makan najis atau bangkai. La…nape nak bagi makan najis atau bangkai pulak? Sebab..kalau bagi makan najis atau bangkai, ikan keli akan cepat besar. So, boleh tak macam tu? Boleh makan tak? Menurut Ustaz E, jika SENGAJA..maka hukumnya HARAM. Jika tak sengaja, halal…tapi kene bagi haiwan tu puasa. Kuarantin sama dia…dalam beberapa hari, bolehlah makan ikan tu. Lepas je menghadiri seminar ni, aku jadi takut untuk makan ikan keli. Dah la aku suka makan ikan keli. Ditambah bukti dari keratan akhbar yang ditunjukkan di akhir seminar tersebut, membuatkan aku fikir beberapa kali bila nak ambik ikan keli. Tapi kadang-kadang hati ini meronta-ronta nak makan ikan keli…dan bila nak ambik je ikan keli, aku pujuk hati.. “Itu kes kat negeri lain tu. Bukan kat Terenganu” . Ya, benar. Keratan akhbar tu adalah apa yang berlaku kat Perak (Ni pun masalah..dah la rumah kat sana). Memang zaman sekarang kita kene berhati-hati nak pilih makanan…

Ok, lagi satu isu. Isu yang pernah keluar jugak dalam newspaper beberapa bulan yang lepas. Berkaitan kopi yang dihasilkan dari NAJIS MUSANG. Kopi termahal di dunia..yang boleh mencecah RM114 (AS$30) secawan di hotel bertaraf lima bintang di Hong Kong. Ada jugak dipost kembali dalam blog seseorang. Boleh layari http://miecyber.blogspot.com/2010/03/kopi-dari-sisa-kumuhan-musang.html untuk keterangan lanjut tentang kopi ni. Apakah hukumnya? Menurut Ustaz E, hukumnya masih dalam perbincangan para ulama’.

Tiba-tiba terperasan ayat yang ditulis kat dalam folio yang diberi oleh HDC ni..

This material is the property oh Halal Industry Development Corporation Sdn. Bhd (HDC). The contents, or parts thereof, may no be reproduced in any form for any purpose without the written permission of the HDC.

Then, macam mana ni? Adakah aku akan meneruskan perkongsianku in? Sama-sama nantikan….

*Aku terus sahaja menyiapkan entry yang telah aku tulis separuh ni selepas diberitahu oleh Adik Ain yang perbualan kami dalam Yahoo Messenger (YM) semalam telah di’post’ nye dalam blog beliau. Alahai Ain..x sangka pulak nak letak dalam blog. X pe..yang bermanfaat, kite kongsikan..nak tau apa yang kami bualkan? Layari blog beliau: http://ainshohor.blogspot.com, bertajuk makanan oh makanan.

Read Users' Comments (4)

Dia jua pergi meninggalkanku...


* Gambar adalah sekadar hiasan

“Dah nak pergi dah ke?” Aku bertanya padanya.
“A’ah..nak pergi dah. Pergi dulu ye. Jangan lupa bayar bil api dan air”. Sempat lagi dia berpesan padaku di muka pintu.

Akhirnya, dia jua pergi meninggalkanku…

Begitulah perbualan terakhir antara aku dan Artiqah Said (Tq). Tq adalah ahli rumah yang terakhir meninggalkanku. Sejenak, aku terasa sunyi. Ibarat diriku juga dibawa pergi. Mujurlah Khairina (Kai) masih lagi menemaniku di sini. Jika tidak, pasti aku dicengkam kesunyian yang maha hebat.

Walau baru tiga bulan aku menetap di sini, namun ianya sudah cukup mencipta kenangan yang bermakna buatku. Mengenali sahabat-sahabat yang berlainan perwatakan, cukup membuatkan diri ini terhibur. Mungkin, diri ini telah lama gersang mengenali makna “manisnya ukhuwwah”.

Hari ini diriku kembali menyedari satu hakikat..hakikat yang mungkin telah lama aku lupakan. Betapa hidup ini sunyi tanpa teman di sisi..tanpa sahabat yang memahami. Nikmat yang mungkin jarang kita sedari. Lazimnya kita tak begitu menghargai sahabat-sahabat kita bila dia berada di depan mata. Namun saat dia sudah pergi meninggalkan kita, barulah kita terasa kehilangannya…

Buat ahli-ahli rumah: Kak Hana, Kak Amnah, Ani, Wanah, Tq, Yati…terima kasih di atas ukhuwwah ini. Terima kasih di atas segalanya. Maafkan diri ini andainya secara sedar atau tak sedar diri ini telah menyakiti hati kalian..moga ukhuwwah kita tidak terhenti di sini sahaja, dan diredhai oleh-Nya..Amin..

*Tiba-tiba teringat kenangan bersama baby Aishah dengan Kak Zai. Gelagat makcik-makciknya..terutamanya Makcik Wanah dan Makcik Ani..rindunye…

Read Users' Comments (0)

Jom Join...


Klik untuk perbesarkan



Klik untuk perbesarkan

Program berasaskan sumber manusia anjuran Nisa' Negeri Terengganu kembali lagi. Kali terakhir diadakan ialah pada tahun 2006 di SK Sultan Sulaiman.

Dengan tema yang sama "Meh Cari Kerja", Unit Pendidikan Kerjaya meningkatkan usaha dalam menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat Terengganu dengan menambahkan usaha menggiatkan bidang keusahawanan.

Program ini akan dijalankan pada 29 Mei 2010 bertempat di Dewan Serbaguna Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Terengganu bermula 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Antara aktiviti yang bakal dijalankan ialah;

1) Temuduga terbuka
2) Pameran Agensi Anti-Dadah Kebangsaan
3) Gerai Jualan
4) Kempen Menderma Darah
5) Seminar A-Z Panduan Lengkap Membina Kerjaya
6) Ujian Personaliti
7) Daftar ELX-Online
8) Career Talk "Penulisan Sebagai Satu Kerjaya" bersama Puan Fatimah Syarha Noordin (Novelis Seindah Mawar Berduri)

* Untuk temuduga terbuka, pemohon hendaklah;
- Membawa bersama salinan resume, sijil dan dokumen berkaitan
- Berpakaian kemas dan sesuai

* Seminar terbuka kepada semua (tempat adalah terhad)

* Masa : 8.00 pagi - 1.00 tengahari
Tempat: Dewan Teater Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT)
Yuran : RM 5 sahaja
Tarikh Tutup Penyertaan : 25 Mei 2010


1. Seminar "A-Z PANDUAN LENGKAP MEMBINA KERJAYA"
Pengisian;
- Teknik membuat resume
- Kemahiran Menghadiri Temuduga
- Kaedah Berkomunikasi
- Simulasi Temuduga

2. Career Talk: "PENULISAN SEBAGAI KERJAYA" bersama Fatimah Syarha Mohd Noordin
Novelis
- Seindah Mawar Berduri
- Petua Membuat Orang Jatuh Cinta
- Syabab Musafir Kasih
- Tautan Hati
- Ko-Editor "Anakku Hebat, Anakku Soleh"
- Penulis jemputan Majalah Solusi
PEMENANG TEMPAT KETIGA SAYEMBARA NOVEL REMAJA sempena Jubli Emas Dewan Bahasa dan Pustaka 2006

Urusetia:
* Akma 013-929 1522
* Ida haryati 013-992 5813
* zuraida 019-945 4911

Laman blog;
www.nisaterengganu.blogspot.com
nisa_ganukite@yahoo.com.my
Facebook: Nisa Terengganu

Semua dijemput hadir memeriahkan karnival ini.

Read Users' Comments (0)

Cabaran bermula



“ Ko buat pasal apa?” Seseorang bertanya kepadaku.
“Gelatin” balasku ringkas.
“Oh, gelatin jugak..under Dr. Amiza ye?” tanyanya lagi.
“Tak. Bawah Miss Zuraidah. Dr. Amiza co-supervisor.” Aku membalas lagi.

