RSS

Ana, aku @ saya??


" Aku haus la Minah. aku nak beli air cendol kat sana la..kau nak tak??" kata Minah pada kawannya, Liza.
" A ah..boleh jugak. aku nak air sirap je la", balas Liza pula.

"Aku??ulp...kasarnya orang tu..." bisik hati kecil penulis. Tanggapan penulis yang sebegitu adalah sewaktu masih di sekolah rendah. Naik saja ke sekolah menengah, tidak lagi. Penulis sudah mula membahasakan diri penulis sebagai "Aku", memandangkan semua orang membahasakan "Aku", sebagai kata ganti nama untuk diri masing-masing. Malah, penulis sudah semakin selesa menggantikan dirinya dengan panggilan "Aku". Panggilan aku dibawa hinggalah ke matrik. "Aku", penulis kira panggilan ini melambangkan yang kita dan orang yang kita sedang bercakap itu adalah dekat, akrab, dan intim hubungannya.

Apabila kita mengadu kepada Allah, kita akan menggunakan perkataan "Aku". "Ya Allah, aku memohon keampunan-Mu Ya Allah.." Namun terdapat juga orang yang menggantikan dirinya dengan "hamba" apabila berdoa kepada Allah. Contohnya, "Ya Allah, hamba-Mu ini memohon keampunan-Mu Ya Allah.." Begitu juga apabila Allah berbicara dengan kita (melalui Al-Quran), Allah memilih perkataan "Aku". "Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepada-Mu (Muhammad) tentang Aku, sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepada-Ku, agar mereka memperoleh kebenaran." (Surah al-Baqarah, 2: 186).

Lihat!! tak terasakah bahawa Allah sangat dekat dengan kita apabila membaca ayat ni?? Allah sengaja memilih perkataan "Aku" untuk menunjukkan bahawa Allah sangat dekat dengan kita. Di dalam al-Quran, ada 2 perkataan yang Allah pilih untuk menggantikan diri, iaitu "Aku" dan "Kami". Bila Allah menggunakan "Aku", maksudnya pihak yang terlibat adalah Allah semata-mata. Tiada yang lain. Tapi apabila Allah menggunakan "Kami", hakikatnya memang semuanya dari Allah, tapi ada pihak lain juga yang terbabit. Contohnya dalam Surah Al-Hijr, 15: 23. "Dan sungguh, Kami lah yang menghidupkan dan mematikan dan Kami (pulalah) yang mewarisi". Menghidupkan & mematikan...hakikatnya semua datang dari Allah. tapi asbab kematian...kadang-kadang disebabkan sakit, accident, lemas...dsb. perlu pihak lain, justeru Allah menggunakan "Kami".

Camner pulak dengan perkataaan "saya"?? "Saya" biasanya digunakan pada orang yang baru dikenali, orang yang tidak begitu rapat, ingin memulakan bicara dengan orang yang tidak dikenali, digunakan pada orang yang lebih tua, dsb. Tapi ade jugak orang yang membahasakan dirinya "saya" dengan semua orang, tak kira orang itu orang yang rapat dengannya atau tak.

"Ana" pulak??bukankah lebih sopan. Ya, tidak dinafikan. Namun di Malaysia, sangat sikit orang yang menggunakan perkataan ini. Orang yang menggunakan perkataan ini hanya layak untuk orang alim, orang warak & beragama. Begitu menurut pandangan kebanyakan orang. Sedangkan tiada siapa yang melarang penggunaan perkataan ini. Ibarat "Tuanku" yang hanya layak diguna pakai untuk sultan @ raja sahaja. Namun apabila penggunaan "ana" digunakan untuk berbicara antara berlainan jantina (muslimin dan muslimat), penulis sangat bersetuju. Supaya ikhtilat lebih terpelihara, berbanding perkataan "abang/abe", yang hanya mengundang karat mazmumah di dalam hati. Na'uzubillah...nampak kecik, tapi kesannya..hanya hati yang dapat memberi jawapannya, baik yang menggunakannya atau mendengarnya. Tidak perlu menggunakan alasan supaya yang kecik lebih menghormati yang besar. tak perlu. Muslim yang sebenar-benarnya muslim akan menjaga dan menghormati hati orang lain dan dirinya sendiri. Tak akan terus membiar noda-noda hitam melekat di hatinya dan hati orang lain menerusi perkataan "abang/abe" itu...Masing-masing sudah paham Islam. Lain halnya apabila berkomunikasi dengan yang tak paham...itu cerite lain.

Cukup setakat ni dulu untuk kali ni. Nanti jadi guru bahasa pulak. Justeru, penulis mengambil keputusan untuk menggunakan perkataan "Aku". Supaya terasa lebih dekat. lebih sampai ape yang ingin disampaikan...insya-Allah.

Ana, aku @ saya?? Jawapannya ada pada diri sendiri....


0 comments:

Post a Comment