RSS

Dia jua pergi meninggalkanku...


* Gambar adalah sekadar hiasan

“Dah nak pergi dah ke?” Aku bertanya padanya.
“A’ah..nak pergi dah. Pergi dulu ye. Jangan lupa bayar bil api dan air”. Sempat lagi dia berpesan padaku di muka pintu.

Akhirnya, dia jua pergi meninggalkanku…

Begitulah perbualan terakhir antara aku dan Artiqah Said (Tq). Tq adalah ahli rumah yang terakhir meninggalkanku. Sejenak, aku terasa sunyi. Ibarat diriku juga dibawa pergi. Mujurlah Khairina (Kai) masih lagi menemaniku di sini. Jika tidak, pasti aku dicengkam kesunyian yang maha hebat.

Walau baru tiga bulan aku menetap di sini, namun ianya sudah cukup mencipta kenangan yang bermakna buatku. Mengenali sahabat-sahabat yang berlainan perwatakan, cukup membuatkan diri ini terhibur. Mungkin, diri ini telah lama gersang mengenali makna “manisnya ukhuwwah”.

Hari ini diriku kembali menyedari satu hakikat..hakikat yang mungkin telah lama aku lupakan. Betapa hidup ini sunyi tanpa teman di sisi..tanpa sahabat yang memahami. Nikmat yang mungkin jarang kita sedari. Lazimnya kita tak begitu menghargai sahabat-sahabat kita bila dia berada di depan mata. Namun saat dia sudah pergi meninggalkan kita, barulah kita terasa kehilangannya…

Buat ahli-ahli rumah: Kak Hana, Kak Amnah, Ani, Wanah, Tq, Yati…terima kasih di atas ukhuwwah ini. Terima kasih di atas segalanya. Maafkan diri ini andainya secara sedar atau tak sedar diri ini telah menyakiti hati kalian..moga ukhuwwah kita tidak terhenti di sini sahaja, dan diredhai oleh-Nya..Amin..

*Tiba-tiba teringat kenangan bersama baby Aishah dengan Kak Zai. Gelagat makcik-makciknya..terutamanya Makcik Wanah dan Makcik Ani..rindunye…

0 comments:

Post a Comment