Begitulah antara perbualan yang acapkali terjadi antara aku dan budak-budak Makanan yang buat Final Year Project, atau lebih famous dengan panggilan FYP di universitiku. Baik dari budak Food tech, mahupun dari budak Food Service. Hah, pe ko bondonyo pulak gelatin tu? Meh nak bagi tau….

What is gelatin?
Gelatin is a class of protein fractions that has no existence in nature, but is derived from the parent protein collagen, by procedures involving the destruction of cross-linkages between polypeptide chains of collagen along with some level of breakage of polypeptide bones. Dengan bahasa mudahnya, gelatin ni tak jadik sendiri. Kene extract dari collagen. Mane pulak nak dapat collagen ni? Pening..pening…Heh, collagen ni banyak kat skin, scales, bones and other connective tissues. Collagen ni major structural components kat both vertebrates and invertebrates.

What is the function of gelatin?
Hari-hari guna, lagi mau tanya da…banyak apply kat food industry, pharmaceutical, cosmetic and photographic applications. Why? Because of its unique functional and technological properties.

Dalam industri makanan, banyak digunakan dalam:
Confections (Cth: sweets, marshmallows) – to provide chewiness, texture, foam stabilization
Low-fat spreads – provide creaminess, fat reduction, and moutfeel
(Mouthfeel ni maksudnya kalau kite makan sesuatu makanan, rasa cam makanan tu cair dalam mulut)
Dairy products (cth: yogurt) – provide stabilization & texturization
Baked goods – provide emulsification, gelling & stabilization
Meat products- provide water binding

Dalam pharmaceutical industries pulak, gelatin digunakan sebagai capsule ubat. Ubat yang ade macam-macam colour macam smarties tu, capsule die diperbuat daripada gelatin la.


Why gelatin?
Good question. Menurut GME, Gelatin Manufacturers of Europe (2008), the annual world output of gelatin is nearly 326 000 tons. Pig skin- derived gelatin accounting for the highest (46%) output, followed by bovine hides (29%), bones (23.1%) and other sources (1.5%). It means that…about half of the world output of gelatin is from PIG!! Masya-Allah…Disebabkan isu ni melibatkan sensiviti agama (bukan agama Islam je), maka sejak kebelakangan ni banyak la research berkaitan gelatin yang diekstrak daripada ikan. For Muslim, of course pig is forbidden to be consumed. It goes same as Jewish (Yahudi). They are forbidden to consume any cow-related product too. Hindu pulak , tak boleh makan bovine (lembu). Some type of vegetarian pun tak boleh makan daging. Vegetarianism ni pun ade 3 kategori. Pesco vegetarians, lacto-ovo vegetarians & vegans. Kategori yang tak makan daging, tapi makan ikan…ialah pesco vegetarians.

Teringat pulak mase mula-mula nak cari supervisor mase hujung sem 5..time exam period pulak tu.

“Macam same je idea kamu semua ni. Mesti ade justification yang cukup kuat”
“Tak boleh buat produk ni. Madu ni hygroscopic (mudah serap air), nanti bergumpal”
“It is not just replacing the flavor. Do u thinks children would consume the ice-cream with flavor like coffee?”
“Research ni sesuai kalau nak buat master. Lagipun pengeluarannya berapa sangat. Tak bagi impak yang besar dalam industri makanan”

Hampir bergenang air mataku apabila jawapan yang terakhir kuterima ketika mintak pandangan lecturerku tentang tajuk FYP aku. Buat gelatin dari ikan, tapi guna raw material yang dry. Namun, aku jadikan kata-kata tu sebagai satu cabaran untuk aku. Alhamdulillah, cadangan buat pasal gelatin tu diterima oleh Miss Zuraidah Nasution(sama nama dengan adik junior yang turut belajar di universiti ni).

Niatku cuma satu. Aku ingin buat FYP pasal sesuatu yang dapat bagi sumbangan pada Islam, atau buat research pasal makanan yang ada disebut dalam Al-Quran. Tentu ada hikmahnya makanan-makanan tersebut dinukilkan di dalam Al-Quran. Aku ingin terokainya. “Susu, dah banyak research pasal tu. Madu, hygroscopic pulak.. habbatus sauda, tak boleh tukar perisa je. Kurma, ok..buat back up..akhirnya aku tukar pikiran dari nak buat product development ke research. Gelatin. Ya..mungkin boleh. Akhirnya, syukur Alhamdulillah…Allah makbulkan.

CABARAN SETERUSNYA….

Disebabkan aku adalah satu-satunya yang buat gelatin yang bukan bawah Dr. Amiza, maka raw materials perlu kucari sendiri. Sangat adventure. Pertanyaanku yang mungkin disalah erti.

“Dia yang nak belajar, suruh orang pulak..”

Kata-kata yang kudengar tanpa disedarinya membuatkan aku berkecil hati. Namun sedikit sebanyak membuatkan aku terfikir, “ Kadangkala mungkin aku juga pernah mengabaikan pertanyaan yang kuanggap kecik, namun sangat bermakna bagi orang yang bertanya”. Think positive!! Ya, benar kata coursemateku, “Deal dengan mesin lebih mudah dari deal dengan manusia”. Sedikit sebanyak ada kebenarannya.

Kusedari,aku perlu berdikari untuk meneruskan FYP aku. Mane idaknya, boleh dikatakan 80% daripada research ni aku tak pernah belajar sepanjang 3 tahun aku menuntut di universiti ini. Pasal gelatin, tak pernah belajar...(dah la subjek 'Ingredient' yang ade belajar pasal gelatin aku tak amik). Subjek 'Food Quality and Assurance' yang ade belajar pasal gelatin pun, cuma sentuh sikit je. Walau kutahu, kualiti gelatin daripada ikan adalah selalunya kurang berbanding gelatin daripada lembu dan khinzir (tapi ade jugak gelatin daripada sesetengah ikan yang kualitinya lebih baik daripada komersial gelatin),namun..aku mengharapkan dengan adanya penambaikan pada research-research terdahulu, gelatin ikan ni dapat dikomersialkan dan dapat menggantikan gelatin yang diekstrak daripada lembu dan khinzir terutamanya...

Kini, aku telah memulakan FYPku. Masuk lab awal pagi, balik petang. Macam dah kerja pulak gayanya. Hatiku sedikit gusar memikirkan tentang FYPku ini. Takut tak sempat nak siap. Orang lain ade yang dah start buat betul-betul, tapi aku still lagi buat trial. Bukan trial untuk FYP, tapi trial untuk salah satu step. Sebab fakta yang dari research guna ikan yang besar. Tak sama dengan yang aku guna. So, aku kene buat trial. Step tu pulak makan masa.

Apa-apa pun, aku berharap dan berdoa..moga Allah permudahkan segala urusanku untuk buat FYP ni. Moga, ada sesuatu yang kusumbangkan untuk Islam..biarpun hanyalah sekecil kuman..Moga Allah permudahkan segalanya..Amin..

Sumber:
Karim, A. A. and Bhat, R. 2008. Fish gelatin: properties, challenges, and prospects as an alternative to mammalian gelatins Food Hydrocolloids 23 (3): 563-576

Shahidi, F. 2007. Maximizing the Value of Marine By-products. England: Woodhead
publishing Limited and CRC Press LLC. 532 p.

Lecture Notes Food Quality and Assurance

Read Users' Comments (2)

4 isteriku...



Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.

Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. Dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.

Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. Dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedagang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.

Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri."

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.

Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.

Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku?" Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku...aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu."

Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa. Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu berguman, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku."

Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;

ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kubur sajalah mereka akan menemani kita.

DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi.

Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita di akhirat kelak.

Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!...

Read Users' Comments (0)

Negara Impian?




Digosok-gosok lagi matanya. Dia seakan-akan tidak percaya apa yang dilihatnya. Apakah aku kembali ke zaman unta, ke zaman kolot dan purba? begitulah detik hatinya. Dikesat hidungnya yang berair dengan kertas tisu. Kertas itu kemudiannya dicampakkannya ke tepi jalan.

"Assalamualaikum, pakcik.. tolong kutip kertas itu. Nanti pakcik rugi di Akhirat. Kebersihan itu separuh daripada iman."
Bunyi satu suara di belakangnya. Ia bingkas berpaling. Siapa berani menegurku? Aku Datuk Dr.Johar, orang besar negara ini.

"Pakcik, biarlah saya tolong kutip, sebelum Penguatkuasa Iman dan Islam datang. Nanti didendanya pakcik," kata budak kecil berpakaian putih dengan serban yang melilit kepalanya.

Datuk Dr. Johar membetulkan tali lehernya. Ah, kalau dia datang biar aku sogok dengan duit ini. Siapa yang tak kelabu tengok duit merah, biru berlapis-lapis. Namun, Datuk Dr. Johar terus hairan. Bangunan pencakar langit dengan wajah pembangunan yang sofistikated. Ada helikopter bersimpang -siur bergerak di udara. Railbus bercerakah ke sana sini. Bullet train meluncur bagaikan panah dilepaskan dari busurnya. Kesibukan yang layak dipikul oleh manusia-manusia moden.
Namun peliknya, pakaian mereka, tingkah-laku mereka...Ah, di mana aku sekarang ini, gerutu hati Datuk Dr.Johar.

"Hoi budak, Aku dimana sekarang ?" soalnya kepada budak yang menegurnya tadi. Budak itu tersenyum. Mukanya cerah dan indah. Tenang dan bersuara lunak. Apakah ini Aladin, budak Arab dengan lampu ajaibnya: teka-teki itu terus menerjah kepala dan kotak fikir Datuk Dr. Johar. Budak itu membuka mulut hendak menjawab. Belum sempat, tiba-tiba datang sebuah kereta jenis Ferrari, merah dan bercahaya. Keluar dua orang lelaki dengan pakaian yang hebat dan segak. Serban mereka berwarna hitam berjalur biru.

"Assalamualaikum....Maaf, pakcik. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kesalahan membuang sampah ini sudah belasan tahun tidak berlaku di Darul Taqwa ini. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kebersihan itu lambang iman. Negara ini menitikberatkan iman.... Pakcik didenda, 30 kali subhanallah, 30 kali astaghfirullah dan selawat 100 kali."
Kata pegawai penguatkuasa itu dengan lembut. Datuk Dr. Johar tersentak. Apa namanya undang-undang ini. Tak ada dewan bandaraya di seluruh pelusuk dunia mengamalkannya. Dia tercengang-cengang. Namun egonya membumbung tinggi. Apa ? Dia nak marahkan aku ?
" Ni duit lima ratus. Saya tak mahu buat apa yang kamu minta. Kita selesaikan di sini saja. Berapa gaji yang kamu dapat sebulan?" tanyanya angkuh.
"Pakcik, kita bekerja kerana Allah, bukan kerana gaji. Lagipun duit bukan ada harga lagi di zaman ini. Semuanya dipandang sebagai alat, bukan matlamat," kata pegawai berjanggut dan berjambang itu dengan tenang.

"Oh, oh .... maafkan kami, pakcik. Kami nak tanya sikit, kenapa pakcik pakai pakaian zaman dulu? Mana pakcik dapat pakaian macam itu ?" Tanya pegawai itu pula.

Aku yang gila, atau dia yang gila? Detak hati Datuk Dr. Johar. Dia berjalan ke arah kereta Ferrari yang berkilat itu. Melalui cerminnya dia nampak perawakannya dengan jelas. Tak ada yang salah. Tali leher, kemeja dan kotnya masih kemas dan segak. Daripada jenama yang mahal pula - Pierre Cardin. Kasutnya hitam berkilat daripada jenis Bally. Ah! Aku masih unggul. Lelaki tampan, lambang status dan kejayaan. Dia yang kolot, dia yang ketinggalan zaman.

"Anak muda, pakaian pakcik ni pakaian pemimpin. Pakcik orang besar di negara ini. Pakcik dah keliling dunia dengan pakaian ni. "

"Pakcik, itu pakaian puluhan tahun yang lampau. Ketika Islam belum berdaulat di Darul Taqwa ni. Moyang-moyang kami dulu saja yang pertahankan pakaian macam itu. Itu pakaian orang kuno di Barat. Sekarang, kami hanya dapat lihat gambar-gambarnya saja. Itupun dalam buku sejarah zaman peralihan Islam. Orang Barat zaman moden ini dah berpakaian macam yang kami pakai. Tak ada orang yang pakai macam tu kecuali orang-orang bukan Islam yang dijamin kebebasannya dalam sebuah negara Islam seperti darul Taqwa."

Datuk Dr. Johar termanggu-manggu kebingungan. "Di mana aku sebenarnya ni?" Dia bertanya lagi kepada pegawai penguatkuasa dan budak kecil di tepi jalan. Dia masih kenal, Ini Jalan Chow Kit ditengah bandar Kuala lumpur. Masih ada Masjid Pakistan dan Masjid Kampung Baru di sebelah sana. Tetapi itu sahaja, yang lain tak ada.

"Pakcik di bandar Mutmainnah. Ini jalan Mujahadah, namanya. Saya Haji Din,Pegawai Penguatkuasa Iman dan Islam. Diberi amanah untuk memastikan kebersihan lahir batin bandar ini."

Apa? Bandaraya Kuala Lumpur dah jadi Bandaraya Mutmainnah? Jalan Chow Kit dah jadi jalan Mujahadah? Apa dia mutmainnah? Apa dia mujahadah tu? Apa yang terjadi ni? Soalan-soalan itu terus menyerang benak Datuk Dr. Johar.

"Pakcik, kami rayu pakcik membayar denda tadi. Kalau tak boleh sekarang, lepas sembahyang nanti pakcik laksanakanlah. Demi kebaikan pakcik dunia dan Akhirat..."

Tiba-tiba terdengar suara orang memberi salam dari jauh. Nyaring dan jelas. Seorang lelaki pertengahan umur berlari kepada seorang pegawai penguatkuasa.
"Tuan, hukumlah saya. Saya mengumpat tadi. Ya Allah ! seksa Neraka amat pedih..Tolonglah, tuan. Hukum saya di dunia sebelum saya di hukum di Akhirat!" rayu lelaki itu.

Pegawai tadi berpaling ke arah lelaki yang baru datang, dan kesempatan itu diambil oleh Datuk Dr. Johar. Ia lari sekuat-kuat hati. Peliknya mereka tidak mengejarnya. Ia terlepas ...Lega. Dahaga , lapar mula menggigit tekak dan perutnya. Dia mesti makan. Dia perlu minum. Tapi di mana? Tiba-tiba ia terdengar suara komputer dari sound system di tepi-tepi jalan :
"Assalamualaikum, kepada seluruh penduduk Kota Mutmainnah. Syed Al Abrar, hartawan besar berada di jalan Uwais Al Qarni. Dia merayu fakir miskin supaya sudi menerima sedekahnya. Hari ini ia menjamu nasi dan minuman. Sila datang!"

Datuk Dr. Johar orang besar Darul Ghurur itu tidak akan mencemar duli menagih nasi. Dia ada duit, mampu membelinya sendiri. Dia pun masuk ke sebuah restoran di tepi jalan. Di situ penuh dengan pelanggan. Semuanya berserban dan berjubah.Matanya tak betah lagi melihat semua itu.Tapi kerana lapar ia masuk juga.

"Maaf tuan, itu pintu masuk untuk wanita. Di sini untuk lelaki."
"Ceh! Diskriminasi, doubel-standard, lelaki dipisahkan daripada perempuan."Mukanya dicemekkan kepada tuan kedai yang menegurnya. "Ada restoran lain yang mengamalkan persamaan taraf antara lelaki dan perempuan? Saya tak suka pemisahan-pemisahan macam ni!".

Lelaki itu tersenyum. "Empat puluh tahun yang lalu adalah.Sekarang ni kita sudah bebas dan merdeka. Zaman penjajahan fikiran dan jiwa sudah berlalu. Tak ada diskriminasi wanita di sini, tuan. Amir Muhammad, pemimpin Darul Taqwa telah menaikkan taraf wanita tanpa Women's Libs. Kalau tuan ada isteri dan membawanya bersama, sila masuk ke sana. Di sana ada tempat khusus untuk makan bersama isteri dan anak perempuan,"terangnya. Mukanya jernih.Serban dan jubahnya serba putih.

"Ini bertentangan dengan prinsip demokrasi. Sistem pemerintahan kapitalis, sosialis, nasionalis malah komunis sekalipun tak macam ni..."
"Masya-Allah pakcik, jangan disebut lagi nama-nama ideologi tu. Semuanya telah termaktub sebagai ajaran-ajaran sesat dalam perlembagaan Darul Taqwa ini. Tak ada orang lagi yang berpegang dengan fahaman jahiliyyah tu... Subhanallah...." Keluh tuan restoran itu sambil mengurut-ngurut dadanya. Ekor serbannya bergoyang-goyang ketika ia manggeleng -gelengkan kepalanya.

Ah! Persetankan semua itu. Perut aku lapar. Datuk Dr. Johar pun duduk. "Nasi beriani sepinggan !"ujarnya kepada pelayan.
"Dalam pinggan, tuan?" tanya pelayan itu kehairanan.
"Ya ! Apa peliknya?",

"Baik, tuan. Tapi semua orang berebut-rebut pahala makan berjamaah. Tuan makan seorang ?" tanya pelayan berkulit hitam itu. Dia tambah geram. Direnung ke hadapan, iaitu ketempat orang menikmati makanan. Tidak ada meja makan hanya hamparan permaidani tebal dengan dulang-dulang indah yang tersusun rapi. Mereka makan satu dulang. Yek! Jijiknya. Ah! Aku tetap aku. Aku ada pendirian! Nasi beriani dengan ayam goreng kegemarannya terhidang di atas kain putih khas.

"Jemput makan dengan nama Allah yang memberi rezeki," kata pelayan itu dengan sopan.
Datuk Dr.Johar makan dengan seleranya. Dewan makan itu berhawa dingin lengkap dengan alat TV dan pita videonya sekali. Dia makan seorang diri bagai kera sumbang.

" Ya Allah, apa musibah yang menimpa ana Subuh tadi. Ana masbuk dalam sembahyang jemaah Subuh, " ujar seorang lelaki muda dengan wajah yang kecewa. Suapnya perlahan. Macam tak lalu makan saja.
"Anta tak cuba tampung dengan amal makrufat yang lain ?"tanya sahabatnya di sebelah. Dia nampak simpati.

Datuk Dr. Johar pasang telinga saja. "Ana nak sedekahkan lima ribu ringgit ...malang nasib ana. Ana tunggu lima jam di tepi jalan tadi, seorang pun tak mahu terima sedekah ana " Keluhnya.
"Susah kita sekarang. Orang miskin yang bolot pahala redha, pahala sabar. Mereka patutnya bantulah kita. Tolonglah terima sedekah kita. Ah, susahnya jadi orang kaya macam kita ini. Dahlah nanti di Akhirat banyak hisabnya, Di dunia orang tak sudi pula terima sedekah kita.

Oh...! keluh seorang yang sama-sama makan dengan lelaki muda tadi."Kalaulah kita hidup zaman moyang kita dulu, kan dapat kita korbankan harta yang banyak ini. Saya pun dapat harta ni melalui warisan daripada bapa, yang diwarisi oleh datuk saya daripada moyangnya. Kita tunggulah bila kerajaan nak bangunkan projek negara atau nak gunakan duit untuk kemaskinikan kementerian-kementeriannya.... saya nak labur habis-habisan. Biar jadi saham Akhirat," kata pemuda itu menutup perbualan. Mereka pun makan dengan perlahan -lahan.

Datuk Dr.Johar makin pelik. "Tambah nasi sepinggan lagi!" ujarnya kepada pelayan restoran.
"Demi kesihatan tuan, saya nasihatkan ... berhentilah sebelum kenyang.Maaf tuan saya terpaksa mengatakan demikian. Saya pelayan kedai merangkap pegawai perubatan ....," kata pelayan itu lagi.

"Apa? Awak pegawai perubatan? Seorang doktor ke? Kelulusan luar negeri atau dalam negeri? Awak sepatutnya bertugas di hospital, bukan di restoran!" bentaknya. Marah campur geram.

"Tuan, mana ada hospital sekarang. Yang ada khusus untuk bayi, kanak-kanak dan wanita, juga para mubaligh dan mujahid yang cedera ketika berjuang. Tuan, kalau tuan amalkan makan hanya bila lapar dan berhenti sebelum kenyang, tuan akan sihat, insya-Allah. Kita tak perlu hospital!

"Bodoh, kalau macam tu, macam mana nak rawat pesakit kencing manis macam aku ini ?" leternya perlahan-lahan.
"Penyakit kencing manis? Tuan menghidapnya? Saya ada baca buku perubatan edisi tahun 1990 dulu. Sekarang penyakit tu dah tak ada siapa menghidapnya....."
"Batalkan saja oder saya tadi, banyak sangat cakap, boring. Saya perlu hiburan sekarang ...Di mana boleh saya dapati ?" tanyanya.
"Di sana, tuan. Melalui butang pada sistem komputer di sebelah sana, tuan boleh dapat apa saja hiburan yang menyegarkan. Tak payah risau pasal bil. Percuma.

Datuk Dr. Johar, orang besar negara, melangkah hebat ke tempat yang ditunjukkan. Berbagai -bagai butang dengan bermacam warna berkelip-kelip. Sangat rumit tapi kekeliruan itu dapat disembunyikannya. Dia malu kalau-kalau dengan pakaian jenama Pierre Cardinnya ia masih kelihatan kolot.. Entah di mana falsafah moden Datuk Dr. Johar. Pada pakaiannyakah atau otaknya? Diberanikan hatinya; satu butang warna hitam ditekan . Dalam skrin timbul tajuk besar-KHAUF. Apa bendanya ni? Kemudian menyusul nama-nama lagu: MATI ITU TERLALU SAKIT, ALAM BARZAKH YANG PASTI, MIZAN NOKTAH PENYESALAN, IZRAEL DATANG TIBA-TIBA Oh...Oh ... seram sejuk tubuhnya. Apa nama lagu macam ini? Biarlah menaruh harapan sikit.
Hatiku macam kristal, boleh pecah dengan lagu-lagu macam tu. Aku belum nak mati lagi, protes hati Datuk Dr. Johar.

Dia beralih ke butang hijau tanpa lengah terus menekannya. Tertera di atas skrin komputer: RAJA'. kemudian tersembul tajuk-tajuk lagu. Dibacanya dengan teliti... FIRDAUSI MELAMBAIMU, DEMI CINTA DAN RAHMAT-NYA, KEINDAHAN JANNAH YANG ABADI�.. Kepala datuk Dr. Johar makin pusing. Semuanya tentang Akhirat.

Apa nak jadi ni? "Tak ada lagu yang hot sikit ke?" tanyanya kepada seorang anak muda berjubah coklat di sebelahnya.
"Nanti ya pakcik . Saya pilihkan lagu yang paling hot sekarang ni. Top-hit anak-anak muda sekarang..."
"Ya, ya saya setuju," balas Datuk Dr. Johar.

Telinganya dihalakan kepada sistem suara di dinding restoran itu. Dia ingin dengar lagu-lagu kegemaran muda-mudi daerah asing itu.
Ayat suci Al-Quran a... "Eh ...ni suara orang mengaji,"
"Nanti dulu pakcik, selepas ni ada terjemahannya kemudian baru menyusul lagunya," kata pemuda berjubah cokat itu sambil matanya di tutup rapat-rapat. Asyik sekali dia.

Kemudian getaran suara bergema
.... Cintaku berlabuh di persada rahmat-Mu
mendamba kasih yang tidak berhujung
mengutip sayang di hamparan cinta suci.
Inilah getaran hatiku memburu cinta.......
stanza hati merindu Ilahi!"

Datuk Dr. Johar tak tahan lagi. Ia merengus dan pergi ke kaunter bayaran.
"Maaf tuan, duit ini duit lama. Kalau tuan tak mampu bayar kami halalkan sajalah ..."

Datuk Dr. Johar makin geram. Dia menderam dan berkata " Saya bayar dengan kad kredit saja!" Dia hulurkan kad kredit warna keemasannya.
"Maaf sekali lagi, tuan. Kad kredit ini bukan yang boleh kami terima, kami halalkan sajalah."
"Tak, pantang saya minta sedekah. Saya ada harta simpanan berbungkal-nungkal emas di bank. Takkan saya nak bawa, nanti disambar pencuri."

" Darul Taqwa tak ada pencuri, tuan. Pencuri terakhir telah dipotong tangannya 30 tahun yang lalu ketika minta dihukum di hadapan hakim kerana takutkan seksa Neraka."

"Ah, aku tak nak dengar semuanya.makin gila aku dibuatnya," pekik Datuk Dr. Johar lantas meluru keluar dari restoran itu. Di luar,semua pandangan menyakitkan hati. Mengapa orang kolot ini mentadbir teknologi begini tinggi.

Pemandu bullet train berserban merah tersenyum kepadanya. Pilot helikopter dengan tulisan 'MAKRUFAT AIR TRANSPORT' sibuk dengan urusannya. Di seberang jalan tertegak papan iklan dengan tulisan yang jelas :"KELUARGA BAHAGIA GEMBIRA DENGAN SUNNAH ". Di papan itu terpampang gambar seorang lelaki dan perempuan berserta anak-anak meraka. Semuanya berserban, berjubah dan berpurdah.
Isy,meluatnya! Di jalan-jalan raya suasana meriah dengan salam dan senyum. Baginya, semua itu seolah-olah menyindir dan mengejek. Kenapa jadi begini? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Mengapa? Mengapa? Mengapa? Datuk Dr. Johar tiba-tiba menjerit. Tekanan dalam jiwanya yang kian tersumbat itu tiba-tiba meletus.

"Datuk..!Datuk..! Bangun, Datuk. Ada berita buruk !"
Datuk Dr. Johar bangun. Ia tertidur sewaktu menunggu keputusan pilihanraya hari itu.

"Kenapa? Parti kita kalah? Aku kalah? "tanya Datuk Dr. Johar.
"Tidak, Tuk. Rakyat bangun memprotes. Mereka tak mahu demokrasi. Mereka tak mahu pilihanraya..."
"Habis, mereka mahu apa?"
"Mereka mahu Islam, Datuk!"
"Islam ? " keluh Datuk Dr. Johar. Digosok-gosok lagi matanya.

* Pasti beginilah negara Islam yang dimahukan dan dirindukan oleh mereka yang mempunyai roh Islam dalam diri. Alangkah indahnya..alangkah bahagianya..pastinya tiada lagi kerosakan yang melata di muka bumi. Mungkinkah akan menjadi kenyataan? Sama-samalah kita doakan, insya-Allah....


"ISLAM KAN TETAP DIJULANG WALAUPUN IA DITENTANG..ITULAH JANJI ILAHI"

Read Users' Comments (0)

Aku tinggalkan cintaku kerana Allah



Article ini telah ditulis oleh seseorang berdasarkan pengalamannya..muga sama-sama mengambil pengajaran. Tidak terkecuali bagi yang terlibat dengan organisasi, mahupun ahli haraki...

***************************************************************************************

Salam untuk semua. Saya terkejut kerana cerita saya, walaupun tergantung, mendapat sambutan yang saya tidak sangka. Oleh kerana pada hari itu saya tergesa-gesa dalam menulisnya lantaran kelas yang menghambat, maka saya ambil keputusan untuk menulisnya kembali dari mula. Saya harap para pembaca yang sudi melihat tidak bosan dengan cerita saya.

Wahai teman-teman sekalian, Kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri, apa yang saya rasa dan apa yang saya alami sendiri. Saya tidak bermaksud untuk mengeluh apatah lagi mengingkari apa yang telah Allah s.w.t tetapkan kepada saya dan kita semua orang yang beriman dengan-Nya. Kisah ini saya khabarkan agar apa yang saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa saya kongsi dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri saya sendiri untuk hari-hari kemudian. Saya sama seperti orang lain, punya keinginan untuk menyayangi dan disayangi. Walau bagaimanapun, tidak mudah bagi saya untuk jatuh hati pada seorang wanita.

Saya tidak mencari seorang wanita untuk dijadikan kekasih, tetapi saya mencari seorang teman pendamping hidup saya hingga ke akhir hayat saya. Seorang yang boleh mengingatkan saya kiranya saya terlupa, dan yang paling penting wanita yang amat saya percayai untuk mendidik anak-anak saya kelak dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti. Untuk itu, sejak di bangku sekolah lagi saya telah letakkan beberapa syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidup saya, dan dialah orangnya.

Dalam masa beberapa bulan saya belajar di sebuah pusat pengajian tinggi di Petaling Jaya, banyak perkara yang telah saya pelajari. Yang paling penting buat saya ialah, bagaimana saya mula mengenali wanita-wanita dalam hidup saya kerana saya sejak dari sekolah rendah belum pernah bergaul secara langsung dengan seorang wanita pun dan saya amat peka terhadap larangan pergaulan antara lelaki dan wanita kerana saya bersekolah di sebuah sekolah menengah agama lelaki berasrama penuh. Lantaran itu, saya tidak pernah punya hati untuk memberi cinta atau menerima cinta walaupun peluang itu hadir beberapa kali.

Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-sama terpilih untuk mengendalikan sebuah organisasi penting di tempat kami belajar. Ditakdirkan Allah s.w.t, dia menjadi pembantu saya. Dari situlah perkenalan kami bermula. Dia seperti yang telah saya ceritakan, bertudung labuh dan sentiasa mengambil berat tentang auratnya terutama stokin kaki dan tangannya. Itulah perkara pertama yang membuatkan saya tertarik padanya. Dia amat berhati-hati dalam mengatur butir bicaranya, bersopan-santun dalam mengatur langkahnya, wajah yang sentiasa berseri dengan iman dan senyuman, dan tidak pernah ke mana-mana tanpa berteman. Suaranya amat sukar kedengaran dalam mesyuarat kerana dia hanya bersuara ketika suaranya diperlukan dan tidak sebelum itu. Saya melihat dia sebagai seorang mukminah solehah yang amat menjaga peribadinya dan maruah dirinya.

Saya tidak pernah bercakap-cakap dengannya kecuali dia punya teman di sisi dan atas urusan rasmi tanpa dipanjangkan-panjangkan. Saya seorang yang amat kuat bersembang dan sentiasa punya modal untuk berbual-bual seperti kata teman saya, tetapi dengan dia saya menjadi amat pemalu dan amat menjaga. Bagi saya, itulah wajah sebenar seorang wanita solehah.

Dia mampu mengingatkan orang lain dengan hanya menjadi dirinya, tanpa perlu berkata-kata walau sepatah.

Pada hari terakhir saya di sana, saya punya tugas terakhir yang perlu saya selesaikan sebelum saya melepaskan posisi saya dan semua itu melibatkan dia. Sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai itu siap, saya mengambil peluang untuk berbual-bual dengan dia. Saya bertanya perihal keluarga dan apa yang dia rasa bertugas di samping saya untuk waktu yang amat sekejap itu. Alhamdulillah dia memberikan respon yang baik dan dari situlah saya mula mengenali dengan lebih dalam siapa sebenarnya pembantu saya ini. Namun, apa yang memang boleh saya nampak dengan jelas, dia amat pemalu dan dia amat kekok semasa bercakap dengan saya. Selepas itu barulah saya tahu, sayalah lelaki pertama yang pernah berbual-bual dengan dia bukan atas urusan rasmi sebegitu. Di situlah saya mula menyimpan perasaan, tapi tidak pernah saya zahirkan sehinggalah saya berada jauh beribu batu daripadanya.

Semasa saya berada di Jordan, saya menghubunginya kembali dan menyatakan hasrat saya secara halus agar dia tidak terkejut. Alhamdulillah, dia menerima dengan baik dan hubungan kami berjalan lancar selama empat bulan sebelum saya balik bercuti ke Malaysia. Kadang-kadang saya terlalai dalam menjaga hubungan kami dan dialah yang mengingatkan. Dialah yang meminta agar kami mengehadkan mesej-mesej kami agar tidak terlalu kerap. Semua itu menguatkan hubungan kami dan bagi saya dialah teman hidup yang sempurna buat saya. Walau bagaimanapun, sewaktu saya pulang ke Malaysia bulan lepas, ummi dapat menghidu perhubungan kami. Saya tahu ummi tidak berapa suka anak-anaknya bercinta tetapi saya tidak pernah menjangka ummi akan menghalangnya. Tetapi perhitungan saya silap, amat silap.

Buat pertama kali, adik perempuan saya memberitahu ummi sudah tahu perihal saya dan ummi tidak suka. Saya tidak pernah menganggapnya sesuatu yang serius sehinggalah ummi bercakap secara peribadi dengan saya pada satu hari. Saya masih ingat lagi kata-kata ummi yang buat saya tak mampu membalas walau sepatah.

I haven't found any entry in Islam that permit what you are doing right now. I haven't heard from anyone that love before marriage is permitted. But I know there's no relationship between male and female except for what is very important and official between them. So, may I know what kind of relationship you are having now and I want to hear it from your mouth that it is legal in what you have been learning until now. Not a single phrase, nor a word. My sweetheart, if you want to build a family, a faithful one, you can never build it on what Allah has stated as wrong and proven false by the way Rasulullah p.b.u.h has taught us. A happy and blessed family come from Allah, and you don't even have anything to defend it as blessed if the first step you make is by stepping into what He has prohibited. You can't have a happy family if Allah doesn't help you so, and you must know in every family that stands until their dying day, they have Allah on their side. You can't expect Him to help you if you did the wrong step from the very beginning.

Saya tiada kata untuk membalas kerana semuanya benar. Saya tahu kebenaran itu sudah lama dulu, tetapi saya tak mampu untuk melawan kehendak nafsu saya sendiri. Saya akui, saya tertipu dengan apa yang dipanggil fitrah, dan apa yang dipanggil sebagai keperluan manusia. Cinta tak pernah membawa kita ke mana, andai cinta itu bukan dalam lingkungan yang Allah redha. Tiada cinta yang Allah benarkan kecuali selepas tali perkahwinan mengikatnya. Itulah apa yang telah saya pelajari lama dahulu dan dari semua kitab Fiqh yang saya baca, tiada satu pun yang menghalalkannya. Saya tahu kebenaran ini sudah lama dahulu, tetapi saya tidak kuat untuk menegakkannya. Saya tidak mampu untuk menundukkan kemahuan hati saya. Dan kata-kata ummi memberikan saya kekuatan untuk bangkit kembali dari kesilapan saya selama ini.

Ummi berkata:

It's not me who want you to make a decision like this, but Allah tells you so.

Saya percaya, itulah yang terbaik buat saya dan dia. Dengan kekuatan itulah saya terangkan kepadanya, dan alhamdulillah dia faham. Amat faham. Walaupun air matanya seakan air sungai yang tidak berhenti mengalir, tetapi dia tahu itulah yang terbaik buat kami. Dia meminta maaf kepada ummi kerana menjalinkan hubungan yang tidak sah dengan saya, tetapi ummi memberi isyarat, janganlah bimbang. Andai ada jodoh kamu berdua, insya-Allah, Dia akan temukan kamu dalam keadaan yang jauh lebih baik dari sekarang. Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada apa yang menggusarkan hati saya lagi. Hidup saya lebih suci dan saya boleh bercakap kembali tentang agama saya dengan lebih bebas tanpa dihantui oleh perasaan berdosa.

Bagi saya, dan dia, inilah saat untuk kami muhasabah kembali diri kami dan kami betulkan kembali segala kesilapan yang telah kami buat. Inilah saat untuk kami kejar kembali cita-cita kami dan sediakan diri untuk menjadi seorang ibu dan ayah yang berakhlak mulia dan berperibadi tinggi. Inilah masanya kami insafi kembali keterlanjuran kami dahulu dan memohon moga-moga Allah sudi maafkan kami. Sesungguhnya Ya Allah, aku insan yang sangat lemah. Aku tidak mampu melawan godaan syaitan yang tidak pernah jemu, juga hambatan nafsu yang tidak pernah lesu. Ampunkanlah aku. Walau bagaimanapun, perpisahan ini hanya untuk sementara. Saya telah berjanji dengan diri saya sendiri, dialah yang akan jadi teman hidup saya nanti.

Sesungguhnya pencarian saya untuk seorang calon isteri telah berakhir. Insan seperti dia hanya satu dalam seribu. Mana mungkin saya melepaskan apa yang amat berharga yang pernah hadir dalam hidup saya. Insya-Allah, sekiranya Allah s.w.t panjangkan umur, sebaik sahaja saya tamatkan pengajian saya di sini, saya akan kembali ke Malaysia dan melamarnya untuk menjadi permaisuri di hati saya. Insya-Allah, saya akan setia menunggu saat itu, dan saya akan berusaha sedaya-upaya saya untuk mengekalkan kesetiaan saya.

Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia sebagai teman dalam hidup kita, janganlah lepaskannya kerana kita tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu dengan insan yang seumpamanya.r1; Siapakah lagi dalam dunia ini yang menjaga adab berjalan antara lelaki dan perempuan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Musa a.s dan puteri Nabi Syuaib a.s beribu-ribu tahun dahulu?
~Mafraq, Jordan.~

*************************************************************************************

Nak add sikit. Mungkin ada yang tak berapa paham dengan phrase saudara Mafraq "Siapakah lagi dalam dunia ini yang menjaga adab berjalan antara lelaki dan perempuan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Musa a.s dan puteri Nabi Syuaib a.s beribu-ribu tahun dahulu?". Just nak share something berdasarkan apa yang aku pernah dengar di ikim.fm sewaktu ketika dahulu. Sebelum tu, kisah Nabi Musa dan puteri Nabi Syuaib ni jugak ada dinukilkan di dalam Al-Quran.

"Dan ketika dia sampai di sumber air negeri Madyan, dia menjumpai di sana sekumpulan orang yang sedang memberi minum (ternaknya), dan dia menjumpai di belakang orang banyak itu, dua orang perempuan sedang menghambat (ternaknya). Dia (Musa) berkata, "Apakah maksudmu (dengan berbuat begitu)?" Kedua (perempuan) itu menjawab, "Kami tidak dapat memberi minum (ternak kami), sebelum pengembala-pengembala itu memulangkan (ternaknya), sedang ayah kami adalah orang tua yang telah lanjut usianya. Maka dia (Musa) memberi minum (ternak) kedua perempuan itu, kemudian dia kembali ke tempat yang teduh lalu berdoa, "Ya Tuhanku, sesungguhnya aku sangat memerlukan sesuatu kebaikan (makanan) yang Engkau turunkan kepadaku". Kemudian datanglah kepada Musa salah seorang dari kedua perempuan itu berjalan dengan malu-malu, dia berkata, "Sesungguhnya ayahku mengundangmu untuk untuk memberi balasan sebagai imbalan atas (kebaikan) mu memberi minum (ternak) kami." Ketika (Musa) mendatangi ayahnya (Syu'aib) dan dia menceritakan kepadanya kisah (mengenai dirinya), dia (Syu'aib) berkata, "Janganlah engkau takut! Engkau telah selamat dari orang-orang yang zalim itu." (Surah Al-Qasas 28: 23-25)

Aku just nak highlightkan pada ayat-ayat di atas. Menurut ape yang aku paham masa dengar ikim.fm dulu, peristiwa antara puteri Nabi Syu'aib dan Nabi Musa terdapat adab-adab pergaulan yang dapat kita pelajari. Puteri Nabi Syua'ib tak dapat nak bagi minum pada haiwan ternaknya...sebab semua pengembala-pengembala tu adalah lelaki. Jadi terpaksalah puteri-puteri Nabi Syua'ib ni tunggu pengembala-pengembala ni selesai bagi minum pada haiwan ternak mereka, barulah mereka (puteri Nabi Syua'ib) menyusul. Dan ketika puteri-puteri Nabi Syua'ib ni nak bawak Nabi Musa berjumpa dengan ayah mereka (Nabi Syua'ib), Nabi Musa berjalan di depan, puteri-puteri Nabi Syua'ib berjalan di belakang. Nabi Musa terus berjalan...dan andaikata Nabi Musa tersalah arah, puteri-puteri Nabi Syua'ib akan membaling batu ke arah jalan yang patut dituju. Subhanallah..begitu sekali Islam mengajar kita adab pergaulan antara lelaki dan wanita yang bukan Muhrim melalui teladan nabi...sedangkan kami di zaman IT ini, begitu mudah berbicara tanpa punya urusan...Astaghfirullah..ampuni kami Ya Allah, andainya kami tersilap selama ini..betapa kami punya pelbagai alasan untuk membolehkan apa yang dilarang oleh-Mu...ampunilah kami yang lemah ini...

Read Users' Comments (0)

Rindu



Rindu itu adalah
Anugerah dari Allah
Insan yang berhati nurani
Punyai rasa rindu
Rindu pada kedamaian
Rindu pada ketenangan
Rindukan kesejahteraan
Dan juga kebahagiaan
Orang-orang yang bertaqwa
Rindu akan kebenaran
Kejujuran dan keikhlasan
Keredhaan Tuhannya
Orang mukmin merindukan
Anak-anak yang soleh
Isteri-isteri yang solehah
Keluarga bahagia
Para pencinta kebenaran
Rindukan suasana
Masyarakat yang terjalin
Aman dan sejahtera
Merindukan tertegaknya
Kalimah Allah di muka bumi
Dan dalam merindukan
Keampunan Tuhannya
Dan seluruh umat itu
Merindukan cahaya
Yang menyinari kehidupan
Rindu kepada Tuhan

Rindu. Ya, dirinya benar-benar rindu. Rindu saat hatinya dirasakan begitu dekat dengan Allah. Rindu saat imannya dirasakan meningkat. Rindukan suasana yang Islamik. Rindu saat dirasakan manisnya ukhuwwah yang dibina kerana Allah. Haqqul yaqin, yakni apa yang dialaminya sendiri. Bukan sekadar ‘ilmu yaqin, yakni berdasarkan apa yang dipelajarinya atau dibacanya. Ingin sekali dia memutarkan saat itu. Namun dia sedar, itu adalah mustahil baginya. Teringat kata-kata Imam Ghazali, “Yang paling jauh dari kamu ialah masa yang telah berlalu”. Dia rindu saat itu. Dia ingin mengulanginya. Namun dia tidak tahu mengapa dirasakan hatinya begitu sukar untuk sentiasa mengingati Allah. Dirasakan begitu sukar untuk istiqamah pada amalan yang pernah dilakukannya dahulu. Dirinya merenung-renung kembali. Cuba menghitung diri. “Mungkin aku berubah dulu adalah kerana faktor lain, bukan dari diriku sendiri”. Demikian hatinya berbicara.

Ya, dia tidak nafikan. Faktor luaran memainkan peranan yang amat penting. Suasana yang mendorong, peribadi sahabat-sahabatnya banyak mendorong dia untuk berubah. Walau tanpa kata-kata yang keluar dari mulut sahabat-sahabatnya, ia seakan signal yang menegur dirinya, memberi kekuatan kepadanya untuk berubah. Dia menghitung lagi. “Mungkin Allah ingin menguji kualiti diriku, supaya aku benar-benar kuat walau di mana jua aku dicampakkan, walau bagaimana suasana di tempat itu”. Hatinya berbisik lagi.

Dan sejak akhir-akhir ini, dia sering merindui sahabatnya. Perasaan sayang yang telah Allah anugerahkan padanya sejak pertama kali bertemu. Dan perasaan itu tidak pernah berubah, walau puas dicubanya. Dia sedar dia tidak dapat menipu dirinya. Kekadang dia berasa amat bersalah pada Tuhan yang menciptakan dirinya. Terlalu bersalah. Begitu senangnya dia merindui dan menyayangi makhluk-Nya berbanding Penciptanya. Oh, begitu lemahnya manusia! Dia yakin ada hikmah di sebaliknya. Yang pastinya, nama itu sentiasa berada di hatinya…

Begitulah hakikat manusia. Dikurniakan pelbagai perasaan. Ada yang datang dari Allah, ada yang datang dari nafsu, malah ada yang datang dari syaitan. Itulah istimewanya manusia. “Sungguh, Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya” (Surah at-Tin 95: 4). Disebabkan itulah, darjat manusia dikatakan lebih tinggi dari malaikat, jika manusia itu bertakwa. Malaikat boleh bersujud bertahun-tahun lamanya, kerana malaikat tidak ada nafsu. Yakni tidak merasa penat, rasa lapar, mengantuk, dan sebagainya. Sedangkan manusia, dikurniakan nafsu. Jadi apabila manusia dapat melakukan ketaatan kepada Allah walaupun rasa penat, rasa mengantuk, ditambah pula godaan syaitan, darjatnya adalah lebih mulia dari malaikat. Namun, jika seseorang manusia itu melakukan kezaliman kepada dirinya sendiri, orang lain ataupun alam sekitar, sedangkan manusia dikurniakan akal fikiran, darjatnya adalah lebih hina dari haiwan.

Sebagai contoh, kes pembuangan bayi yang telah berleluasa sejak akhir-akhir ini. Menakutkan. Jika kita amati, ada atau tidak haiwan membuang anaknya? Ada atau tidak haiwan membiarkan anaknya lemas di dalam sungai? Ada atau tidak haiwan membiarkan anaknya rentung dijilat api? Saya pasti anda lebih tahu jawapannya. Manusia kini telah hilang sifat kemanusiaan. Telah hilang rasa kasih sayang. Telah hilang sifat bertuhan. “Ya Rasulullah, ampunilah umatmu ini…kami tidak menghargai perjuanganmu, tidak menghargai pengorbananmu…Andainya engkau Ya Rasulullah masih hidup di zaman ini, tentu engkau sedih melihat umat yang kain rosak..Sedangkan bila tibanya engkau sedang nazak, dalam kepayahan, kalimah “ummati, ummati, ummat…” masih lagi meniti bibirmu..betapa cintanya engkau kepada kami..sedangkan kami masih lagi menjadikan artis sebagai idola kami, bukannya engkau ya Rasulullah..malunya kami Ya Rasulullah..malunya kami menerima jaminan bahawa kami sebagai umatmu akan masuk ke syurga terlebih dahulu sebelum umat-umat yang lain..Ya allah, ampunilah kami….”

Read Users' Comments (0)

Tempatkan bilikku di neraka



"Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.

Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu, ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya: "Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki.... " nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan yang mengejek: "Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?" Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu, gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat. "Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahannam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan daripada si gadis manis. Sayang sekali, wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam malah ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis muda yang tidak menghormati hukum-hakam agama itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba di perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.

Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Na'uzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan iktibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai Muslim sejati. Jangan sesekali kita mempertikaikan hukum Allah mahupun sunnah RasulNya s.a.w. dengan mempersendakan atau mengejek. Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata-kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam.

Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi kepada kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul 'alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan.

Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang dilakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu sehingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undangi tersebut . Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang pemilik yang menjadikan bumi ini.

Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah s.w.t. taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan agar Dia memberikan kekuatan agar kita sentiasa dapat menjaga lidah kita, amin.

* Dipetik daripada iluvislam.com

Read Users' Comments (0)

Ana, aku @ saya??


" Aku haus la Minah. aku nak beli air cendol kat sana la..kau nak tak??" kata Minah pada kawannya, Liza.
" A ah..boleh jugak. aku nak air sirap je la", balas Liza pula.

"Aku??ulp...kasarnya orang tu..." bisik hati kecil penulis. Tanggapan penulis yang sebegitu adalah sewaktu masih di sekolah rendah. Naik saja ke sekolah menengah, tidak lagi. Penulis sudah mula membahasakan diri penulis sebagai "Aku", memandangkan semua orang membahasakan "Aku", sebagai kata ganti nama untuk diri masing-masing. Malah, penulis sudah semakin selesa menggantikan dirinya dengan panggilan "Aku". Panggilan aku dibawa hinggalah ke matrik. "Aku", penulis kira panggilan ini melambangkan yang kita dan orang yang kita sedang bercakap itu adalah dekat, akrab, dan intim hubungannya.

Apabila kita mengadu kepada Allah, kita akan menggunakan perkataan "Aku". "Ya Allah, aku memohon keampunan-Mu Ya Allah.." Namun terdapat juga orang yang menggantikan dirinya dengan "hamba" apabila berdoa kepada Allah. Contohnya, "Ya Allah, hamba-Mu ini memohon keampunan-Mu Ya Allah.." Begitu juga apabila Allah berbicara dengan kita (melalui Al-Quran), Allah memilih perkataan "Aku". "Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepada-Mu (Muhammad) tentang Aku, sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepada-Ku, agar mereka memperoleh kebenaran." (Surah al-Baqarah, 2: 186).

Lihat!! tak terasakah bahawa Allah sangat dekat dengan kita apabila membaca ayat ni?? Allah sengaja memilih perkataan "Aku" untuk menunjukkan bahawa Allah sangat dekat dengan kita. Di dalam al-Quran, ada 2 perkataan yang Allah pilih untuk menggantikan diri, iaitu "Aku" dan "Kami". Bila Allah menggunakan "Aku", maksudnya pihak yang terlibat adalah Allah semata-mata. Tiada yang lain. Tapi apabila Allah menggunakan "Kami", hakikatnya memang semuanya dari Allah, tapi ada pihak lain juga yang terbabit. Contohnya dalam Surah Al-Hijr, 15: 23. "Dan sungguh, Kami lah yang menghidupkan dan mematikan dan Kami (pulalah) yang mewarisi". Menghidupkan & mematikan...hakikatnya semua datang dari Allah. tapi asbab kematian...kadang-kadang disebabkan sakit, accident, lemas...dsb. perlu pihak lain, justeru Allah menggunakan "Kami".

Camner pulak dengan perkataaan "saya"?? "Saya" biasanya digunakan pada orang yang baru dikenali, orang yang tidak begitu rapat, ingin memulakan bicara dengan orang yang tidak dikenali, digunakan pada orang yang lebih tua, dsb. Tapi ade jugak orang yang membahasakan dirinya "saya" dengan semua orang, tak kira orang itu orang yang rapat dengannya atau tak.

"Ana" pulak??bukankah lebih sopan. Ya, tidak dinafikan. Namun di Malaysia, sangat sikit orang yang menggunakan perkataan ini. Orang yang menggunakan perkataan ini hanya layak untuk orang alim, orang warak & beragama. Begitu menurut pandangan kebanyakan orang. Sedangkan tiada siapa yang melarang penggunaan perkataan ini. Ibarat "Tuanku" yang hanya layak diguna pakai untuk sultan @ raja sahaja. Namun apabila penggunaan "ana" digunakan untuk berbicara antara berlainan jantina (muslimin dan muslimat), penulis sangat bersetuju. Supaya ikhtilat lebih terpelihara, berbanding perkataan "abang/abe", yang hanya mengundang karat mazmumah di dalam hati. Na'uzubillah...nampak kecik, tapi kesannya..hanya hati yang dapat memberi jawapannya, baik yang menggunakannya atau mendengarnya. Tidak perlu menggunakan alasan supaya yang kecik lebih menghormati yang besar. tak perlu. Muslim yang sebenar-benarnya muslim akan menjaga dan menghormati hati orang lain dan dirinya sendiri. Tak akan terus membiar noda-noda hitam melekat di hatinya dan hati orang lain menerusi perkataan "abang/abe" itu...Masing-masing sudah paham Islam. Lain halnya apabila berkomunikasi dengan yang tak paham...itu cerite lain.

Cukup setakat ni dulu untuk kali ni. Nanti jadi guru bahasa pulak. Justeru, penulis mengambil keputusan untuk menggunakan perkataan "Aku". Supaya terasa lebih dekat. lebih sampai ape yang ingin disampaikan...insya-Allah.

Ana, aku @ saya?? Jawapannya ada pada diri sendiri....


Read Users' Comments (0)

Alhamdulillah...syukur pada-Mu Ya Allah...


Alhamdulillah....syukur kupanjatkan ke hadrat Ilahi, kerana dengan izin-Nya...dapat juga aku membuat blog ni. bunyi nyer agak kelakar kan. ye la, zaman canggih sekarang ni, ade lagi ke insan yang seperti aku ni, tak reti nak buat blog sendiri. sekian lama kupendamkan hasratku, minta ditunjuk ajarku untuk membuat blog ini kepada insan-insan yang ade blog...ttpi ade saje halangannye...shga td aku meminta pada sahabatku, akak senior untuk menunjuk ajarku..tapi disebabkan die kurang sihat, jadi x dapatlah nak ajarkan aku. last2, aku mengambil keputusan nekad untuk memberanikan diri untuk belajar sendiri dari internet nih. setelah diteliti & diamati, aku mengambil langkah berani. yeah...mesti try. takut nanti x terbuat pulak. & alhamdulillah...berjaya juga. rupanya x de la susah sangat nak buat blog ni rupenye. patut la bila aku suarakan pada sahabat2 yang ade blog, diorang kate senang je...rupenye memang senang. cuma aku yang x berani. tkut salah..he. nanti aku akan tanyakan lagi pada sahabat2ku untuk upgrate blog ni...terima kasih ya Allah...kau permudahkan hasratku...

Read Users' Comments (2)